Thursday, January 19, 2017

Apa yang saya boleh kongsi tentang berbasikal di central asia.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Bukan sengaja tapi agak busy. Kisah di New Zealand pun masih tertunggak tapi saya terpaksa jump part central asia sebab ramai yang ‘pm’ Tanya macam mana nak berbasikal di central asia.

Jadi untuk entry ni saya nak share tentang visa di central asia.

Walaupun passport Malaysia di tangga ke-5 ter’power’ di dunia tapi kita masih memerlukan visa di central Asia kecuali Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Untuk trip saya yang bermula August 2016 saya fly dari Kuala Lumpur direct ke Xian, China. Dari Xian saya menaiki train selama 22jam menuju ke Turpan yang terletak di wilayah Xinjiang. Dan di Turpan adventure saya bermula


 map route saya melalui application maps.me

Jadi dipendekkan cerita (skip lagi) as a Malaysian passport holder saya memerlukan visa untuk masuk ke China. Chinese visa saya apply daripada China Embassy di Kuala Lumpur. Bayaran sekitar RM86 untuk single entry selama 30 hari. 

Mengikut plan saya dari China saya akan masuk ke Kyrgyzstan melalui ‘Irkeshtam pass’ iaitu dari Kashgar ke Uluqat dan kemudian ke China/Kyrgyzstan border. Untuk Kyrgyzstan Malaysia tidak memerlukan visa dan boleh tinggal di Kyrgyzstan selama 30 hari. Urusan sewaktu di border China agak haru berbanding di border Kyrgystan. Haru yang macam mana nanti saya cerita dekat bawah. Jadi kesimpulannya Kyrgyzstan tidak perlu visa dan boleh stay selama 30 hari.

Dari Kyrgyzstan saya akan masuk ke Tajikistan melalui border Kyzylart-Bor Dobo border. Untuk memasuki border ni saya memerlukan visa dan juga GBOA permit. Apa GBOA permit? Adalah permit untuk lalu di Pamir Highway. Tak kisahlah jalan kaki, berbasikal, hitchhike atau bawak kenderaan sendiri as long as kita nak lalu dekat Pamir highway diwajibkan ada GBOA permit. Visa Tajikistan dan GBOA permit boleh dibuat secara online dengan bayaran sekitar 70usd untuk 45 hari. Duration yang diperlukan untuk visa ini approve sekitar 1-2 hari. Mudah tapi agak mahal berbanding kalau apply melalui Tajikistan embassy. Tapi Tajikistan embassy hanya ada di Bishkek dan agak jauh dan sebenarnya akan ada masalah dari segi komunikasi dengan pegawai di sana. Jadi bagi saya e-visa adalah yang terbaik. Ada cerita kelakar tapi geram tentang Tajikistan visa saya di mana saya hampir di ugut supaya membayar denda tapi saya berjaya larikan diri. Cerita tu akan dicerita di bawah nanti hehe. 

 basikal merah di Xian, China.

Untuk makluman Tajikistan visa saya apply sewaktu saya di Kashgar. Untuk Tajikistan visa ni dia akan minta kita masukkan date of entry (estimate date kita nak masuk) so validaty visa (90 days) akan start dari tarikh ni. Jadi kalau sebelum tarikh ni kita tak boleh masuk. Bila dah masuk boleh stay 45 hari.

Selepas Tajikistan saya meneruskan perjalanan ke Uzbekistan. Tentang Uzbekistan visa pula ia bergantung pada bilangan hari yang kita nak duduk di Uzbekistan. 7 hari, 21 hari dan 30 hari. Saya beli yang 30 hari sekitar 75usd. Pasal Uzbekistan visa saya pun ada cerita juga yang akan saya ceritakan nanti. Untuk Uzbekistan visa perlu apply di Uzbekistan embassy. Saya apply dari Malaysia sebab saya memang plan nak masuk Uzbekistan pada November 2016. Jadi waktu saya apply Uzbekistan visa di Malaysia ia masih valid sehingga November. Jika anda tak boleh apply dari Malaysia anda boleh apply on the road seperti di Bishkek, Dushanbe, Tehran and so on (boleh check location Uzbekistan embassy). Tapi setiap kali apply akan mengambil maa 7-10 hari waktu bekerja.

