Setelah hampir 2 bulan duduk di rumah dan tidak mengayuh
basikal akhirnya trip besar yang dinanti tiba. August 2016 saya berangkat ke
China. Misi kali ini untuk mengayuh basikal merah dari China ke Turkey. Bunyinya
macam senang dan mampu dilakukan kerana saya yakin pengalaman mengayuh basikal
pertama kali di New Zealand selama 2 bulan setengah sudah cukup.
Entah kenapa trip kali ini agak berat rasanya. Bukan berat
dari segi jauhnya km yang perlu di kayuh tapi berat dari segi hati. Berat nak
meninggalkan keluarga terutamanya mak saya. Mungkin kerana trip sebelum ini
saya tahu bila saya akan pulang. Berbeza dengan trip ini yang saya sendiri tak
pasti bila ianya akan tamat. Mungkin di Turkey atau entah mana negaranya nanti.
Sunset dari flight AirAsiaX D7346
2 minggu saya berada di China masih kuat perasaan rindu pada keluarga. Perjalanan yang dalam kepala rasanya
mudah menjadi sukar. Sukar dari segi perasaan, dari segi bahasa dan dari segi
cuaca serta jarak.
August 2016 masih lagi summer di Xian. Begitu juga di
Turpan. Perjalanan 32jam dengan train dari Xian ke Turpan terasa berat. Hati saya
jadi ragu-ragu sama ada apa yang saya buat ini betul atau tidak. Adakah saya
benar-benar bersedia? Dan saya menjadi bertambah rindu pada keluarga.
Hari pertama mengayuh dari Turpan ke Toksun yang berjarak
sekitar 40km agak perit kerana panas yang amat. Suhu sekitar 40C dengan melalui
kawasan jalan yang tidak rata dan berbatu. Di kiri kanan jalan hanya padang
rumput yang tandus. Sesekali saya memasuki kawasan kampung dan saya terus
melulu mendapatkan peti ais untuk membeli air sejuk. Bukan sebotol tapi tiga
botol. Hanya 20km berkayuh saya udah menghabiskan 1L air mineral saya. Air mineral
yang di letak di basikal ikut sekali terasa panas. Panas yang membahang.
Berdebu habaq hang
Azab jugak jalan macam ni
Stesen minyak tempat saya top up petrol untuk stove.
Jam tengah hari saya berhenti tidur di sebuah kebun. Terasa nak
berkhemah sahaja di situ tetapi laluan agak busy dengan motor dan basikal yang
lalu lalang. Setelah 2 jam berehat saya meneruskan perjalanan ke pekan Toksun. Di sini
saya berhenti rehat di sebuah restoran sebuah keluarga muslim Uighur. Ya di
wilayah Xinjiang, China penduduknya terdiri daripada Mulim Uighur dan Cina Han. Walaupun
banyak cerita negative yang saya dengar tentang wilayah Xinjiang ini tapi bagi
saya tak kenal maka tak cinta, dan “less you know is better”.
Waktu saya sampai ke kedai makan keluarga Uighur sekitar jam
3pm. Rupanya mereka dah bersiap untuk tutup kedai. Tapi kerana melihat saya
yang agak ‘kebulur’ mereka menjemput saya masuk dengan senyuman. Apa yang
tinggal hanya pau yang berinti daging tapi saya melihat di meja sebelah ada
semangkuk mee yang sudah kembang. Saya bertanya jika saya boleh mendapatkan mee
itu dan tuan kedai terus memberikan mee itu pada saya. Rasa bersalah pulak
mintak mungkin untuk orang lain tapi disebabkan sudah lapar maka saya
makan dengan lahapnya. Selepas itu tuan kedai datang dengan membawa 3 biji pau
berinti daging untuk saya. Katanya free maka saya pun makan dengan seleranya. Tiba waktu
untuk membayar kata tuan kedai tidak perlu. Terharu saya waktu itu. Sempat dibekal
dengan air the panas dan pau sebelum meneruskan perjalanan.
Keluarga muslim Uighur di Toksun
Cerita kebaikan masyarakat Uighur tidak berakhir di situ. Sewaktu
saya hendak kayuh keluar dari Bandar Toksun saya disapa oleh seorang gadis Uighur
yang menaiki motorsikal. Dia berhenti di sebelah saya dan bertanya sama ada saya
sudah makan atau tidak. Saya hanya menganguk dan menunjukkan bungkusan pau yang
diberikan oleh tuan kedai sebentar tadi. Dia hanya tersenyum dan berlalu
pergi. Disebabkan saya akan memasuki highway G30 di mana jarak untuk ke kedai
seterusnya adalah jauh maka saya berhenti di sebuah kedai untuk membeli sedikit
bekalan makanan. Sewaktu sedang memilih barang gadis tadi masuk ke dalam kedai
dan mengambil beberapa makanan dan minuman. Setelah membayar dia terus
memberikan bungkusan berisi makanan dan minuman itu kepada saya. Terkejut juga
saya dibuat. Dia mengucapkan tahniah kepada saya dan mendoakan agar saya
selamat sampai ke destinasi seterusnya.
