Wednesday, July 13, 2016

Hanmer Spring ke Blenheim via Molesworth Road - part 2




Jika saya ada satu impian di New Zealand, selain dari berada di Mt. Cook adalah untuk hilang dalam debu di Molestworth station...

Orang kata kalau anda mahu melihat New Zealand, pergilah berkayuh di Molestworth road. Back country road di mana semuanya bermula. Di mana tiada ramai pelancong tetapi yang ada hanya anda dan alam.

Ini lah laluan di mana anda tak akan jumpa bilik air untuk mandi, katil untuk tidur dan ais untuk minum. Semuanya alami. Jungle way!



Bermula dari Acheron Cottage saya akan berkayuh 60km ke Cob Cottage melalui Molestworth Road. Laluan ini hanya di buka pada musim panas sahaja. Jadi jika anda mahu berkayuh juga ke laluan ini di luar musim panas sila check dengan DOC berhampiran dulu.



Pagi tu sangat sejuk! Saya bangun seawal jam 6am dan tak mampu untuk keluar khemah kerana sejuk yang amat. Terlihat moisture ais ada di merata-rata tempat. Jadi saya tunggu sehingga jam 730am bila matahari sudah mula nak naik baru keluar dari khemah.

Ternyata melipat khemah dalam suhu sejuk beku dan khemah yang agak basah bukanlah perkara yang best! Jari saya beku sehingga terluka pun saya tak sedar.

Matahari bangkitlah!

Sesudah bersarapan dan tapau air teh panas dalam termos, saya mengucapkan selamat tinggal pada Ros dan Rob. Seperti biasa mereka memberikan kata semangat dan berharap saya berjaya sampai ke Cob Cottage sebelum hari gelap. Untuk pengetahuan sepanjang laluan Molestworth Road ini tidak di benarkan berkhemah demi menjaga keindahan kawasan ini dan atas sebab-sebab keselamatan.

Sebenarnya Ranger ada bertugas di Acheron Cottage dan Cob Cottage. Jadi Ranger di Cob Cottage sudah tahu yang saya akan sampai ke sana hari ini. Andai kata saya tidak sampai mereka akan mencari saya di sepanjang laluan nanti. Sepanjang laluan dari Hanmer Spring ke Blenheim tidak ada talian telefon.

Pagi tu langit sangat biru maka pemandangan kayuhan hari ini memang sangat indah. Di permulaan kayuhan agak mudah kerana mendatar walaupun laluannya adalah berbatu. Namun setelah itu mula di uji dengan banyak pendakian yang agak memenatkan. Namun setiap kali sampai ke puncak yang didaki pemandangan dari bahagian atas sangat memukau mata.

Sepanjang berbasikal itu saya berjumpa dengan ramai orang yang bermotosikal. Sempat bertegur sapa rupanya mereka datang untuk memancing salmon. Ada juga yang sekadar day ride kerana laluan ini sangat mencabar buat mereka dan sangat memuaskan.

Ada beberapa kereta yang berhenti sewaktu pass saya dan bertanyakan sama ada saya okay atau tidak. Alhamdulillah masih lagi bersemangat untuk berkayuh walaupun muka sudah lelah separuh nyawa.

Antara truck yang berada di laluan ini. Kebanyakan mereka membawa anjing ternakan, kuda dan juga bahan-bahan lain untuk ladang mereka. 

Banyak gate yang saya pass sewaktu berbasikal. Setiap gate haruslah dibiarkan seperti mana kita melihat asalnya. Contoh jika waktu kita datang gate itu tertutup setelah pass hendaklah tutup kembali. Di sebabkan padang ternak ini sangat besar adalah menjadi kesukaran pada owner jika kita biarkan terbuka kerana haiwan peliharaan mereka boleh pass tanpa di sedari. Hormati kawasan ini.

Setiap kali melalui pagar seperti ini haruslah meninggalkan ia seperti dalam keadaan asal.

Untuk laluan Molesworth ni akan nampak banyak tanda seperti ini sebagai rujukan untuk cyclist agar tak tersesat. Keberangkalian untuk sesat dalam perjalanan dari Acheron Cottage ke Cob Cottage adalah rendah kerana hanya ada satu jalan sahaja dan ada Ranger yang mengawal. 