Dari Uzbekistan saya meneruskan pula perjalanan ke Turkmenistan. Untuk Turkmenistan kita hanya boleh apply transit visa (5 hari). Kalau nak apply lebih dari 5 hari perlu amik tour guide dan bayaran tour guide di Turkmenistan sangat mahal. Menariknya tentang Turkmenistan transit visa ni bukan semua orang bernasib baik akan mendapat visa. Banyak cyclist tourist dan traveller yang permohonan mereka di tolak. Yang lebih malang di suruh tunggu sehingga 2 minggu tapi masih taka da jawapan. Saya agak lucky di mana dalam 5 hari saya Berjaya memperoleh visa saya. Turkmenistan transit visa 55usd untuk 5 hari. Waktu apply Turkmenistan visa kita harus berikan tarikh masuk dan tarikh keluar serta border mana yang akan kita lalu. Turkmenistan visa hanya boleh digunakan apabila tarikh yang kita berikan itu bermula. Sebagai contoh tarikh masuk saya iaialah 24 November 2016 melalui border Farab. Jadi saya hanya boleh masuk Turkmenistan melalui border Farab pada 24 November atau selepas tarikh ini.

Satu lagi tips penting waktu apply Turkmenistan visa ni adalah perlu ada visa country sebelum dan selepas Turkmenistan. Waktu apply visa Turkmenistan di Dushanbe saya sertakan visa Uzbekistan dan visa Iran saya.

Selepas Turkmenistan saya ke Iran! Tahukah anda walaupun Malaysia diberikan 15 hari free visa di Iran tapi ia hanya valid jika anda masuk melalui airport bukan melalui overland border. Jadi untuk Iran visa saya sudah siap2 apply waktu di Malaysia. Saya sebenarnya agak bertuah kerana embassy Iran di Kuala Lumpur mahu memberikan validity visa saya bermula November 2016 walaupun waktu saya apply adalah July 2016 (baikkan orang Iran). Dan saya hanya perlu membayar rm20 berbanding jika saya buat on the road mungkin saya perlu bayar sekitar 45euro. Selepas masuk ke Iran saya extend lagi 30 hari visa saya di Tehran dengan bayaran 10usd.

 basikal merah sewaktu berkayuh dari Rasht ke Bandar Anzali, Iran.

Dari Iran ke Armenia dan untuk Malaysia passport holder anda boleh buat visa on arrival untuk Armenia di border. Bayaran berbeza mengikut hari (21 hari 3000AMD dan 120 hari 15000AMD). Isi boring dan bayar tak perlu gambar bagai. Dan next country saya adalah Georgia di mana ianya adalah free visa dan tiada limit berapa hari nak stay.

Jadi kesimpulan perbelanjaan visa saya adalah seperti di bawah:
Country
Visa Fee
Duration stay
China
RM86
30 hari (single entry)
Kyrgyzstan
free
30 hari
Tajikistan
70usd
45 hari (visa+GBOA)
Uzbekistan
75usd
30 hari
Turkmenistan
55usd
5 hari (transit visa)
Iran
RM20 + 10usd
15 hari + 30 hari
Armenia
3000AMD
21 hari
Georgia
free
unlimited

Cerita-cerita bengang saya tentang visa di Central Asia.

Pada saya yang menarik waktu travel di central asia ini adalah perkara yang kita tidak jangka yang kadang-kadang boleh rosakkan plan kita yang beria. Mujurlah saya travel tanpa plan yang konkrit dan waktu bukan penghalan bagi saya jadi saya lebih enjoy dengan berita unexpected ni walaupun kadang-kadang ia buat saya haru juga.

1.     1.   Border China tutup seminggu.

Cerita pertama waktu saya plan untuk cross border dari China ke Kyrgyzstan pada 15 September tapi saya terpaksa awalkan dari tarikh asal kerana border China di Uluqat akan tutup selama seminggu (10 September -17 September). Jadi jika saya tidak keluar sebelum 10hb saya mungkin akan stuck dan terpaksa take flight dan fly ke Kyrgyzstan. Dan yang bengangnya info ni hanya certain orang sahaja yang tahu. Jadi cabaran nak cross border secara overland di central asia anda kena selalu keep alert dengan border condition. Boleh jadi border yang anda nak lalu tu tutup hanya sebab perayaan kurban dan moon cake festival. Untuk update border information banyakkan baca caravanistan.com banyak update tentang border crossing dan juga daripada FB cyclist atau apa sahaja source waktu travel.

Banyak traveller yang saya jumpa di Sary Tash terlepas isu border closing ni dan mereka stuck di Sarytash selama seminggu. Lebih malang untuk yang dah book connecting flight di Kashgar terpaksa burn ticket begitu sahaja sebab border tutup tak boleh cross.
1



      2. Border Uzbekistan tutup mulai 24 November sehingga 10 December disebabkan pemilihan president yang baru. 

Yang ni memang buat saya angin betul sebab saya bayar Uzbekistan visa untuk 30 hari tapi saya hanya boleh duduk di Uzbekistan selama 14 hari (entry date 12 November). Nasib baiklah waktu saya apply Turkmenistan visa saya dah tahu yang border Uzbekistan akan close 24th November. Bayangkan kalau saya tak tahu dan saya apply Turkmenistan visa waktu border Uzbekistan close. Bukankah pening tu.

