Monday, February 6, 2017

Perjalanan di Kyrgyzstan – Bab 1: Expect the unexpected.



 

“You need to get out from this country as soon as possible!” Kata Anne waktu saya baru sampai ke Old Town Kashgar Hostel.

Saya baru balik dari Taxkorgan selepas mengayuh 4 hari dari Kashgar ke sana. Saya baru bercadang nak bermalasan di Kashgar kerana saya masih ada 8 hari sebelum visa China saya tamat pada 15hb September. Saya masih belum habis explore Kashgar lagi. Belum puas saya nak makan makanan yang sedap di night market.


Saya tiba di Kashgar pada hari Rabu petang. Kata Anne China border akan tutup mulai Sabtu ini sehingga Isnin minggu satu lagi. Eh negara China ni suka-suka pulak dia nak tutup border selama seminggu. Sepanjang penutupan China border ini sempena hari raya Kurban dan pesta kuih buan tidak ada sesiapa yang dapat cross border ke Kyrgyzstan. Jadi kena tunggu sehingga di buka semula. Masalahnya China Visa saya akan tamat sewaktu border tutup. Pucat muka saya memikirkan kemungkinan jika saya tak keluar China selewatnya Jumaat ini maka saya terpaksa membeli tiket kapal terbang dan terbang ke Kyrgyzstan. Memang akan banyak kerja dan tinggi kosnya. Ya Allah mujurlah Allah gerakkan hati saya untuk balik ke Kashgar hari ini jika saya masih seronok berjimba di Taxkorgan entah macam mana ceritanya nanti. Tak sanggup memikirkannya.

Jarak antara Kashgar ke China Border di Ulugqat sekitar 97km dan laluannya adalah mendaki. Saya rasa stress sebab plan saya nak berkayuh ke sana sahaja tapi jika saya kayuh ke sana akan mengambil masa satu hari setengah. Agak risiko jika saya start kayuh ke esokan hari dan cross border pada Jumaat petang. Mungkin akan ada masalah seperti border tutup hari Jumaat atau saya tak mampu sampai ke border sebelum Jumaat tengah hari. Sekali lagi saya terpaksa mengambil keputusan berat dengan menaiki teksi dari Kashgar terus ke Uluqat. Sakitnya hati tapi saya tak berani nak ambil risiko terlepas border cross.


Perjalanan ke border dengan taxi sekitar 2jam. Sewaktu saya sampai di border sudah masuk waktu makan tengah hari semua pegawai sedai berehat. Saya melangut seorang diri di luar menanti pegawai kembali bertugas. Sewaktu saya melangut datang seorang lelaki China/Kyrgyzstan dan traveller muda dari Jepun yang juga bercadang untuk cross border ke Kyrgyzstan. Tepat jam 2pm waktu Xinjiang pegawai yang bertugas datang. Saya dan 2 yang lain sudah sedia beratur tapi kami diminta duduk dahulu. Geram pulak saya dengan kerenah pegawai imigresen China yang seperti endah tak endah dengan kami. 

 Bangunan kastam China di Ulugqat. Di sinilah pasport akan di cop sebelum di hantar ke border sebenar yang berjarak 97km.

Tiba-tiba jadi sedikit kekecohan bila lelaki China/Kyrgyzstan sedikit berkasar dengan pegawai imigresen kerana pegawai imigresen masih tidak mahu melepaskan kami ke Kyrgyzstan. Drama saling soal menyoal berlanjutan sehingga jam 3petang. Saya juga sudah naik risau kerana hari makin gelap dan imigresen di sini sebenarnya beroperasi mengikut waktu Beijing yang 2 jam di hadapan. Jadi lagi satu jam border akan tutup bermkna jika saya tidak dapat cross sekarang saya harus bermalam di mana-mana dan esok baru boleh cross border. Menyesal pulak rasanya sebab tak datang awal pagi ke sini.