Pemandangan Molesworth Station dari shelter berdekatan Mt. Augarde starting point. 

banjarang gunung yang kering di kiri dan kanan jalan.

pengubat di kala duka. 

Di sepanjang laluan ini juga ada beberapa shelter atau pondok tempat untuk lunch dan juga toilet. Sewaktu saya sudah sampai half km dari perjalanan saya di Puding Hill saya bertemu dengan Rob dan Ros yang sedang menjalankan tugas mereka untuk memantau laluan dan membersihkan toilet yang terdapat di sepanjang shelter. Di sebabkan perjalanan masih jauh dan barang saya terlalu berat, mereka menawarkan untuk membawa bag saya dan pass pada Ranger di Coc Cottage. Tentulah saya bersetuju kerana load ini antara penyebab melambatkan kayuhan saya. Selepas itu saya hanya berkayuh dengan air dan bekalan makanan.

Inilah Rob dan Ros Ranger yang bertugas di Acheron Cottage. Mereka adalah volunteer dari Blenheim yang bertugas menjaga Acheron Cottage dan laluan Molesworth Road selama seminggu. 

Laluan berbatu yang sangat bumpy disebabkan banyak kenderaan lalu menyebabkan jalan berlekuk begini. Seriusly tak best bila kayuh atas jalan yang melompat-lompat macam ni dengan pasir dan batu yang banyak.

Ternyata laluan Molesworth Road sangat mencabar terutamanya selepas dari Isolated Flat menuju ke Ward Pass yang berketinggian 1145m. Seriusly saya memang dah pewai habis waktu nak mendaki ke ward pass. Beberapa kereta yang turun dari Ward Pass menggelengkan kepala waktu melihat saya hendak mendaki laluan ini. Ini adalah pass terakhir sebelum saya sampai ke Cob Cottage dan waktu itu sudah mulai menghampiri jam 4pm.

Isolated Flat. laluan lurus dengan kiri dan kanan padang rumput yang kering dan luas, laluan sebelum ke Ward Pass. 

menyebarangi banyak anak sungai dengan melalui one way bridge begini. air disini sangat bersih dan jernih sehingga tak ragu-ragu untuk minum. cuma dinasihatkan untuk boil dahulu bagi mengelakkan sakit perut.

papan tanda Molesworth station sebelum mendaki ke Ward Pass. di sinilah saya bertemu Lydia dan Mark dan beliau menyarankan saya menumpang mereka kerana hari semakin gelap. 

Lydia dan Mark yang merupakan Ranger di Cob Cottage menyarankan saya menaiki 4wd mereka kerana bimbang saya akan sampai lewat di Cob Cottage dan agak berbahaya jika saya downhill dari Ward Pass pada waktu gelap kerana agak curam dan banyak gaung. Yup saya akhirnya bersetuju dan menaiki 4wd mereka bersama basikal saya ke Cob Cottage. Kecewa? Mestilah kecewa sebab tak dapat sudahkan last pass tapi waktu itu pun saya dah separuh nyawa juga.

Mengakui kegagalan adalah perkara yang sukar tapi menerimanya dengan jujur adalah perkara yang dewasa.

Lydia dan Mark cuba mengembirakan hati saya dengan memberi semangat untuk saya datang lagi dan berkayuh di Ward Pass di masa akan datang. insyaAllah!

Akhirnya saya sampai ke Cob Cottage. Kayuhan hari ini sungguh bermakna sebab akhirnya satu daripada impian saya terlaksana. Berkayuh di laluan debu dengan pemandangan yang indah. Bersendirian dalam kebesaran ciptaan Tuhan buat saya banyak berfikir. Tak semua perkara dapat saya gengam tapi peluang yang di beri untuk saya mencuba adalah satu nikmat yang patut saya syukuri. Kebaikan yang datang sepanjang jalan adalah seperti pertolongan dari Tuhan yang kita tak pernah sendiri. Adakala kita marahkan Tuhan atas perkara yang terjadi tapi kita lupa untuk setiap yang terjadi sebenarnya ada jalan cerita lain di sebaliknya.



Molesworth road... Keindahan di sebalik debu. Kayuhan mental dan pertemuan spritual. Alhamdulillah untuk setiap peluang!

baca part 1 di sini  

No comments :

Post a Comment