Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya
nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Bukan sengaja tapi agak
busy. Kisah di New Zealand pun masih tertunggak tapi saya terpaksa jump part
central asia sebab ramai yang ‘pm’ Tanya macam mana nak berbasikal di central
asia.
Jadi untuk entry ni saya nak share tentang visa di central
asia.
Walaupun passport Malaysia di tangga ke-5 ter’power’ di
dunia tapi kita masih memerlukan visa di central Asia kecuali Kyrgyzstan dan
Kazakhstan. Untuk trip saya yang bermula August 2016 saya fly dari Kuala Lumpur
direct ke Xian, China. Dari Xian saya menaiki train selama 22jam menuju ke
Turpan yang terletak di wilayah Xinjiang. Dan di Turpan adventure saya bermula
map route saya melalui application maps.me
Jadi dipendekkan cerita (skip lagi) as a Malaysian passport holder
saya memerlukan visa untuk masuk ke China. Chinese visa saya apply daripada
China Embassy di Kuala Lumpur. Bayaran sekitar RM86 untuk single entry selama
30 hari.
Mengikut plan saya dari China saya akan masuk ke Kyrgyzstan
melalui ‘Irkeshtam pass’ iaitu dari Kashgar ke Uluqat dan kemudian ke
China/Kyrgyzstan border. Untuk Kyrgyzstan Malaysia tidak memerlukan visa dan
boleh tinggal di Kyrgyzstan selama 30 hari. Urusan sewaktu di border China agak
haru berbanding di border Kyrgystan. Haru yang macam mana nanti saya cerita
dekat bawah. Jadi kesimpulannya Kyrgyzstan tidak perlu visa dan boleh stay
selama 30 hari.
Dari Kyrgyzstan saya akan masuk ke Tajikistan melalui border
Kyzylart-Bor Dobo border. Untuk memasuki border ni saya memerlukan visa dan
juga GBOA permit. Apa GBOA permit? Adalah permit untuk lalu di Pamir Highway. Tak
kisahlah jalan kaki, berbasikal, hitchhike atau bawak kenderaan sendiri as long
as kita nak lalu dekat Pamir highway diwajibkan ada GBOA permit. Visa
Tajikistan dan GBOA permit boleh dibuat secara online dengan bayaran sekitar
70usd untuk 45 hari. Duration yang diperlukan untuk visa ini approve sekitar
1-2 hari. Mudah tapi agak mahal berbanding kalau apply melalui Tajikistan
embassy. Tapi Tajikistan embassy hanya ada di Bishkek dan agak jauh dan
sebenarnya akan ada masalah dari segi komunikasi dengan pegawai di sana. Jadi bagi
saya e-visa adalah yang terbaik. Ada cerita kelakar tapi geram tentang
Tajikistan visa saya di mana saya hampir di ugut supaya membayar denda tapi
saya berjaya larikan diri. Cerita tu akan dicerita di bawah nanti hehe.
basikal merah di Xian, China.
Untuk makluman Tajikistan visa saya apply sewaktu saya di
Kashgar. Untuk Tajikistan visa ni dia akan minta kita masukkan date of entry (estimate
date kita nak masuk) so validaty visa (90 days) akan start dari tarikh ni. Jadi kalau
sebelum tarikh ni kita tak boleh masuk. Bila dah masuk boleh stay 45 hari.
Selepas Tajikistan saya meneruskan perjalanan ke Uzbekistan.
Tentang Uzbekistan visa pula ia bergantung pada bilangan hari yang kita nak
duduk di Uzbekistan. 7 hari, 21 hari dan 30 hari. Saya beli yang 30 hari
sekitar 75usd. Pasal Uzbekistan visa saya pun ada cerita juga yang akan saya
ceritakan nanti. Untuk Uzbekistan visa perlu apply di Uzbekistan embassy. Saya apply
dari Malaysia sebab saya memang plan nak masuk Uzbekistan pada November 2016. Jadi
waktu saya apply Uzbekistan visa di Malaysia ia masih valid sehingga November. Jika
anda tak boleh apply dari Malaysia anda boleh apply on the road seperti di
Bishkek, Dushanbe, Tehran and so on (boleh check location Uzbekistan embassy). Tapi
setiap kali apply akan mengambil maa 7-10 hari waktu bekerja.
Dari Uzbekistan saya meneruskan pula perjalanan ke Turkmenistan.