2.       3. Tajikistan Registration if stay more than 30days.

Melalui forum yang say abaca jika stay di Tajikistan lebih dari 30 hari saya perlu register dan hanya boleh dibuat dalam masa 30 hari selepas masuk Tajikistan. Waktu saya realize yang saya hanya boleh register dalam masa 30 hari saya sudah pun duduk di Tajikistan selama 34 hari. Ada traveller yang cakap sebagai tourist saya tak perlu register walaupun sudah duduk lebih 30 hari, tapi ada cyclist yang kata saya perlu register sebab di border sewaktu hendak keluar nanti akan ada pegawai yang tanya. Semuanya bergantung pada ‘luck’ anda. Saya mencuba nasih di Dushanbe saya ke pejabat OVIR untukr registeration dan tahu apa kata pegawai di Dushanbe? Kata mereka saya sudah melakukan kesalahan kerana stay lebih dari 30 hari dan patut didenda 100usd. Angin betul saya masa tu kenapa pulak sampai 100usd, bukan tu sahaja ada pegawai yang tak mahu melayan saya kerana saya tidak boleh berbahasa rusia. Siap dicampaknya file saya. Bengang dengan layanan yang teruk dan pegawai yang cuba minta rasuah saya larikan diri dari pejabat over. Dan waktu saya cross border tidak ada pegawai pun yang bertanya tentang registration. Info dari kawan cyclist dari France mengatakan sebenarnya tak perlu register pun. Selamat saya.

 pemandangan salah satu route di Pamir Highway.

3    4. Urusan border di Uzbekistan yang strict

Tahu tak untuk border Kyrgyzstan dan Tajikistan urusannya sangat mudah. Hanya tunjuk muka, passport dan visa kemudian jalan. Tak perlu pun scan bag bagai. Berbeza dengan Uzbekistan yang setiap bag harus di scan, kena declare duit dan pegawai akan check setiap file dari kamera dan laptop anda. Ubatan dan buku juga akan diperiksa satu persatu. Nasib saya agak baik sewaktu masuk hanya laptop saya diperiksa dan beberapa file diminta buka tapi waktu keluar dari Uzbekistan mereka hanya scan bag saya dan saya boleh pergi tanpa perlu menunjukkan laptop atau membuka bag. Berbeza dengan kisah rakan traveller yang lain ada yang stuck hampir 4 jam di imigresen gara-gara pegawai memeriksa setiap gambar dan video. Sebenarnya pegawai imigresen ingin memastikan tidak ada gambar atau video atau buku berbentuk phonography yang di bawa masuk ke Uzbekistan.


 Bibi Khanym, Samarkand.

4    5. Registration setiap 3 hari di Uzbekistan.

Di Uzbekistan setiap 3 hari kita memerlukan slip registration daripada hotel. Bagi cyclist tourist kadang2 kami berkhemah dan tak semua 3 hari akan complete registration. Asalkan ada satu slip dan cukup. Tapi ini bergantung pada pegawai bertugas di imigresen. Sewaktu saya keluar border pegawai bertanyakan slip registration saya. Berbeza dengan rakan travel saya yang tidak ditanya pun.

5    6.Facebook di block di China, Tajikistan dan Iran.
      
      Untuk pengatahuan anda memerlukan VPN di China, Tajikistan dan Iran.

6    7.Uzbekistan dan Turkmenistan – tukar wang di black market

Untuk kadar tukaran yang terbaik, tukar wang anda di black market untuk Negara seperti Uzbekistan dan Turkmenistan. Anda akan dapat nilai 2 kali ganda berbanding menukar di bank.

Beginilah setiap kali menukar wang di Uzbekistan. selalunya saya tukar dalam kadar yang kecil. mudah nak kira dan mudah nak simpan.

Okay setakat ni aje yang saya ingat. Kalau ada tambahan nanti saya sharekan. Segala soalan amat dilukan untuk tambah more point. Dan kebanyakan info saya selalu refer pada webiste Caravanistan dan juga SK Lah seorang cyclist dan owner guest house di Singapore. beliau memang sangat arif dan sangat update tentang border information around the world.






2 comments :

  1. alhamdulillah..terima kaseh atas perkongsian maklumat utk keros negara2 stan..

    ReplyDelete
  2. Informasi yang sangat berguna,terimakasih vb..

    ReplyDelete