Wednesday, June 29, 2016

Hanmer Spring ke Blenheim via Molesworth Road - part 1




Dalam banyak-banyak trail yang saya cycle di NZ inilah trail terbest dan penuh cabaran. Trail yang menduga kesabaran dan keberanian saya. Saya teracun untuk mencuba trail ini setelah melihat gambar-gambar dari FB Yew Hock sewaktu beliau berbasikal di Molesworth station. Tanpa mengetahui level kesukarannya saya tanamkan niat untuk cuba juga trail ini. 


Molesworth station merupakan kawasan ladang peternakan terbesar di New Zealand. Laluan ini merupakan laluan off road dan hanya di buka pada musim panas sahaja di luar musim panas tempat ini dilitupi salji yang tebal. Selain berbasikal anda juga boleh ke Molestworth station dengan menaiki motosikal kuasa besar atau pacuan 4 roda namun kebanyakan syarikat insurans tidak akan cover sebarang masalah jika berlaku di laluan ini. Caravan tidak di benarkan melalui laluan ini. Tidak ada kedai, station minyak atau rumah tumpangan sepanjang laluan ini. Jadi harus membawa bekalan makanan yang cukup, alatan camping serta spare part basikal seperti tiup tayer dan sebagainya. 



Hanya yang berani berhak bermimpi! 

Sebenarnya saya pun tak pasti apa cabaran yang saya akan lalui tapi yang saya yakin saya kena kayuh sampai saya keluar dari belantara debu ini. Kalau di ikutkan dari nasihat Yew Hock nampaknya Molestworth ni bukan biasa-biasa punya route. Tapi saya masih degil untuk buat juga, bagi saya kalau tak larat nanti berhenti. Lagipun kita bukan ada due date nak kejar. 

Selepas 3 hari warm up kaki berkayuh di jalan tar dari Christchurch ke Hanmer Spring kini saya menguji kaki ke laluan off road, laluan berbatu dari Hanmer Spring ke Blenheim. Off road pertama dalam hidup dan kepayahan maha dasyat pertama dalam journey. 

Secara ringkas kayuhan di Molestworth station ini akan bermula di Hanmer Spring dan berakhir di Blenheim sejauh 207km. Hari pertama saya akan berkayuh ke Acheron Cottage yang berjarak sekitar 26km. Hari kedua dari Acheron Cottage ke Cob Cottage sejauh 60km dan kemudian dari Cob Cottage ke Blenheim 121km. Sepanjang 207km ini tidak ada kemudahan kedai basikal, kedai mahupun rumah tumpangan.

Peta laluan Molesworth station. 

Pagi itu waktu saya bersiap meninggalkan campsite hujan turun rintik-rintik namun hari tidak terlalu berangin. Owner campsite agak risau bila saya kata hendak ke Molestworth dalam cuaca yang begini. Beliau berpesan kepada saya untuk singgah ke i-center terlebih dahulu bagi menyemak sama ada route Molestworth road dibuka atau tidak. Selalunya route ini akan ditutup jika ada kebakaran hutan. Almaklumlah sekarang ni musim panas dan agak berangin, lebih mudah api merebak. 

Demi menghormati pesanan beliau saya singgah juga ke i-center. Lagipun untuk ke starting point saya memang akan bypass i-center. Petugas di i-center memberikan khabar gembira bahawa laluan dibuka dan tiada masalah untuk saya berbasikal ke sana. Beliau sempat memberi kata semangat dan mengatakan saya pasti akan sukakan view di sebalik sana. 

View di sebalik sana... Untuk ke view di sebalik sana saya perlu mendaki Jack Pass sejauh 8km. 8km yang menduga semangat, jiwa dan raga. 

