Sunday, February 5, 2017

Perjalanan di China – Bab 4 : Kesimpulan tentang perjalanan di Xinjiang, China





Perjalanan di China adalah permulaan yang banyak mengajar saya bahawa bukan semua perkara itu mudah namun ianya bukan mustahil. Banyak perkara yang saya belajar dari negara China.

Di Xianjiang populasi rakyat terdiri daripada Chinese Han dan Muslim Uighur. Saya tidak mahu bercerita tentang perbezaan antara mereka ataupun ethnic tension di wilayah ini tapi sepanjang berada di Xinjiang saya berasa selamat dan Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya dilayan dengan baik sama ada dari muslim Uighur ataupun chinese Han. Lebih menarik apabila saya berkayuh dari Kashgar ke Taxkorgan terdapat perbezaan latar belakang masyarakat di sini. Dari Kashgar hingga ke Tashken Milike kebanyakan masih berbangsa Uighur. Selepas Gheez hingga Karakul kebanyakan mereka berbangsa Kyrgyzstan. Dan di Taxkorgan kebanyakan mereka berbangsa Tajikistan. 

 seronok dengok kawan saya Sam dari Beijing yang sedang beramah dengan anak tuan kedai yang berbangsa uighur.

Pengangkutan awam di wilayah Xinjiang agak mudah terutama system keretapi yang sangat punctual dan berpatutan. Cuma untuk travel dengan basikal, saya tidak boleh membawa basikal saya naik bersama dengan saya dalam keretapi yang sama. Basikal perlu di hantar dengan perkhidmatan kurier keretapi. Kelebihan saya tidak perlu ‘membungkus’ basikal. Pannier saya diletakkan di dalam karung guni. Cuma melalui system kurier bayaran adalah mengikut berat. Agak mahal bagi saya sewaktu menghantar basikal dan pannier saya dari Xian ke Turpan. Harganya lebih kurang harga ticket saya ke Turpan. 


Dalam guni putih tu adalah kesemua pannier saya yang dibungkus dalam karung guni dan selepas di timbang akan di scan dan dihantar ke Turpan. keretapi di China agak strick, tak boleh bawak gas ataupun pisau. kalau ada mereka akan rampas waktu scan.

‘Wild camping’ di China terutama wilayah Xinjiang agak mudah tetapi perlu memastikan spot camping terlindung daripada pandangan orang. Jika dijumpai polis mereka akan meminta kita pergi atau mereka akan escort ke hotel yang berdekatan. Polis percaya adalah bahaya tourist bercamping secara terbuka kerana Xinjiang adalah wilayah tidak selamat pada mereka. Tinggal di rumah penduduk tempatan juga di larang. Kalau bernasib baik penduduk tempatan akan menerima kita tinggal bersama mereka. 

Ada satu kali sewaktu turun dari high pass di karakoram highway menuju ke Taxkorgan saya meminta kebenaran untuk berkhemah di halaman rumah seorang penduduk tempatan. Waktu ini berjarak 20km sebelum Taxkorgan. Pada mulanya tuan rumah membenarkan saya masuk dan mengajak saya tidur dalam rumahnya sahaja. Selepas itu beberapa jiran datang dan menasihatkan perempuan itu agak tidak membenarkan saya bermalam di situ kerana bimbang polis akan datang dan mungkin banyak hal akan berlaku. Tuan rumah memanggil seorang jiran dan menerangkan pada saya dia hanya boleh membenarkan saya tidur di rumahnya jika saya ada id card ataupun kad pengenalan cina. Dia menerangkan dia bimbang jika polis datang dan mereka akan mendapat susah. Saya memahami kesulitan mereka dan berlalu pergi dan terus mengayuh ke Taxkorgan. Saya sampai ke Taxkorgan jam 8 malam. 

 Ibu pada dua beradik yang berbangsa Tajikistan ini pada mulanya membenarkan saya bermalam di rumah mereka namun atas nasihat jiran dan bimbang jika melanggar peraturan polis saya diminta pergi. tapi saya tetap berterima kasih sebab mereka berniat membantu saya.


Traffic di Karakoram highway agak ‘busy’ kerana terdapat banyak truck China dan juga Tajikistan. Selain menghubungkan China dengan Pakistan, highway G314 juga menghubungkan China dengan Tajikistan melalui Korma Pass tetapi border ini hanya dibuka untuk penduduk tempatan sahaja. Disebabkan banyak truck sesekali ada yang cuba-cuba offer saya untuk hitch hike mereka. Jadi jika anda bimbang dipertengahan jalan anda perlukan ‘talian hayat’ mungkin boleh hitch hike truck atau pun pacuan 4 roda (tapi kebanyakan pacuan 4 roda adalah taxi dan anda perlu membayarnya) Cuma kalau nasib baik mungkin anda akan dapat free ride. Waktu saya sampai ke Taxkorgan dan ingin pulang semula ke Kashgar saya ada pilihan samada kayuh semula route yang sama atau hitch hike atau ambil taxi. Disebabkan visa yang semakin suntuk dan saya tak beminat nak kayuh laluan yang sama 2 kali jadi saya amik share taxi. Bayaran sekitar 110yuan Taxkorgan – Kashgar. Terdapat bus untuk mereka yang travel sendiri setiap hari hanya satu bus.