Untuk Turkmenistan kita hanya boleh apply transit visa (5 hari). Kalau nak
apply lebih dari 5 hari perlu amik tour guide dan bayaran tour guide di
Turkmenistan sangat mahal. Menariknya tentang Turkmenistan transit visa ni
bukan semua orang bernasib baik akan mendapat visa. Banyak cyclist tourist dan
traveller yang permohonan mereka di tolak. Yang lebih malang di suruh tunggu
sehingga 2 minggu tapi masih taka da jawapan. Saya agak lucky di mana dalam 5
hari saya Berjaya memperoleh visa saya. Turkmenistan transit visa 55usd untuk 5
hari. Waktu apply Turkmenistan visa kita harus berikan tarikh masuk dan tarikh
keluar serta border mana yang akan kita lalu. Turkmenistan visa hanya boleh
digunakan apabila tarikh yang kita berikan itu bermula. Sebagai contoh tarikh
masuk saya iaialah 24 November 2016 melalui border Farab. Jadi saya hanya boleh
masuk Turkmenistan melalui border Farab pada 24 November atau selepas tarikh
ini.
Satu lagi tips penting waktu apply Turkmenistan visa ni
adalah perlu ada visa country sebelum dan selepas Turkmenistan. Waktu apply
visa Turkmenistan di Dushanbe saya sertakan visa Uzbekistan dan visa Iran saya.
Selepas Turkmenistan saya ke Iran! Tahukah anda walaupun Malaysia
diberikan 15 hari free visa di Iran tapi ia hanya valid jika anda masuk melalui
airport bukan melalui overland border. Jadi untuk Iran visa saya sudah siap2
apply waktu di Malaysia. Saya sebenarnya agak bertuah kerana embassy Iran di
Kuala Lumpur mahu memberikan validity visa saya bermula November 2016 walaupun
waktu saya apply adalah July 2016 (baikkan orang Iran). Dan saya hanya perlu
membayar rm20 berbanding jika saya buat on the road mungkin saya perlu bayar
sekitar 45euro. Selepas masuk ke Iran saya extend lagi 30 hari visa saya di Tehran
dengan bayaran 10usd.
basikal merah sewaktu berkayuh dari Rasht ke Bandar Anzali, Iran.
Dari Iran ke Armenia dan untuk Malaysia passport holder anda
boleh buat visa on arrival untuk Armenia di border. Bayaran berbeza mengikut
hari (21 hari 3000AMD dan 120 hari 15000AMD). Isi boring dan bayar tak perlu
gambar bagai. Dan next country saya adalah Georgia di mana ianya adalah free
visa dan tiada limit berapa hari nak stay.
Jadi kesimpulan perbelanjaan visa saya adalah seperti di
bawah:
Country
|
Visa
Fee
|
Duration
stay
|
China
|
RM86
|
30 hari (single entry)
|
Kyrgyzstan
|
free
|
30 hari
|
Tajikistan
|
70usd
|
45 hari (visa+GBOA)
|
Uzbekistan
|
75usd
|
30 hari
|
Turkmenistan
|
55usd
|
5 hari (transit visa)
|
Iran
|
RM20 + 10usd
|
15 hari + 30 hari
|
Armenia
|
3000AMD
|
21 hari
|
Georgia
|
free
|
unlimited
|
Cerita-cerita bengang saya tentang visa di Central Asia.
Pada saya yang menarik waktu travel di central asia ini
adalah perkara yang kita tidak jangka yang kadang-kadang boleh rosakkan plan
kita yang beria. Mujurlah saya travel tanpa plan yang konkrit dan waktu bukan
penghalan bagi saya jadi saya lebih enjoy dengan berita unexpected ni walaupun
kadang-kadang ia buat saya haru juga.
1. 1.
Border China tutup seminggu.
Cerita pertama waktu saya plan untuk cross border dari China
ke Kyrgyzstan pada 15 September tapi saya terpaksa awalkan dari tarikh asal
kerana border China di Uluqat akan tutup selama seminggu (10 September -17
September). Jadi jika saya tidak keluar sebelum 10hb saya mungkin akan stuck dan
terpaksa take flight dan fly ke Kyrgyzstan. Dan yang bengangnya info ni hanya certain
orang sahaja yang tahu. Jadi cabaran nak cross border secara overland di
central asia anda kena selalu keep alert dengan border condition. Boleh jadi
border yang anda nak lalu tu tutup hanya sebab perayaan kurban dan moon cake
festival. Untuk update border information banyakkan baca caravanistan.com
banyak update tentang border crossing dan juga daripada FB cyclist atau apa
sahaja source waktu travel.
Banyak traveller yang saya jumpa di Sary Tash terlepas isu
border closing ni dan mereka stuck di Sarytash selama seminggu. Lebih malang
untuk yang dah book connecting flight di Kashgar terpaksa burn ticket begitu
sahaja sebab border tutup tak boleh cross.