Disebabkan saya budget saya akan berada di Molestworth road selama 5 hari jadi saya membawa bekalanan makanan yang banyak maka load pada basikal agak berat. Mendaki dengan basikal di laluan off road ternyata sangat mencabar dibandingkan mendaki di laluan bertar. Apa lagi di laluan ini banyak pulak selekohnya hinggakan ada satu selekoh tajam tayar saya terbenam dan apabila saya mengayuh tayar berpusing di situ sahaja. Dan apabila saya cuba turun untuk menolak basikal, basikal tidak mahu bergerak ke depan sebaliknya saya yang bergerak ke belakang seperti di tarik graviti. Akibatnya basikal tak bergerak ke mana maka saya mecampakkan semua bag di situ dan memindahkan basikal dan bag satu-satu untuk melepaskan selekoh itu. 

Inilah tempat saya stuck tak boleh ke depan sebaliknya di tarik ke belakang. Seriusly masa tu memang terkekeh ketawa sebab macam tak nak give up still nak tolak tapi tak boleh. Sudahnya cabut semua bag kemudian tolak basikal dahulu sebelum kutip bag satu-satu.


Betul-betul punya selekoh dia bagi, lepas satu selekoh satu lagi selekoh dengan condition daki dan terus daki. Memang masa ni saya tolak basikal aje sebab kalau nak kayuh pun bawah 5km/j baiklah aku tolak ya. 

Haha inilah cabaran off road rupanya. Nak tackle selekoh pun ada cara tak boleh main aci redah aje yang kesudahannya kita yang gerak ke belakang. Bila selekoh tajam dan menjunam tak boleh nak curi jalan pintas sebaliknya kena amik corner panjang bagi balance kan graviti, cewah! Perjalanan 8km dalam masa half day. Berhenti rehat sambil menyumpah diri, berhenti di tebing sambil memberi laluan kepada 4WD yang lalu lalang. Berhenti minum air dan makan buah, berhenti sambil menjenguk ke hadapan dan berfikir-fikir di mana puncaknya? Di mana view di sebalik sana.

Waktu menolak basikal ada beberapa cyclist yang free body lalu di sebelah. Mungkin day trip cycling. Sempatlah mereka memberi kata semangat pada saya. Tak lupa juga kereta-kereta yang lalu ada yang hon dan thumbs up, ada juga yang tersenyum sahaja. Mungkin dalam hati mereka berkata kerja gila apa seorang perempuan dengan load serupa ini berbasikal di laluan begini. 



Dalam jam 11am saya masih lagi mendaki dan terus mendaki. Masih lagi belum sampai ke puncak bagi menyaksikan view di sebalik sana. Sampaikan cyclist yang melintas saya sebelum ini sudah turun. Kata mereka depan tu sahaja tapi kenapa tak sampai-sampai. 

Kalau tengok picture ni summit dia dekat sebelah kiri sekali tu. Nampak macam dekat kat tapi nak menyampai dekat sejam setengah juga. Tahu kenapa dia bukan garis lurus ke summit tapi ada banyak selekoh. Nampak tak kereta kat tengah tu? Di sebalik kereta tu ada selekoh ke kanan dan masuk beberapa selekoh sebelum pusing ke kiri dan terus ke summit. Benda macam nilah buat saya angin je sebab rasa kena tipu. 


Perjuangan panjang akhirnya sampai juga ke summit. Punyalah gembira sebab sengsara jiwa tolak basikal dah berakhir. Bayangkan 90% daripada 8km tu saya hanya menolak basikal sahaja. Menolak dengan load yang berat. Kegilaan apakah ini?

Akhirnya sampai juga ke summit sebelum downhill ke Acheron Cottage yang terletak lagi 8km dari sini. Bukanlah downhill sangat ada naik turun juga tapi view laluan selepas ini lebih cantik berbanding sebelum ini. 


Tapi ternyata view di sebalik sana sangat mengkagumkan. Jika waktu saya climb tadi saya hanya melihat pokok hijau dan cerun di kiri dan kanan jalan kini saya di hamparkan dengan padang savana dan banjaran gunung yang luas terbentang. Bahkan saya menyusur di pinggir anak sungai yang cukup jernih dan mempersonakan. 

Jalan terus bengkok-bengkok. Inilah view selepas pendakian yang panjang.