Alasan pihak imigresen kerana tidak ada taxi yang akan membawa kami selepas cop passport ke border sebenar China/Kyrgyzstan yang terletak lebih kurang 90km. agak pelik sebenarnya bila kami perlu scan bag dan cop passport di Ulugqat bila mana border sebenar adalah 90km dari sini. Dan tidak di benarkan mengayuh basikal atau hitch hike dari Ulugqat ke border. Perlu naik teksi begitu juga dengan saya. Harganya bukan murah pulak tu perlu membayar sekitar 100yuan seorang. Kalau ada basikal lagilah driver teksi naikkan harga.

Drama terhenti bila tiba-tiba ada satu couple dari Kyrgyzstan datang dengan sebuah teksi van. Jadi total kami berlima yang hendak cross border. Selepas memujuk pegawai imigresen dan menyakinkan mereka yang teksi van itu boleh menghantar kami ke border barulah kami dibenarkan masuk ke gate pelepasan. Bag saya hanya di scan dan kemudian passport di cop. Agak mudah hanya 10 minit sahaja. Saya,basikal merah dan 4 orang lagi masuk ke dalam van dan terus di hantar ke border. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan waktu kami sampai ke border sebenar jam menunjukkan 4:30pm. Kalau diikut waktu Beijing sudah menunjukkan jam 6;30pm. Satu lagi drama dari pegawai di border yang mula-mula enggan beri kami cross. Angin pulak saya waktu itu, border dah depan mata tinggal cross dan jalan 3km dah boleh masuk Kyrgyzstan. Border di sana buka 24jam seminggu berbanding border China yang buka ikut office hour (Beijing time) dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad. 

 Bersama dengan traveller dari Jepun dan couple dari Kyrgyzstan.

 Basikal merah duduk bergaya dalam van menuju ke border China/Kyrgyzstan dari Ulugqat

Lepas berbincang bagai barulah pegawai benarkan kami lalu. Tak taulah macam mana driver deal tapi kalau disuruh balik memang saya pasang khemah aje sebelah bangunan askar tu.

Alhamdulillahd akhirnya pada jam 5:30pm saya berada di Kyrgyzstan. Waktu tu cuaca dah makin nak gelap. Urusan di border Kyrgyzstan sangat mudah. Saya hanya perlu tolak basikal saya dan parking sebelah bangunan imigresen, masuk dan cari pegawai kemudian cop passport dan sembang 2 minit kemudian pergi. Tak perlu nak scan bag pun. Waktu berborak dengan pegawai imigresen dia bertanyakan sama ada saya sudah berkahwin atau belum. Saya menunjukkan cincin yang saya pakai dan mengatakan saya sudah berkahwin. Tapi pegawai tu buat pura-pura tak faham dan mempelawa saya bermalam di bilik kontena di hadapan bangunan imigresen. Katanya itu tempat rehat tentera. Tambah beliau lagi malam nanti boleh join mereka minum-minum. Saya sentiasa mengikut gerak hati saya, walaupun jemputan nampak menarik (tidur berkatil dan ada bilik sendiri) tapi saya rasa tidak selamat jadi saya hanya tersenyum dan memberi alasan saya akan ke “gustine” ataupun guest house selepas border. Memang selepas bangunan imigresen ada banyak kontena lama yang berfungsi sebagai “magazine” atau kedai runcit, kedai makan dan guest house.

Jam 6 petang saya meninggalkan bangunan imigresen dan mula mengayuh menuju ke Sary Tash. Perjalanan ke Sary Tash berjarak sekitar 70km. Sambil itu saya melihat-lihat tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah. Syaratnya terlindung dan pemandangan cantik. Heaven! Dekat Kyrgyzstan ni memang banyak spot camping yang menepati syarat. Cuma kena rajin tolak basikal masuk ke dalam sedikit. Saya mendirikan khemah 3km sebelum perkampungan Nura. Sebenarnya kalau saya rajin dan kayuh melepasi Nura ada banyak lagi camping spot yang cantik. Tapi hari makin gelap dan saya agak lapar kerana seharian tidak makan.

Setelah set up khemah dan mengunci basikal saya memasak bubur nasi dan makan di bawah sinar cahaya bintang. Suasana malam agak sejuk sebab saya berada di ketinggian 1000m dari paras laut. Keadaan sekeliling agak sunyi cuma kadang-kadang terdengar truck lori yang lalu mungkin menuju ke Kyrgyzstan border. Selain itu terdengar bunyi alunan air sungai yang berjarak jauh ke bawah sekitar 100m. 

 Camping spot saya dengan pemandangan yang cukup mengujakan.

Kyrgyzstan adalah negara yang bergunung ganang. 95% dari permukaan negara ini adalah gunung dan hanya sedikit sahaja yang landai. Untuk mengayuh basikal dari Kyrgyzstan border ke Sary Tash saya perlu melepasi Irkeshtam pass dan perjalanan ini keseluruhannya mendaki kerana Sary Tash terletak 3500m dari paras kaki. Berada di Kyrgyzstan pada September 2016 sebenarnya bukanlah waktu terbaik untuk berbasikal kerana cuaca semakin sejuk dan jika nasib saya tidak baik mungkin sewaktu berada di high pass akan mengalami salji atau sejuk melampau. Dan walupun jarak saya ke Sary Tash hanya sekitar 70km tapi saya menganggarkan akan sampai ke Sary Tash dalam masa 2 tau 3 hari.




Untuk masuk ke negara Kyrgyzstan, rakyat Malaysia tidak memerlukan visa dan boleh tinggal selama 30 hari. Ibu negara Kyrgyzstan ialah Bishkek. Negara ini bersempadan dengan China, Tajikistan, Uzbekistan dan Kazakhstan. Kyrgyzstan terdiri daripada majoriti etnik Kyrgyz dan sedikit Uzbek serta Rusia. Majoriti penduduk Kyrgyzstan beragama Islam. Penduduk Kyrgyzstan betutur dalam bahasa Kyrgyz dan Rusia.

Ke esokkan hari selepas mengemas khemah dan bersarapan dengan air teh panas saya meneruskan kayuhan ke Sary Tash. Saya tidak tahu di mana saya akan berhenti tapi saya rasa selamat sebab dekat laluan ini tidak banyak orang. Selepas Nura sehingga Sary Tash tidak ada kampung atau kedai jadi bermakna saya boleh camping di mana-mana asal sahaja ianya terlindung daripada pandangan pengguna jalan raya. Bekalan makanan cukup untuk 3 hari dan bekalan air juga cukup (3 botol 1.5L). Cadang saya kalau air tidak cukup nanti tahan sahaja kereta dan mintak air.

Di Nura beberapa kanak-kanak tempatan berlari mendapatkan saya. Teruja barangkali dan menyapa saya dengan kata ‘hello’. Di sini terdapat sebuah masjid betul-betul di hujung kampung. Saya meninggalkan Nura dan mula mendaki pass saya yang pertama. Selamat datang ke Kyrgyzstan yang bergunung bisik saya di dalam hati. 

 Pemandangan perkampungan Nura.

Nampak signboard 2 bukit tu maknanya akan naik dan turun bukit. ermm bukan bukit tapi lebih kepada gunung sebenarnya.. huhuhu

Sewaktu mendaki beberapa kereta yang lalu berhenti dan menyapa saya jika saya mahu menumpang mereka ke Sary Tash. Kata mereka banyak big pass di hadapan, tumpang sahaja mereka dan mereka tidak kenakan bayaran. Saya menolak dengan baik. jam baru menunjukkan 9am kalau nak menyerah kalah pun bukan sekarang. Dan saya nak cycle di laluan ini. Ada juga yang berikan makanan sebab bimbang pada saya, katanya di hadapan tidak ada kedai. 

Saya rasa saya agak popular waktu kayuh basikal di Kyrgyzstan bila banyak kereta yang berhenti dan ajak selfie. Kayuhan di laluan ini agak menguji jiwa juga walaupun tak banyak traffic tapi gunungnya boleh tahan. Bayangkan dari 1000m nak naik ke 3500m. tapi yang lebih sakit hati banyak gunung sebelah-sebelah. Bermaksud saya perlu mendaki sampai ke puncak dan kemudian meluncur turun ke sebelah dan daki semula untuk naik ke puncak sebelah. Lagi sakit hati bila dari puncak gunung kita dah boleh nampak route turun dan route naik ke gunung sebelah. Kalau turun sikit tak pa ini turun banyak dan naik pun banyak. Kenapalah dorang tak buat jambatan aje dari satu puncak ke satu puncak.

 
Antara yang menyebabkan traffic di Ulugqat-SaryTash road. 

Keadaan jalan sangat baik. Pemandangan sekitar memang memukau jiwa. Sangat hijau dan di hujung pandangan adalah banjaran snow cap mountain. Langit membiru dan matahari memancar gemilang. 



 Nampak tak jalan di seberang tu dari situ saya turun dan kemudia mendaki secara zig zag naik ke puncak yang sekarang.

 Nampak tak jalan yang tak berpenghujung tu? Mujur pemandangan sangat cantik.

Bila jam menunjukkan 4 petang saya mula mencari camping spot. Di kiri saya gaung dan lebih selamat jika saya berkhemah di sebelah kanan. Di kejauhan saya sudah dapat melihat kawasan berbukit. Saya bercadang untuk menolak basikal keluar dari jalan utama dan kemudian menolak basikal ke sebalik bukit. Waktu hendak menuju ke spot tu saya nampak ada kereta pacuan 4 roda berhenti dan sangka saya mungkin mereka hendak buang air. Saya mengayuh perlahan kerana saya mahu mereka pergi dulu. Saya tidak mahu ada orang melihat saya detour ke bukit dan tahu saya bercamping di situ. Tapi nampak macam lama pulak kereta tu berhenti di situ.

Sewaktu saya melepasi mereka 2 pemuda keluar dari kereta. Nak sefie lagi ke bisik saya dalam hati. Dah nak petang ni penat jugak nak layan peminat jalanan. Mereka menegur,  rupanya mereka duk ulang alik dekat jalan ni sebab nak amik orang dekat border tapi orangnya tak sampai-sampai. Sempat mereka bertanya jika saya ada nampak orang yang mereka tunggu di border. Saya menerangkan pada mereka yang saya cross border semalam.

Mereka bertanya ke mana tujuan saya dan agak terkejut apabila mengetahui saya mahu ke Sary Tash kerana hari sudah makin malam. Saya katakana yang saya akan camping di mana-mana nanti. Tapi dua orang ini bertambah cemas dan cepat-cepat mereka offer untuk menghantar saya ke Sary Tash. Aduh satu lagi tawaran dan saya menolak dengan baik tapi mereka masih berdegil.

Mereka bertanya sama ada saya muslim dan saya mengiyakan. Terus seorang dari mereka azan di situ untuk menunjukkan yang dia juga muslim. Katanya naik sahaja kereta dan mereka akan hantar ke Sary Tash. Bahaya katanya membiarkan saya seorang. Saya masih menolak dengan baik. Saya sangat enjoy cycling walaupun jalan bergunung ganang. Walaupun saya baru kayuh 30km dari total 70km. tapi mereka masih bertegas. Katanya mereka tidak akan pergi selagi saya tidak naik kereta.

Adui rimas pulak saya waktu itu tapi nampak niat mereka yang ikhlas tu. Naluri saya tidak menyangka buruk pun. Akhirnya saya tewas dan sekali lagi saya chit! Aduhai tension sungguh bila 2 orang ni spoil plan saya nak kayuh basikal ke Sary Tash. Dalam kereta banyak yang kami bualkan sampailah satu tahap mereka tanya saya tak takut ke travel seorang diri. Kata mereka boleh sahaja pemandu kereta seperti mereka ada pistol dan merompak saya.

Tetiba terasa darah merah menyimbah ke muka. Mak aih cuak jugak bila dorang cakap macam tu, terus saya tanya sama ada mereka ada pistol atau tak?

Berdekah mereka ketawa dan saya hanya menjawab saya mengikut naluri saya. Waktu saya naik kereta tadi saya bersangka baik dan saya yakin mereka juga orang baik. Akhirnya dalam 30 minit sudah sampai ke Sary Tash. Mereka meninggalkan saya di simpang jalan dan memandu kembali ke border Kyrgyzstan. Walaupun pada mula saya rasa marah sebab mereka telah spoil mood saya nak kayuh tapi saya bersangka baik. boleh jadi mereka adalah bantuan dari Tuhan yang menghendaki saya sampai ke Sary Tash. Tapi azam saya selepas ini no more short cut. Saya nak kayuh basikal!


Sary Tash sebuah kampung kecil dengan bilangan penduduk lebih kurang 1500 orang. Terdapat sebuah sekolah dan beberapa kedai runcit. Di sini semuanya serba mahal kerana kedudukan yang jauh dari bandar besar. saya bermalam di sebuah guest house yang terletak di pinggir jalan. Kebetulan ada couple cyclist di situ dan mereka menuju ke Pamir Highway. Dapatlah saya update info tentang route dari Sary Tash ke Osh.

Harga penginapan di Sary Tash agak mahal. Tempat tidur berserta makan malam dan sarapan sekitar 10usd. Sedangkan budget saya sehari hanya 5 usd. Saya meminta discaunt jika saya tidak mengambil makan malam dan sarapan saya hanya perlu membayar 5 usd. Saya katakan yang saya tidak perlukan bilik saya boleh tidur di ruang tamu dan akhirnya saya hanya perlu membayar 3usd. 

Sempat basuh baju dengan couple cyclist di sungai belakang guest house. Nak mandi air tersangat sejuk pulak.
 
 Masa di Kashgar saya memang tak sempat nak basuh baju saya sebab terburu-buru cross border. maka penuh satu ampaian dengan baju saya manakala satu ampaian lagi milik couple cyclist.



Visa Tajikistan saya hanya bermula pada 1 October yang bermaksud saya hanya boleh masuk ke Tajikistan pada atau selepas 1 hb October. Saya punya 3 minggu lagi. Jika saya terus mengayuh ke Osh yang mengambil masa 3 hari maka saya masih punya banyak waktu lagi. Jadi saya mengambil keputusan untuk detour ke Sary Mongol dan kemudian ke Lenin Peak sebelum mengayuh ke Osh.

Kata Geert cyclist yang saya jumpa di Kashgar saya perlu ke Lenin Peak Base Camp kerana sangat cantik dan saya pasti sukakan. Jadi di sebabkan saya sudah cheat mengayuh ke Sary Tash bagus rasanya jika saya mengayuh ke Lenin Peak Base camp. Lagipun saya punya banyak masa

Kayuhan ke Lenin Peak yang kononnya nampak mudah berakhir dengan trajedi sesat. Sekali lagi saya belajar tentang dunia ini besar dan saya hanya manusia yang kerdil!


17 comments :

  1. Ada hikmahnye dpt tumpang lori dari toksun sampai aksu. Seminggu punya trip tu kalau kayuh basikal. Bayangkan bila dah sampai border tgk dah tutup.

    ReplyDelete
  2. itulah lepas fikir2 balik memang ada hikmahnya. terima kasih baca!

    ReplyDelete
  3. Cikpuan VB pergi mmg dgn belanja sendiri atau ada penaja mcm cite dgn basikal aku mengembara tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki lebih pergi atas belanja sendiri.

      Delete
  4. Terbaik violet biru..semoga dipermudahkan perjalanan...

    ReplyDelete
  5. Sungainya bersih ke?...gambar mcm banyak sampah je..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bersih pun tai lembu dengan kambing pun banyak.. tapi inilah kehidupan. depa amik air buat masak pun dari sini.

      Delete
  6. Wow. Cerita yg menarik. VB, calendar dah sampai! Thanks a lot.

    ReplyDelete
  7. Adventure yang memang awesome! Keep doing it and be safe ok!

    ReplyDelete
  8. Awesome adventure! Sis memang seorang yg sgt berani dan adventurous. Semoga sentiasa dilindungiNya dan sukses selalu dalam mengejar impian.

    ReplyDelete
  9. Saya sudah mula menjadi pembaca setia blog ni.... Salute sis..

    ReplyDelete
  10. subhanallah....Sangat bermanfaat dan enak dibaca,salute pada Violet biru.
    saya mau bertanya,apakah visa Tajikistan diurus/didapatkan di Malaysia? dan berapa cost nya? saya dari Indonesia berencana mau melewati Pamir highway,tapi di Indonesia tidak ada Tajikistan ambassy.
    thanks

    ReplyDelete