Minggu pertama saya di New Zealand dimulakan dengan berbasikal dari Christchurch ke Hanmer Spring. Hanmer spring merupakan sebuah kawasan peranginan yang sangat popular dengan kolam air panas. Kebanyakan orang berkunjung ke sana semata untuk ke berendam di hot spring atau berbasikal di beberapa cycling trail yang popular di sini antaranya Rainbow Trail dan juga Molestworth Road station. Tak lepas juga bagi kaki pancing yang ke Hanmer Spring untuk memancing di sepanjang Molestworth road yang terdapat banyak sungai yang mempunyai ikan salmon yang terbaik.
Seperti mereka tujuan utama saya ke Hanmer Spring adalah untuk berbasikal ke Bleenheim melalui Molestworth station road yang merupakan sebuah back country road. Lupakan dulu tentang Molestworth road yangs sunyi dan debu itu kita bercerita dulu tentang sengsara di minggu pertama sepanjang Alpine Pacific Triangle road.
Secara jujur nama Alpine Pacific Traingle road baru saya ketahui selepas 2 hari berbasikal di laluan itu. Nampak sangat datang berbasikal ikut nafsu semata. Perjalanan saya bermula dari rumah Kelly dan Micheal yang terletak di central Christchurch. Sungguh teruja! Itulah perasaannya. Pagi itu langit kelihatan sangat biru dan angin bertiup dingin.
Dari Christchurch saya menetapkan tujuan pertama ke Waikari Valley yang berjarak sekitar 70-80km. Untuk perjalanan ini saya akan mengelak daripada melalui highway 1 yang sangat sebuk dengan kenderaan. Jadi saya akan ke Rangiora dahulu dan kemudian ke Waikari dengan melalui Inland Scenic Route juga di kenali sebagai Higway 72. Ternyata cita-cita saya sungguh besar untuk ke Waikari dengan hari pertama yang mana kaki masih belum kuat berkayuh dan tanpa knowledge route profile yang bakal saya lalui. Sungguh hari pertama adalah hari pengajaran! Hari di mana ego ditundukkan!
Hari sebelumnya saya sudah berbelanja bekalan makanan atau supply di Pak & Save yang terletak di Christchurch. Satu Pannier depan yang di khaskan untuk makanan penuh dengan makanan seperti roti, nutella, gula 1 kg, teh boh 100pcs, tepung 1kg, pisang, pasta satu bungkus, beras satu bungkus, kentang 4 biji, telur 6 biji, tomato 3 biji, sardin 2 tin kecil, garam satu botol, black paper satu botol dan chili flakes satu botal oh ya dan carrot 3 biji. Supply yang umpama 10 hari saya takkan ketemu kedai gayanya! Bukankah hari ini hari pertama dan pertama kali berbasikal di luar negara. Pertama kali hidup camping. Petama kali bike packing. Semuanya jadi pertama kali jadi pengalamannya pun pertama kali.
Belum cerita lagi apa ada di 2 bag belakang! 4 botol gas serupa seminggu ni hidup bercamping tak jumpa dapur gayanya. Bukan apa harga 4 tong gas kecil lebih murah berbanding beli sebotol asing-asing. 4 gas bersamaan 6 dolar berbanding jika di beli satu berharga 4 dolar. Orang gila sahaja yang lepaskan peluang berjimat. Orang gila yang lupa dia travel secara berbasikal!
Perjalanan dari Christchurch menuju ke Kaiapoi adalah flat. Perlahan-perlahan saya meninggalkan bandar Chirstchurch yang sangat popular dengan kesan gempa sekitar tahun 2011. Selepas Kaiapoi saya mengambil selekoh ke Rangiora untuk melalui Inland Scenic Route atau highway 72 ke Waipara sebelum ke Waikari di mana target campsite hari ini.
Kaiapoi bandar pertama yang saya lalui selepas Christchurch. berjarak sekitar 17km dari central Christchurch.
8km ke Rangiora sewaktu selekoh keluar dari Highway 1. perjalanan ke Waikari dengan melalui Inland Scenic route.
Saya terlupa kerana excited berkayuh di hari pertama saya masih belum bersarapan. Di rumah Kelly pagi tadi saya hanya minum jus oren dan pisang sebiji sahaja. Lepas melewatkan simpang ke Rangiora ternyata perut saya mula menjerit-jerit minta di isi. Waktu ini focus saya sudah beralih arah. Lapar! Lapar! Dan lapar! Namun perjalanan kiri dan kanan jalan agak menarik dengan padang lembu dan kambing. Berkali juga saya berhenti mengambil gambar. Sungguh teruja pertama kali melihat lembu berbadan hitam bermuka putih! Teringat iklan Fernlief waktu zaman kecil dahulu. Dalam hati
padang ternak lembu yang terletak sepanjang pinggir jalan di Inland Scenic Route.
