Wednesday, February 1, 2017

Perjalanan di China - Bab 1 : Permulaan yang sukar.




Setelah hampir 2 bulan duduk di rumah dan tidak mengayuh basikal akhirnya trip besar yang dinanti tiba. August 2016 saya berangkat ke China. Misi kali ini untuk mengayuh basikal merah dari China ke Turkey. Bunyinya macam senang dan mampu dilakukan kerana saya yakin pengalaman mengayuh basikal pertama kali di New Zealand selama 2 bulan setengah sudah cukup.

Saturday, January 21, 2017

saya jual kalender 2017


muka hadapan kalender

Salam dan selamat Sejahtera. saya nak jual kalender yang mengandungi sedikit catatan dan gambar yang saya amik sewaktu berbasikal di China, Kyrgyzstan dan Tajikistan. hasil dari penjualan kalender ini untuk top up saving saya untuk pergi lebih jauh dengan basikal merah.
saya memulakan journey saya pada March 2016 - May 2016 di New Zealand dan kemudian August 2016 sehingga kini dari China - Kyrgyzstan - Tajikistan - Uzbekistan - Turmenistan - Iran dan sekarang di Armenia.

Thursday, January 19, 2017

Apa yang saya boleh kongsi tentang berbasikal di central asia.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Bukan sengaja tapi agak busy. Kisah di New Zealand pun masih tertunggak tapi saya terpaksa jump part central asia sebab ramai yang ‘pm’ Tanya macam mana nak berbasikal di central asia.

Jadi untuk entry ni saya nak share tentang visa di central asia.

Walaupun passport Malaysia di tangga ke-5 ter’power’ di dunia tapi kita masih memerlukan visa di central Asia kecuali Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Untuk trip saya yang bermula August 2016 saya fly dari Kuala Lumpur direct ke Xian, China. Dari Xian saya menaiki train selama 22jam menuju ke Turpan yang terletak di wilayah Xinjiang. Dan di Turpan adventure saya bermula

Monday, July 18, 2016

Hanmer Spring ke Blenheim via Molesworth Road - part 3



baca part 1 dan part 2

Cob cottage antara DOC campsite yang sangat cantik dan bersih. Di sini juga kemudahannya sangat basic seperti toilet dan bekalan air. Terdapat banyak aktiviti yang boleh saya lakukan di sini antaranya hiking, trekking atau duduk rileks2 sahaja kerana view di sini sangat cantik.

Disebabkan saya tidak ada due date untuk trip berbasikal di New Zealand, jadi saya mengambil keputusan untuk tinggal 2 malam di Cob Cottage untuk melihat keindahan yang ada di sekeliling. Cob cottage agak sunyi dan tidak ramai pengunjung jadi saya dapat mendirikan khemah dan masak di mana-mana yang saya suka dengan view banjaran gunung yang indah.

Wednesday, July 13, 2016

Hanmer Spring ke Blenheim via Molesworth Road - part 2




Jika saya ada satu impian di New Zealand, selain dari berada di Mt. Cook adalah untuk hilang dalam debu di Molestworth station...

Orang kata kalau anda mahu melihat New Zealand, pergilah berkayuh di Molestworth road. Back country road di mana semuanya bermula. Di mana tiada ramai pelancong tetapi yang ada hanya anda dan alam.

Ini lah laluan di mana anda tak akan jumpa bilik air untuk mandi, katil untuk tidur dan ais untuk minum. Semuanya alami. Jungle way!