Scam? Saya tak tau ada scam ke dekat China ni tapi ada satu kali sewaktu berhenti makan di Karasu selepas high pass di Karakoram saya di datangi pemandu truck yang sangat kurang ajar. Tanpa segan silu bertanyakan status saya. Walaupun saya tunjukkan cincin di jari dan mengatakan saya sudah berkahwin dia tetap cuba-cuba berbual tidak senonoh dengan saya. Malah hendak membayarkan bilik agar saya bermalam di situ. Saya terus berlalu dan mengayuh terus ke Taxkorgan. Nasihat saya jangan mesra sangat dengan lelaki asing di mana sahaja anda travel.

Apa yang menarik di wilayah Xinjiang ini yang pertamanya sudah tentu tentang makanan yang sedap dan halal, seriously banyak makanan sedap dan agak murah. Murah kalau makan dekat street. Antara makanan yang famous ialah laghman. Rasanya dekat China memang saya banyak makan laghman sebab itu aje yang saya tau sebut dan harganya agak murah berbanding kebab dan plov. Tempat paling best cari makan adalah di night market di Kashgar dan juga gerai-gerai kecil sekitar Kashgar. Selain laghman favourite saya di China adalah samsa. Samsa seperti pau daging tapi di masak dalam oven tanah. Intinya daging kambing dengan bawang merah yang banyak. Sedap sangat. Di Xinjiang kebanyakan makanan berasaskan daging kambing dan agak berminyak. Memang lepas makan terasa bibir macam pakai lipgloss. Naan di Xinjiang pun sedap tapi bukan yang terbaik sepanjang journey saya setakat ini. 

 Laghman

plov, nasi yang dimasak dengan daging dan sayuran seperti lobak merah.


 sempat dipelawa oleh seorang penjual makanan rare seperti organ dalaman lembu dan kambing di Turpan. dia memberi saya mencuba perut lembu. masa tu nak tolak tapi tak sampai hati jadi lepas dia potong saya pun ngap. hmmm perasaan bila perut lembu masuk dalam perut dan waktu mengunyahnya rasa macam nak berlari ulang alik 100m sambil tangan di kepala.


Di Xinjiang saya sempat berkunjung ke beberapa tempat tarikan pelancong. Jika di Xian yang popular sudah tentu Muzium Teracota Army. Tapi di saat akhir saya tidak ke sana sebab harga agak mahal dan tiba-tiba minat saya tidak ada untuk ke sana. Mungkin kerana penat berada di tempat yang sangat touristic. Pening rasanya untuk berada di tempat yang sesak dengan pelancong. Jadi di Xian saya hanya melawat City Wall yang mengelilingi bandar Xian. 


 Luasnya city wall di bahagian atas. kalau nak berbasikal boleh sewa basikal yang disediakan.

Pertama kali melihat city wall teringat cerita cina lama zaman dinasti maharaja. Saya perlu memanjat ke atas dan dari atas wall saya dapat melihat seluruh pemandangan bandar Xian. Menarik berjalan di atas wall ini kerana dapat feeling pegawai lama yang berkawal di situ. Besar juga city wall ni kalau naik basikal mahu 3 jam habis pusing.

Selain city wall, di Xian juga sangat popular dengan nigh market di kawasan muslim street yang terletak berhadapan dengan Drum tower. Memang street ni sangat touristic dan harga makanan agak mahal. Tapi yang menarik suasananya lebih live dan tambah menarik sebab makanan semua halal jadi bolehlah merasa. 




 Muslim street di Xian, tak kira malam atau siang memang sangat meriah dan penuh dengan orang.

Di Turpan pula saya melawat Tuyuk Valley yang terletak sekitar 50km di luar Turpan. Ada cerita menarik sewaktu perjalanan ke kampung lama ini. Saya menaiki bas awam ke sana yang dipenuhi dengan warga tempatan. Mereka agak pelik melihat saya. Walaupun muka saya dengan masyarakat Uighur lebih kurng sama (cuma gelap sikit) tapi cara saya bertudung agak berbeza. Agak merimaskan bila terdapat banyak check point army sewaktu hendak ke sana. Tiba di salah satu check point ada bas berhenti lama. Mak cik yang duduk di sebelah saya menoleh pada saya dan menunjukkan sign tudung. Beberapa mak cik membuat isyarat meminta saya membuka tudung dan memakai tudung gaya mereka (ikat di belakang dan nampak telinga dan leher). Saya hanya menggeleng. Walaupun gaya tudung tu sangat popular era mak saya dulu dan saya pun pernah bertudung begitu waktu saya kecil.