1
2. Border Uzbekistan tutup mulai 24 November
sehingga 10 December disebabkan pemilihan president yang baru.
2.
3. Tajikistan Registration if stay more than
30days.
Melalui forum yang say abaca jika stay di Tajikistan lebih dari 30 hari saya perlu register dan hanya boleh dibuat dalam masa 30 hari selepas masuk Tajikistan. Waktu saya realize yang saya hanya boleh register dalam masa 30 hari saya sudah pun duduk di Tajikistan selama 34 hari. Ada traveller yang cakap sebagai tourist saya tak perlu register walaupun sudah duduk lebih 30 hari, tapi ada cyclist yang kata saya perlu register sebab di border sewaktu hendak keluar nanti akan ada pegawai yang tanya. Semuanya bergantung pada ‘luck’ anda. Saya mencuba nasih di Dushanbe saya ke pejabat OVIR untukr registeration dan tahu apa kata pegawai di Dushanbe? Kata mereka saya sudah melakukan kesalahan kerana stay lebih dari 30 hari dan patut didenda 100usd. Angin betul saya masa tu kenapa pulak sampai 100usd, bukan tu sahaja ada pegawai yang tak mahu melayan saya kerana saya tidak boleh berbahasa rusia. Siap dicampaknya file saya. Bengang dengan layanan yang teruk dan pegawai yang cuba minta rasuah saya larikan diri dari pejabat over. Dan waktu saya cross border tidak ada pegawai pun yang bertanya tentang registration. Info dari kawan cyclist dari France mengatakan sebenarnya tak perlu register pun. Selamat saya.
pemandangan salah satu route di Pamir Highway.
3 4. Urusan border di Uzbekistan yang strict
Tahu tak untuk border Kyrgyzstan dan Tajikistan urusannya sangat mudah. Hanya tunjuk muka, passport dan visa kemudian jalan. Tak perlu pun scan bag bagai. Berbeza dengan Uzbekistan yang setiap bag harus di scan, kena declare duit dan pegawai akan check setiap file dari kamera dan laptop anda. Ubatan dan buku juga akan diperiksa satu persatu. Nasib saya agak baik sewaktu masuk hanya laptop saya diperiksa dan beberapa file diminta buka tapi waktu keluar dari Uzbekistan mereka hanya scan bag saya dan saya boleh pergi tanpa perlu menunjukkan laptop atau membuka bag. Berbeza dengan kisah rakan traveller yang lain ada yang stuck hampir 4 jam di imigresen gara-gara pegawai memeriksa setiap gambar dan video. Sebenarnya pegawai imigresen ingin memastikan tidak ada gambar atau video atau buku berbentuk phonography yang di bawa masuk ke Uzbekistan.
Bibi Khanym, Samarkand.
4 5. Registration setiap 3 hari di Uzbekistan.
Di Uzbekistan setiap 3 hari kita memerlukan slip registration daripada hotel. Bagi cyclist tourist kadang2 kami berkhemah dan tak semua 3 hari akan complete registration. Asalkan ada satu slip dan cukup. Tapi ini bergantung pada pegawai bertugas di imigresen. Sewaktu saya keluar border pegawai bertanyakan slip registration saya. Berbeza dengan rakan travel saya yang tidak ditanya pun.
5 6.Facebook di block di China, Tajikistan dan Iran.
Untuk pengatahuan anda memerlukan
VPN di China, Tajikistan dan Iran.
6 7.Uzbekistan dan Turkmenistan – tukar wang di
black market
Untuk kadar tukaran yang terbaik, tukar wang anda di black market untuk Negara seperti Uzbekistan dan Turkmenistan. Anda akan dapat nilai 2 kali ganda berbanding menukar di bank.
Beginilah setiap kali menukar wang di Uzbekistan. selalunya saya tukar dalam kadar yang kecil. mudah nak kira dan mudah nak simpan.
Okay setakat ni aje yang saya ingat. Kalau ada tambahan nanti saya sharekan. Segala soalan amat dilukan untuk tambah more point. Dan kebanyakan info saya selalu refer pada webiste Caravanistan dan juga SK Lah seorang cyclist dan owner guest house di Singapore. beliau memang sangat arif dan sangat update tentang border information around the world.
alhamdulillah..terima kaseh atas perkongsian maklumat utk keros negara2 stan..
ReplyDeleteInformasi yang sangat berguna,terimakasih vb..
ReplyDeleteBolehkah guna flight itinerary tunjuk flight 1 way ke China utk dapatkan visa China? Kebiasaannya China Visa Application Service Center juga perlu tunjuk return flight details.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete