Friday, June 24, 2016

Berkayuh dari Christchurch ke Hanmer Spring via Alpine Pacific Triangle - part 3




Hanmer Spring merupakan kawasan peranginan yang di kelilingi dengan banjaran gunung. Terdapat pelbagai aktiviti di sini seperti kolam air panas, padang golf, walking trail, cycling trail dan juga beberapa extreme sport seperti bungee jumping. 

Selepas 3 hari berkayuh dari Christchurch ke Hanmer spring saya mengambil keputusan untuk berehat satu hari di Hanmer Spring sambil mencari tempat untuk membetulkan stove saya sebelum berkayuh di Molestworth station. 

baca "Berkayuh dari Christchurch ke Hanmer Spring via Alpine Pacific Triangle" part 1 & part 2


Di Hanmer Spring tidak ada host warmshower, tidak ada DOC campsite yang ada hanya holiday park dan juga YHA hostel. Namun sewa semalam di holiday park campsite lebih murah berbanding dengan YHA hostel maka saya mengambil keputusan untuk set up khemah di Alpine Holiday Campsite yang terletak kira-kira 2km dari town. Campsite ini dikelilingi hutan pine dan berhadapan dengan pemandangan gunung yang sangat cantik. 

Alpine Holiday Campground. Owner sangat friendly dan yang penting kitchen open 24hrs. Kenapa pentingnya kitchen 24hrs ni sebab saya ada access masuk ke kitchen dan penuhkan 3 botol air panas yang saya boleh letak dalam sleeping bag untuk rasa panas yang berpanjangan. Hehe natural heater orang kampung saya bilang. 

Sewaktu saya sampai di campsite ini saya berjumpa dengan pasangan cyclist dari France. Teruja! Kerana inilah cyclist pertama yang saya jumpa setelah 3 hari berbasikal di NZ! Flo dan Justine baru sahaja keluar dari Rainbow Trail. Mereka berkayuh dari Nelson Lake langsung terus ke sini melalui Rainbow trail. Flo sangat ramah manakala Justine agak stick orangnya tapi tidak sombong. Mungkin batas bahasa menyebabkan Flo yang lebih banyak bercakap. Flo teruja apabila mengetahui saya baru mula berkayuh dari Chrisctchurch dan akan ke Bleenheim melalui Molestowrth road. Dia macam tak percaya tapi masih memberikan kata semangat dan tips untuk survive di Molestworth Road. Tiba-tiba saya jadi gementar. Susah sangat ke sampai perlu tips bagai?

Flo dan Justine dari France. Sangat ramah dan baik hati. Saya berharap dapat bertemu mereka lagi!

Kalau sesiapa yang mengenali saya mesti tahu saya ni jenis redah dulu fikir kemudian. Selalunya saya buat dulu lepas tu baru pertimbangkan. Kadang-kadang orang jadi tak yakin dengan decision saya tapi bagi saya yang penting saya tahu apa yang saya buat. Sebab tu bila saya pasang niat ke Molestworth station road saya tak fikir apa walaupun kenyataannya trail ini sebenarnya yang paling sukar di NZ. 

Ok kita kiv dulu pasal Molestworth station road dan sambung cerita tentang Hanmer Spring. Justine dan Flo hanya berkhemah satu malam sahaja di campsite ini kerana sewa 15dolar semalam agak mahal buat mereka jadi keesokannya selepas bersarapan mereka telah kemas khemah dan menuju ke hot pool sebelum berkayuh ke christchurch. 

Saya senang sekali dengan mereka, kami sempat bertukar FB dan berharap akan berjumpa lagi di mana-mana. NZ ni bukannya besar pun ada jodoh pasti berjumpa!

Setelah bersarapan saya berkayuh ke town Hanmer Spring. Di sini terdapat beberapa kedai outdoor yang menjual barangan camping namun tidak menyediakan service membaiki stove. Jadi saya cuma punya option beli stove baru dengan harga yang agak mahal bagi saya. Syukur pekerja kedai outdoor mencadangkan saya ke station minyak di Hanmer Spring kerana mereka mempunyai pekerja technical yang mungkin boleh membaiki stove saya. 


Yup pekerja workshop di station minyak Hanmer Spring ni sangat berbaik hati membantu saya membetulkan stove saya. Rupanya leaking pada salur gas saya disebabkan o-ring yang telah haus. Alhamdulillah mereka menggantikan o-ring saya dengan percuma. Setal masalah stove. 


Alhamdulillah leaking pada cable stove berjaya di baiki. Tips penting bila travel dengan camping ni kena tahu dan kenal operating system barang kita so senang bila nak troubleshoot. Dan lagi bagus bila kita sentiasa standby spare part contohnya macam o-ring ni. Nasib saya baik mereka ada o-ring yang boleh digunakan pada stove saya.

Lega, lega dan lega kerana masalah stove dapat diselesaikan. Disebabkan hari masih panjang saya mengambil keputusan untuk berbasikal di sekitar Hanmer Spring. Terdapat kawasan perumahan yang cantik di sini dan terdapat beberapa rumah yang ada membela kuda di kawasan belakang rumah. Hebat! Orang NZ ni memang hebat, ada yang membela kambing, lembu bahkan kuda. Semua tu perkara normal. Malah mereka lebih suka berkebun sendiri daripada membeli sayur di pasar. 

Kuda yang di bela di belakang rumah. Kebanyakan penduduk di Hanmer Spring mempunyai ladang ternakan sendiri jadi adalah biasa jika mereka mempunya beberapa ternakan di belakang rumah. 


Berbasikal keliling pekan Hanmer Spring yang sangat menarik. 

Sewaktu berbasikal saya terkejut amat apabila terserempak dengan pokok epal yang mana buahnya bertaburan di lantai! Pergh sepanjang hidup saya inilah pertama kali nampak epal di biar bertabur di lantai begitu sahaja. Pokok epal pertama dalam hidup, epal pertama yang dipetik dari pokok. Owh perasaannya hebat!

Pokok epal dengan epal yang berguguran di tanah. Kalau mak saya nampak ni mahu tuan rumah kena lecture sebab biar rezeki bertabur di lantai. Hahaha terkejut sangat bila nampak pokok epal ni. Yelah selama ni tengok pokok mangga je yang bertabur sekarang epal pulak. Oberseaaa sangat!


Setelah penat berpusing-pusing di pekan Hanmer Spring saya menuju ke Conical Hill walking trail yang akan membawa saya ke puncak di mana saya dapat melihat kawasan sekeliling. Basikal saya parkir di library Hanmer Spring sahaja sebelum berjalan menuju ke garis mula walking trail. 

Conical Hill Walking Trail. Sangat redup dengan pohon-pohon yang hijau. 

Antara pemandangan di Conical Hill walking trail. Pemandangan town Hanmer Spring yang dikelilingi banjaran gunung.

Saya tidak sendiri ada sekumpulan keluarga barangkali sedang hiking bersama. Trailnya tidaklah sukar sangat. Lebih santai cuma sewaktu separuh perjalanan saya hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Jadi saya amik keputusan untuk berpatah balik sahaja. Rugi? Pemandangan di half trail pun sudah cukup awesome buat saya. 

Di library saya mengisi masa dengan melayari internet dan menulis poskad untuk sahabat saya di Malaysia. Memang jadi rutin saya setiap kali travel akan menghantar poskad kepada beliau. Kebiasaan yang mesti!

Harga poskad di NZ sekitar 1 dolar dan harga setem untuk international adalah 2 dolar. Jadi jangan tanya kenapa saya tak hantar poskad pada anda. Hehehe...


Saya suka suasana dalam library di Hanmer Spring. Sangat santai dan terbuka. Setiap orang yang masuk ke library ini saling kenal antara satu sama lain. Library dah jadi macam pusat sosial bagi warga NZ untuk bertemu dan saling bertukar buku. Menarik!

Library di Hanmer Spring sangat cantik dan selesa sekali. Di NZ jika anda ingin melayari internet percuma tanpa limit anda boleh ke library. Itulah yang saya lakukan sepanjang berada di NZ kerana untuk membeli sim card agak mahal. Di holiday park juga jika mahu menggunakan internet harus membayar mengikut jumlah kuota. Bagi saya ia tidak berbaloi. Berbeza jika anda menetap di hostel kebanyakan hostel menyediakan kemudahan wifi percuma seperti di YHA hostel. 

Ambil peluang service basikal sebelum masuk off road selama 5 hari di Molestworth station. 

Petang itu angin bertiup sangat kencang dan sewaktu pulang ke campsite saya bertemu dengan Peter. Peter adalah lelaki yang sudah berumur tetapi sangat friendly dan ceria. dia dapat mengagak saya berasal dari Malaysia kerana beliau pernah mengembara di Singapura, Malaysia dan Thailand secara hitch hike! Petang itu kami berjalan di walking trail yang terdapat di campsite sambil bercerita panjang. Peter berasal dari Pulau Utara, dia baru sahaja melawat anaknya yang belajar di Christchurch. Jadi dia mengambil kesempatan berkunjung ke Hanmer Spring untuk bercuti. Peter sangat teruja apabila mengetahui yang saya akan ke Molestworth Station esok. Banyak nasihat yang belaiu berikan antaranya bawa bekalan makanan yang cukup! Sampaikan dia berikan saya epal dan plum sebab takut saya tak cukup bekalan makanan. Hebatkan layanan orang NZ. 

Peter mengajar kepada saya bahawa ini adalah pokok Raspberry dan buah yang berwarna unggu pekat itu boleh di makan. Raspberry ni memang tumbuh meliar. Boleh di makan begitu sahaja dan ia percuma. Sedap! 

Walking trail berhampiran campsite saya. Kebanyakan walking trail dan national park di NZ tidak membenarkan anjing di bawa di sini bagi menjaga kebersihan dan memastikan tiada kerosakan. Tetapi ada sesetengah tempat yang di bolehkan anjing di bawa tapi mesti di bawah penguasaan tuannya. 



Bagi saya kayuhan 3 hari ke Hanmer Spring mengajar saya banyak perkara. Percaya pada diri dan jangan sekali-sekali give up. Kadang-kadang target bukan kayu ukur yang penting adalah kepuasan. Kita tak perlukan orang lain untuk katakan yang kita mampu sebaliknya kita sendiri yang harus yakin kita dapat melaksanakannya. Dengan itu apabila berjaya kenikmatannya hanya kita yang mengerti. 

3 hari lepas saya di soal rasa ragu dalam diri sama ada saya mampu atau tidak. Dan hari ini selepas 3 hari saya berada di Hanmer Spring dengan berkayuh basikal dengan izin dariNya dan atas kudrat sendiri. Perasaan seterusnya membuatkan saya semakin ingin tahu apa lagi yang saya mampu atasi. Jangan pernah berhenti bermimpi dan berlari!

Kawasan perumahan di Hanmer Spring yang berlatar belakang banjaran gunung yang sangat memukau mata.


Ladang ternakan yang ada di sekitar pekan Hanmer Spring memberikan landskape indah bagi town ini. 

summary perjalanan 3 hari dari Christchurch ke Amberly melalui Inland Scenic Route dan kemudian ke Hurunui dan seterusnya Hanmer Spring melalui Alpine Pacific Triangle. 


3 comments :