  
Suasana di dalam bas menuju ke Turpan dari Kashgar

Polis masuk dan memeriksa random id penumpang di dalam bas. Bila dia melihat saya dia terus bertanyakan pada driver dan menunjuk ke arah saya. Driver memandang saya dan berkata sesuatu. Polis meminta saya mengeluarkan passport dan seperti biasa mereka menilik visa Iran saya kerana terdapat tulisan jawi pada visa Iran berbanding visa China. Agak lama polis menelek dan dia menyoal saya dalam bahasa China. Saya hanya buat muka blur dan cakap Tuyuk Valley. Penumpang dalam bas hanya menggeleng sahaja. Ada yang tergelak dan ada yang menepuk dahi. Mungkin jawapan saya menyimpang dari soalan.

Tiba-tiba polis memanggil saya turun dari bas. Beberapa orang mak cik kelihatan risau dan berdiri menahan saya dan meminta agar saya membuka tudung tapi saya terus menggeleng. Kata saya pada mereka saya hanya tourist dan saya punya visa yang sah. Saya tak lakukan kesalahan jadi tak perlu bimbang. Tak taulah mereka faham ke tak. Tiba-tiba seorang pegawai lain datang berlari bersama passport saya. Dari isyaratnya menunjukkan telefon mungkin mengatakan pegawai di hujung talian mengesahkan identity saya. Polis tadi menyerahkan kembali passport saya dan tersenyum sambil berkata ok Tuyuk Valley. Bas bergerak laju meninggalkan army post. Bas meninggalkan saya di simpang jalan besar. Dari sini saya perlu berjalan sekitar 6km untuk ke Tuyuk valley. Pemandangan sangat indah cuma agak panas.





Tuyuk valley kelihatan sangat rare dan virgin. Penempatan yang dibina dari tanah. Sewaktu berjalanan menyusur celah bangunan lama masih terbau tanah dan debu berterbangan. Kawasan ini agak kurang popular dengan tourist jadi rasanya macam saya seorang sahaja yang berada di situ. Kebanyakan yang tinggal di sini adalah muslim Uighur. Saya sempat di jemput makan oleh sebuah keluarga Uighur yang sedang bersantai di luar rumah. Selain itu di sini juga popular dengan hasil anggur. Memang rezeki saya masa sampai ke Turpan in memang musim anggur. Mana pergi mesti dapat makan anggur free. 



Kalau di Kashgar pulak yang fames ialah old town kashgar dan night market yang menjual pelbagai makanan dengan harga yang murah. Berada di Kashgar buat saya rasa seperti berada di sebuah bandar yang sangat berbeza dari China yang saya tahu. Di sini saya melihat fashion yang sangat berbeza. Kebanyakan perempuan akan memakai pakaian yang berwarna warni dan sangat fancy dengan batu permata atau manik dan labuci. Lelaki dengan baju kot dan topi khas kashgar yang selalunya berwarna hijau. Tulisan di dinding kedai dan papan tanda jalan dalam tulisan cina dan jawi. Bazar di merata-merata tempat dan menjual pelbagai makanan terutamanya manisan dan biskut.









 Pemandangan pasar malam dan dan kedia tembaga di sekitar Kashgar.

 antara cara nak survive bab komunikasi dengan penduduk tempatan di China.


 Sempat melawat kedai membaiki basikal, saya beli tiup dengan cable break  sebagai spare di kedai ni dan servis basikal saya sebelum berangkat ke Kyrgyzstan.

Xinjiang adalah sesuatu yang baru dan berbeza dari pengalaman saya travel ke China sebelum ini. Xinjiang memberikan salam kenal pada saya akan dunia Central Asia. Selepas kembali ke Kashgar saya meneruskan perjalanan ke negara Stan pertama saya iaitu Kyrgyzstan. Overland border crossing saya yang pertama untuk journey ini dengan cerita yang lebih gila!




1 comment :

  1. Akak...ms kite g china hritu, jmpe sorg sales girl.. Die cerit sebenrnya org islam di wilayah xinjiang dipulaukan sebb beragama islam.. Jd ade satu masa tu penduduk di xinjiang melawan polis sebb dah x larat di pulaukan. Dieorg nk keluar drpd negara china. Penduduk islam kt china dipulaukan dr segi ekonomi, if nampak dieorg solat dlm restoran pon kene tangkap. Kejam polis china kafir kt sne. - najihatussakinah

    ReplyDelete