Hebat betul pengalaman pertama saya dengan hospitality masyarakat
Uighur di Xinjiang ini. Terasa sayu pulak dalam hati sebab selama dekat
Malaysia agak berkira dengan rezeki yang saya ada. Travelling kadang-kadang
mengajar kita akan perkara yang kita terlepas pandang.
Keluar dari pekan Toksun dan menuju ke highway G30 bukanlah
perkara yang best. Berkayuh di laluan highwy G30 juga agak menekan perasaan
dengan kiri dan kanan jalan hanya padang pasir yang luas terbentang dan di
hujungnya kelihatan samar-samar banjaran gunung Tian Shan. Kereta bergerak agak
laju dan menjadi semakin bosan dengan banyak truck dan bas yang melepasi saya. Rasanya
tidak aman. Sunyi dan kosong dan panas. Beberapa km mengayuh saya sampai ke
stesen minyak dan beberapa restoren besar. Saya duduk berehat dan beberapa pemandu truck menegur saya. Ada yang kagum melihat saya dan basikal merah. Ramai
juga yang menggeleng kepala. Waktu itu jam 5pm dan saya merasa lelah yang
sangat. Rasa putus asa mula menjalar dalam diri saya. Rasa kecewa pun ada. Saya
jadi marah pada panas dan pada jalan yang sangat lurus dan kontang. “Kenapa tak
sama macam New Zealand”. Getus saya di dalam hati.
Walaupun jam menunjukkan 6 petang tapi panasnya masih
membahang. Saya membasahkan tuala dan mengikat pada kepala. Tak tertanggung
rasanya nak menerukan kayuhan. Kalau merujuk pada penanda meter saya baru
mengayuh sekitar 70km. target saya sehari 100km! saya perlu sampai ke Kashgar
dalam masa 16 hari dan jarak Turpan-Kashgar sekitar 1400++km. Stres! Saya mula
rasa tak menentu. Rasa penat dan stress buat saya menjadi serabut. Waktu ini
terasa besarnya China. Jauhnya Kashgar!
Tiba-tiba saya melepasi sebuah truk yang sedang berhenti
memanaskan enjin barangkali. Pemandu truk menyapa saya dan bertanya ke mana
saya hendak pergi. Jawab saya Kashgar yang beribu km jauhnya. Akhirnya
soalan yang saya tunggu-tunggu sama ada saya hendak menumpang truk beliau
sehingga Aksu atau tidak. Tawaran ini rasanya macam emas bergolek-golek
dari langit jatuh ke depan mata. Bodoh gila kalau tak kutip. Dan saya yang mula
agak ragu terus bersetuju. Masa tu saya dah rasa serabut sangat.
Dan akhirnya saya sampai ke Aksu pada ke esokkan hari. Driver truk menurunkan saya di sebelah highway sebelum Aksu. Katanya 40km lagi nak sampai Aksu. Saya tiada pilihan kerana waktu itu sudah jam 6 petang jadi saya terus mencari spot untuk berkhemah di sebelah highway. Masalah utama nak berkhemah di sebelah highway G30 ialah sepanjang highway ini ada pagar. Pelik bila difikirkan kenapa ada pagar di sepanjang highway sedangkan sekitarnya adalah padang pasir yang luas.
Dan akhirnya saya sampai ke Aksu pada ke esokkan hari. Driver truk menurunkan saya di sebelah highway sebelum Aksu. Katanya 40km lagi nak sampai Aksu. Saya tiada pilihan kerana waktu itu sudah jam 6 petang jadi saya terus mencari spot untuk berkhemah di sebelah highway. Masalah utama nak berkhemah di sebelah highway G30 ialah sepanjang highway ini ada pagar. Pelik bila difikirkan kenapa ada pagar di sepanjang highway sedangkan sekitarnya adalah padang pasir yang luas.
Basikal merah yang cekal. truk 20 tayar pun dia dah bedal
sunrise dari seberang highway
Malam itu merupakan malam pertama saya tidur khemah di sebelah
highway. Tengah malam saya terjaga dengan soalan yang menerpa minda. “macam
mana kalau ada truk terlajak dari jalan dan jatuh menimpa khemah saya.” Sambil menelan
air liur saya kembali memejam mata.
you memang berjiwa kental..👍
ReplyDeleteEhehe terima kasih mohon doanya.
DeletePengalaman yg berharga. Sy mohon share
ReplyDeleteThanks for reading!
DeleteKeep it up! Suka baca cerita you :))
ReplyDeletethanks!
DeleteTahniah VB. Seronok dan mendebarkan.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi pengalaman yang tak ternilai. Memang seronok di baca.All the best. Teruskan...
ReplyDeleteTerima kasih!
DeleteNk tya..knapa utk motosikal mlepasi sempadan china x-dbenarkan? @ org sja2 reka crita ni? Bleh bg guide x utk touring ke china dr malaysia?
ReplyDeleteBoleh je naik motor dekat china cuma kena amik tour guide kalau tak silap saya tak blh travel independent. Blh rujuk the wandering vespa sebab dia travel by bike rasanya dia blh advice sop utk travel dengan motorbike hehe
Delete