Kalau ikut kata Geert, dari Sary
Tash hendak ke Lenin Peak base camp saya harus ke Sari Mongol dahulu. Kalau merujuk
pada map jarak dari Sary Tash ke Sary Mongol sekitar 33km. kalau tengok dari
segi elevation mendatar sahaja, tidak ada mendaki. Dan untuk ke Lenin Peak nanti dari
Sary Mongol saya perlu detour ke satu jalan kampung menuju ke sana. Macam mana
jalan kampung tu saya pun tak pasti. Tak pa nanti dah sampai sana pandailah
saya bertanya.
Thursday, February 9, 2017
Monday, February 6, 2017
Perjalanan di Kyrgyzstan – Bab 1: Expect the unexpected.
“You need to get out from this
country as soon as possible!” Kata Anne waktu saya baru sampai ke Old Town
Kashgar Hostel.
Saya baru balik dari Taxkorgan
selepas mengayuh 4 hari dari Kashgar ke sana. Saya baru bercadang nak
bermalasan di Kashgar kerana saya masih ada 8 hari sebelum visa China saya
tamat pada 15hb September. Saya masih belum habis explore Kashgar lagi. Belum puas
saya nak makan makanan yang sedap di night market.
New Zealand
basikal
,
central asia
,
china
,
kyrgyzstan
,
touring
Sunday, February 5, 2017
Perjalanan di China – Bab 4 : Kesimpulan tentang perjalanan di Xinjiang, China
Perjalanan di China adalah
permulaan yang banyak mengajar saya bahawa bukan semua perkara itu mudah namun
ianya bukan mustahil. Banyak perkara yang saya belajar dari negara China.
Friday, February 3, 2017
Perjalanan di China – Bab 3: Jangan berhenti untuk percaya! (Karakoram Highway)
Saya meninggalkan Old Town
Kashgar Hostel dengan perasaan yang pasti. Saya pasti tujuan saya kali ini. Tujuan
saya hendak kayuh basikal ke Taxkorgan melalui highway 314. Highway yang
menyambungkan China dengan Pakistan. Jarak antara Kashgar dan Taxkorgan sekitar
300km. kalau diikut plan asal saya seperti yang dicadangkan oleh Mahazizi
adalah ambil bas dari Kashgar ke Taxkorgan dan kemudian kayuh basikal pulang ke
Kashgar. Kenapa? Sebab ianya lebih mudah, lebih banyak menurun daripada
mendaki.
Thursday, February 2, 2017
Perjalanan di China – Bab 2: Mencari inspirasi yang hilang
Setelah ditinggalkan truck dan
berkhemah di sebelah highway maka pagi hari ketiga pun tiba. Hari itu saya
bangun dengan penuh semangat. Saya sudah short cut atau cheat sejauh 700km dari
Toksun ke Aksu. Maka saya hanya perlu kayuh basikal sejauh 700km lagi untuk
sampai ke Kashgar dan saya punya 13 hari. Kalau diikut pada purata sehari 80km pun sudah cukup untuk sampai ke Kashgar dalam masa 10 hari dan
balance 3 hari untuk berjimba. Yer saya lebih tenang maka saya boleh kayuh
basikal rilek-rileks dan sampai ke Kashgar 10 hari lagi.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)