Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Perjalanan di China – Bab 4 : Kesimpulan tentang perjalanan di Xinjiang, China





Perjalanan di China adalah permulaan yang banyak mengajar saya bahawa bukan semua perkara itu mudah namun ianya bukan mustahil. Banyak perkara yang saya belajar dari negara China.

Thursday, January 19, 2017

Apa yang saya boleh kongsi tentang berbasikal di central asia.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Bukan sengaja tapi agak busy. Kisah di New Zealand pun masih tertunggak tapi saya terpaksa jump part central asia sebab ramai yang ‘pm’ Tanya macam mana nak berbasikal di central asia.

Jadi untuk entry ni saya nak share tentang visa di central asia.

Walaupun passport Malaysia di tangga ke-5 ter’power’ di dunia tapi kita masih memerlukan visa di central Asia kecuali Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Untuk trip saya yang bermula August 2016 saya fly dari Kuala Lumpur direct ke Xian, China. Dari Xian saya menaiki train selama 22jam menuju ke Turpan yang terletak di wilayah Xinjiang. Dan di Turpan adventure saya bermula

Thursday, June 16, 2016

Cabaran berbasikal di New Zealand




Selama berkayuh basikal di NZ ada banyak waktu sukar yang saya alami. Tapi waktu sukar ni bukanlah yang melibatkan scam sebaliknya lebih kepada perkara teknikal dan faktor alam semualajadi.

Tapi orang cakap benda yang macam nilah yang kita cari. Kalau tak ada benda sukar macam ni hidup akan jadi flat, kembara akan jadi bosan, motivasi akan turun merundum. 

Mendaki bukit atau gunung dengan load 30kg bukanlah perkara yang mudah tapi masih boleh dilaksanakan. Contohnya sewaktu off road di Dansey Pass. Waktu selepas daripada Dansey Pass hotel akan mendaki sehingga ke summit. Laluan off road yang berbatu dan debu serta hujan renyai2 yang turun ditambah dengan kabus tebal di hadapan. Waktu tu saya ada rasa penat yang amat dan semacam hilang keyakinan sama ada saya mampu menyudahkan laluan ini. Tapi dalam hati cakap hari ini mungkin jadi satu hari yang sukar atau kurang sukar berbanding sewaktu berkayuh dari Acheron Cottage ke Cob Cottage di Molestworh Road. Jadi jika saya boleh survive di laluan Molestworth Road maka saya mesti boleh survive di Dansey Pass. Bezanya cepat atau lambat saya akan sampai ke destinasi.


Monday, June 13, 2016

6 soalan tentang berbasikal di New Zealand.





Pengalaman pertama kali berbasikal di New Zealand banyak mengajar saya tentang perkara yang saya perlukan untuk memudahkan saya berkayuh di sana. Di sini saya sertakan 6 soalan yang sering di tanya ketika berbasikal di New Zealand semoga dapat membantu rakan-rakan yang berhajat untuk kembara secara berbasikal di New Zealand.

Thursday, June 9, 2016

basikal merah vb



Orang kata setiap sesuatu tu ada permulaannya. Inilah permulaan basikal merah aku. permulaan sebelum aku dengan idea gila pergi berbasikal di Pulau Selatan, New Zealand. 

Orang kata kalau nak berbasikal kena ada basikal. Kalau tak de basikal bukan dipanggil berbasikal. Nak beli basikal tapi lepas survey harganya amatlah tidak berkemampuan. Jadi saya jumpa Akmal dan kata saya nak basikal. budget sekian dan sekian.