Monday, July 18, 2016

Hanmer Spring ke Blenheim via Molesworth Road - part 3



baca part 1 dan part 2

Cob cottage antara DOC campsite yang sangat cantik dan bersih. Di sini juga kemudahannya sangat basic seperti toilet dan bekalan air. Terdapat banyak aktiviti yang boleh saya lakukan di sini antaranya hiking, trekking atau duduk rileks2 sahaja kerana view di sini sangat cantik.

Disebabkan saya tidak ada due date untuk trip berbasikal di New Zealand, jadi saya mengambil keputusan untuk tinggal 2 malam di Cob Cottage untuk melihat keindahan yang ada di sekeliling. Cob cottage agak sunyi dan tidak ramai pengunjung jadi saya dapat mendirikan khemah dan masak di mana-mana yang saya suka dengan view banjaran gunung yang indah.




campsite di Cob Cottage menghadap pemandangan gunung yang mengagumkan.

sumber air di Cob Cottage. Dinasihatkan untuk masak dulu air ini sebelum minum. kalau tengok condition air ni memang bersih sangat.

toilet yang terdapat di Cob Cottage. tak ada flush just drop toilet aje. siap ada tisu disediakan. condition bersih sebab ada ranger yang menjaga. 

Pada waktu pagi saya bersarapan berat dengan memasak bubur dan telur dadar. Kemudian saya mendaki ke Moleswoth Homestead Lookout Track. Hanya 10 minit mendaki sahaja yang terletak di belakang Historic Cob Cottage untuk melihat kawasan perumah pekerja di Molesworth station. Pemandangan sangat cantik kawasan perumahan yang berlatarbelakang gunung. Saya senang duduk-duduk sahaja di obersvation point sambil melihat banjaran gunung yang luas terbentang.

Antara pemandangan rumah pekerja di Molesworth station dari Lookout point dengan latar belakang Mt. Chisholm. 

kawasan ladang ternak tempat mengumpul ternakan sebelum di transfer. 

Saya memang sukakan nature. Duduk diam sambil membaca buku atau berfikir dengan pemandangan alam macam ni dah buat hari saya bermakna. Bukan senang nak dapat duduk diam tanpa diganggu orang. Bila dapat peluang macam ni banyak perkara yang singgah dalam hati untuk difikirkan. Namun semua perkara berjaya di naturalkan dengan aura positif yang ada di sekitar. Alhamdulillah saya dapat menikmati journey ini walaupun banyak perkara yang saya perlu korbankan.


Pemandangan kaikora range dari Loockout Point. indah!


Hidup ni sentiada ada give and take. Tak semua perkara kita akan dapat ada perkara yang kita kena beri untuk dapatkannya. Tapi biarlah ianya berbaloi. Berhenti kerja dan travel adalah perkara besar. Saya bukan nak suruh semua berenti kerja dan travel cuma saya decide untuk berhenti sebab saya dah tak ada minat atau passion dalam kerja yang saya buat. Bukan sebab saya stress atau nak lari dari dunia nyata. Kadang-kadang sampai satu stage kita akan kembali pada satu point di mana kita soal diri apa yang kita nak buat sebenarnya dalam life. Saya hanya fikir nak buat apa yang saya impikan sejak dulu lagi. Semoga Allah redha dan semoga saya berjumpa sesuatu yang saya minat untuk diusahakan 100%.

 close up banjaran gunung dari lookout point. tandus dan gersang.





 SubhanaAllah indahnya pemandangan banjaran gunung dengan langit yang membiru. kalau musim sejuk ditutup salji,


Selepas melepak lama di observation point saya turun semula ke khemah untuk pack buah dan biskut sebab saya nak trekking di walking trail berhampiran. Sebenarnya saya nak hike ke Mt. Chisholm tapi starting point dia agak jauh nak berjalan jadi saya batalkan sahaja niat. Tapi walking trail yang saya pergi agak menarik juga sebab ada cross anak sungai yang sangat jernih dan sejuk. Sempatlah rendam kaki dekat situ.

Pintu masuk ke walking trail. sebenarnya walking trail ke ladang ternakan tapi tak jumpa pun kambing atau lembu.



Ada sebatang anak sungai yang kena cross. Air sejuk sangat dan jernih. memang sempat rendam kaki bagi wangi sikit kaki. sempat gak mandi lap-lap.


Walking trail yang Awesome. Ada sekali tu tertiba jadi cuak sebab takut kalau ada anjing yang jaga ladang tetiba keluar mahu marathon saya dibuatnya. 


Agak seram juga waktu berjalan di walking trail sebab jalan di padang ternak yang besar. Bimbang kalau tiba-tiba lembu atau kambing datang bawak geng halau saya. Masa jalan-jalan tu ada terfikir juga kalau tiba-tiba harimau ke keluar. Tapi NZ ni mana ada harimau. Ular pun tak ada. Semua haiwan beracun tak ada maka jadi berani balik.

Hampir petang juga saya berjalan tanpa arah di situ. Kemudian pulang kembali ke campsite. Waktu saya balik dah ada beberapa orang yang datang untuk berkhemah sama. Kebanyakan mereka datang berkereta untuk day trip di sini. Petang tu saya habiskan masa mengunjungi historic Cob Cottage dan membaca sejarahnya.

Inilah cottage ranger di Cob Cottage. 

Cuaca hari ini sangat baik. Pada waktu malam saya mencuba untuk menangkap gambar jujuran bintang di langit namun saya masih belum pandai menggunakan gopro saya untuk menangkap milky way. Jadi saya hanya duduk di luar khemah dan berselimutkan sleeping bag sambil mengira bintang yang berjuta di dada langit. Banyak kali shooting star menerpa ke dada langit dan sebanyak itu saya menjerit kecil. Tak pernah dapat lihat shooting star sebelum ini sampai tak tahu nak hajatkan apa.

Esok saya akan berkayuh keluar dari Cob Cottage ke Blenheim namun perjalanan agak panjang. Mungkin saya terpaksa wild camp di mana-mana kerana tidak ada DOC campsite sepanjang laluan esok.

 Kenyang perut hati riag! Bubur nasi dengan telur dada, nikmat sangat!




2 comments :

  1. Enjoy reading..Harap2 one day dapat travel NZ dgn basikal.Sangat memahami perasaan yang meronta ronta ingin keluar dari comfort zone n melihat dunia luar.(Ayat novel)...Keep writing...and keep traveling..

    ReplyDelete
  2. Hi VB,

    baru terbaca pasal awak somewhere in Fb..
    terpanggil nak komen dkt sini sbb apa yg ditulis kat atas tu..berenti kerja dan mencari apa yg kita nak buat dlm hidup ni..
    sy pn keluar dr comfort zone demi mengikut kata hati utk mencabar diri.. maka skrg ni dah dapat yg di ingin cume xberani je nak travel solo naik beskal keliling dunia..
    semoga terus berjaya mengejar impian cik VB..jika ke nz jemput la ke rumah..kambing golek sedia di hidang :)

    ReplyDelete