Saya masih teruja dalam lapar. Teruja berkayuh di New Zealand. Siapa sangka dari mimpi jadi realiti di depan mata. Mengingatkan ini membuatkan penat rasa hilang. Teruja yang akhirnya membawa saya sampai ke pekan Rangiora dalam kelaparan yang amat. Waktu masa itu sudah menunjukkan jam tengah hari. Makin perit perut mintak disini. Saya sangat teruja apabila melihat Pak & Save di Rangiora. Kelaparan membuat saya membeli berbagai-bagai makanan antaranya epal, gummy gum, potato chips dan juga 2L air choclate. Tak pasti kenapa saya mengambil air choclate ini tapi mungkin disebabkan lapar yang amat maka saya jadi hilang pertimbangan bila membeli 2L air choclate dan di minum begitu sahaja. Kenyang!
Air Chocolate Meadow Fresh 2L sebagai penambah tenaga. saya bukan peminat susu putih tetapi fanatic dengan susu chocolate.
Dalam hati berfikir kalau tahu di Rangiora ada Pak & Save mengapa perlu tergopoh-gopoh beli supply di Christchurch. Buat habis tenaga berkayuh ke sini dengan supply yang berat! Pelajaran pertama kenal pasti tempat di mana hendak menambah supply!
Selepas brunch di Rangiora seadanya saya melanjutkan kayuhan ke Inland Scenic Route atau highway 72. Ternyata pelajaran ke dua hari ini ialah kenal pasti route profile laluan terutama di hari pertama berkayuh. Saya bukannya seorang yang selalu berkayuh basikal di Malaysia. Pengalaman manis pertama dengan basikal adalah berkayuh dari Tanjung Piai ke Kuala Lumpur. Itupun routenya flat dan hanya membawa sekadar satu bag sandang sahaja yang isinya hanya 2 pasang baju.
ada beberapa bahagian di Inland Scenic Route yang melalui kawasan rail keretapi. tapi sayang sewaktu saya berkayuh tidak terserempak dengan kereta api pun.
Antara pemandangan di Inland Scenic Route. bagi saya route ini kurang mengujakan berbanding route yang saya sudah lalui sepanjang di NZ. namun route ini merupakan route alternatif untuk cyclist bagi mengelak higway 1 yang sangat sebuk dengan kereta dan trak besar.
peti pos yang tersusun di sepanjang jalan kebanyakan rumah ladang di NZ terletak di bahagian dalam, jauh dari jalan besar. jadi peti surat selalunya di letakkan di luar jalan dan bertanda no rumah atau ladang. maka pegawai pos hanya perlu memasukkan surat dalam peti disini tanpa perlu ke rumah mereka. bukan itu sahaja peti surat juga ada 2 jenis satu untuk surat dan satu lagi untuk advertisement atau iklan.
Tapi ini inland scenic route dan beban sebanyak 30kg! Jalanya naik turun dan kiri kanan padang lembu, kuda dan kambing yang luas. Tergelak barangkali kuda saat saya lewati mereka melihatkan saya yang berkayuh separuh mati. Walaupun rasanya mahu mati tapi semangatnya masih membara sehinggalah saya sampai ke Upper Sefton. Melihatkan koordinat saya dan Waipari yang kelihatan begitu jauh sekali. Jarak masih berbaki kira-kira 30-40km sedangkan hari sudah semakin petang. Amberly pun saya masih belum sampai! Kenapa lambat sangat kayuh ni?! Dalam penat saya membuat keputusan hanya bermalam di Amberly sahaja. Bandar di pinggir pantai timur. Saya keluar dari Inland Scenic Route dan masuk ke Highway 1 dan ke Amberly Delhaven Motels and Camping Ground.
untuk ke Amberly saya keluar dari Scenic Route kembali ke Highway 1. perjalanan yang cukup panjang buat saya di hari pertama berbasikal di New Zealand. ada rasa ego dalam diri untuk meneruskan perjalanan ke Waikari namun saya mengalah dan memberi ruang pada diri untuk berehat.