Walaupun langit agak kelabu tapi pemandangannya cukup memukau jiwa. Tambah mengujakan bila hanya ada saya sahaja di laluan itu. Tak ada orang langsung. Ops ada juga kereta yang lalu tapi boleh di bilang dengan jari. 

Dari summit Jack Pass saya menerukan perjalanan ke Acheron Cottage yang akan menjadi tempat bermalam saya nanti. Perjalanan ke Acheron Cottage ada naik turun tapi tidak sesukar jack pass. Saya hanya berkayuh perlahan sambil menikmati pemandangan yang memukau. 

Perjalanan menyusur anak sungai. Memang ada satu laluan ini sahaja dan laluan ini agak sempit sebab tu caravan dan kenderaan panjang tidak boleh lalu. 


Berkayuh di sini seolah-olah berkayuh menuju ke banjaran gunung. Luas mata memandang.


Laluan yang tidak ada kereta yang lalu. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. 


Indah kan? Laluan ni cukup sunyi yang kedengaran hanya bunyi air sungai yang mengalir dan juga bunyi angin. Setiap kali menoleh ke belakang saya melihat landskap menarik yang saya tinggalkan dan saya tahu di depan ada yang lebih indah menanti.


Downhill di padang savana. Bila lalu bawah pencawang tu boleh dengar macam bunyi karen. Risau jugak saya dibuatnya.


Menolak 8km basikal climb jack pass dan kemudian dihidangkan dengan pemandangan seperti ini? Saya takkan pernah menyesal!


Dan akhirnya dalam jam 4pm saya sampai ke Acheron Cottage. Waktu sampai di sana hari sudah semakin petang dan terdapat banyak lembu di jambatan yang saya harus melintas ke campsite. Ada rasa cuak jugak sebab lembu di NZ ni besar-besar dari biasa dan banyak pulak. Takut jugak kalau disondolnya nanti. Sudahlah basikal saya berwarna merah. 


Waktu saya sudah menghampiri Acheron Cottage tiba-tiba saya lihat langit di seberang sana sudah mulai membiru. Harapannya semoga esok cuaca cerah!


Itulah jambatan yang harus saya seberang untuk ke Acheron Cottage. Nampak tak geng lembu di hujung sebelah kiri jambatan.

Tapi nasib baiklah lembu dekat NZ ni beradab sikit. Depa bagi laluan malah ada yang malu-malu sambil berlari menyorok belakang pokok. Beradab sungguh. 

Setibanya di Acheron Cottage saya bertemu dengan pegawai Ranger yang bertugas di situ. Ros dan Rob merupakan volunteer dari Blenheim yang bertugas selama seminggu menjadi ranger di Acheron Cottage. Tugas mereka adalah menjaga kebersihan di Acheron Cottage dan kawasan sekitar Molestworth Road. Mereka juga akan memberi bantuan kepada traveller yang memerlukan bantuan sewaktu di laluan ini, Ros dan Rob sangat peramah. Malam itu selepas saya siap makan malam mereka menjemput saya untuk minum tea di cottage mereka. 

Cottage untuk ranger di Acheron campsite. Di sini ada kemudahan toilet tapi tanpa flush. Jangan bimbang ia bersih dan ada tisu lagi. 


Campsite saya di Acheron Cottage. Ia merupakan DOC campsite dan harga semalam ada 6 dolar dengan view yang awesome. Di sini disediakan kemudahan toilet dan water supply. 


Malam di Acheron Cottage sangat sejuk hinggakan saya menggigil sewaktu tidur. Esoknya bila bangun pagi dan lihat air dalam botol yang ditinggalkan di luar dan jadi ais. 


Pemandangan Acheron Cottage ke esokkannya. Nampak tak bangunan yang tengah tu? Itulah tapak asal Acheron Cottage. Sebenarnya cottage ni adalah tempat persinggahan orang dulu yang travel dari Hanmer Spring ke Molestworth road. Ha macam tu lah ikut kefahaman aku. 


sambungan part 2

4 comments :

  1. Lembu tu lembu betina kot...klu lembu jantan sah di kejo nya ko....kot..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Lembu kat sini semua set hormat org pompuan.. Heh

    ReplyDelete