Jam waktu itu sudah menunjukkan 4pm. Kepenatan yang melampau. Namun bila sampai di Amberly Delhaven Motels and Camping Ground saya tidak jadi bermalam di situ kerana harga untuk campsite semalam dalam 25 dolar. Gila! Tuan punya holiday park mencadangkan saya ke DOC campite yang terletak 5km dari higway 1 menuju ke pinggir pantai. 5km pada saya waktu itu umpama 50km. Dalam kelelahan saya berkyuh juga ke 5km menuju pantai. Alhamdulillah sewa tapak khemah semalam hanya 5 dolar dan urusan pembayaran di lakukan melalui honesty box. DOC campsite ini hanya menyediakan water supply dan juga toilet. Namun semua kemudahan ini sangat bersih dan berbaloi.
Selepas setting khemah saya didatangi seorang lelaki yang dalam lingkungan 50an berasal dari Pulau Utara yang juga sedang mengembara solo dengan caravannya. Dia teruja melihat saya mengembara hanya dengan basikal. Mungkin tidak percaya namun ini hari pertama saya sendiri masih ragu. Dia sempat memberi kata semangat dan biskut serta coklat pada saya. Terbaik sungguh hospitality rakyat kiwi ini.
Campsite saya di Amberly Beach Camping Ground yang terletak dalam lingkungan 500m dari pantai.
Dalam musim luruh, sunset di NZ sekitar jam 730pm. Sama seperti di Malaysia. Saya lihat rakan-rakan di tent sebelah semuanya sudah menyediakan makan malam seawal jam 6pm. Terlalu awal untuk saya yang sudah biasa makan malam sekitar jam 830pm. Setelah sudah bersolat saya pun menyediakan makan malam. Terasa kesal tak masak lebih awal kerana hanya saya sahaja di luar tent yang menyediakan makan dalam pekat malam yang dingin.
Menu saya simple sahaja hanya bubur nasi dan telur goreng. Tapi telur goreng tak sempat hendak masak bila tiba-tiba stove saya buat hal. Hanya sempat masak bubur yang separuh masak sahaja sebelum stove seperti hendak tak hendak sahaja mengeluarkan api. Akibat risau saya membatalkan niat masak telur dan hanya makan bubur separa masak. Bubur yang sepatutnya lembut di telan seperti batu-batu kecil. Untuk air ternyata 2L air choclate masih berbaloi setakat ini.
Memasak dalam pekat malam bukanlah perkara best terutama bila ada benda berterbangan yang nak sibuk memasak jugak.
Tidur malam pertama di dalam tent adalah waktu yang mengujakan. Rasa senang apabila badan berbalut sleeping bag. Perlahan-perlahan mata terpejam dan menyingkirkan penat yang dilalui hari ini. Namun dalam jam 3am saya terjaya bila terasa seperti khemah di tendang-tendang, terasa seperti ada orang berlari di sebelah khemah. Saya jadi kaget? Siapa pulak yang ajak main bola malam-malam ni. Saya mencapai head lamp dan menghidupkan lampu. Tapi hanya dari dalam khemah sambil berdehem. Eh masih terasa lagi seperti ada orang yang berlari di sebelah, degil betul! Lalu saya berteriak kecil “Ada orang tidur sini!”. Terasa nak ketawa pun ada, jadah pulak speaking Malay dekat NZ ni. Akibat geram saya membuka khemah lantas menyuluh sana sini. Owh rupanya yang berdesir dan menendang itu angin. Saat saya membuka khemah angin bertiup sangat kuat. Pokok-pokok meliuk ke kiri dan kanan. Pengalaman pertama kali berhadapan dengan angin di NZ. Bukan main-main angin di sini.
Lega! Asal bukan manusia saya rasa lega. Lantas terus sambung tidur sambil berharap hari cepat siang. Terbayang dalam kepala waktu itu kalau kuat sangat angin bimbang kalau ada pokok yang jatuh menghempap khemah. Hari pertama berkhemah!
Sunrise pagi itu di Amberly Beach. saya menghabiskan pagi saya dengan menikmati sunrise di sini sebelum menyambung kayuhan ke Hanmer Spring.
baca part 2 di sini
Fuhh bestnya......teruskan menulis ....tak sabar nak baca ni
ReplyDeleteFuhh bestnya......teruskan menulis ....tak sabar nak baca ni
ReplyDeleteInsyaAllah! Haha saya harap saya rajin!
DeleteKipidap vb
ReplyDeleteThanks!
Delete