Monday, June 13, 2016

6 soalan tentang berbasikal di New Zealand.





Pengalaman pertama kali berbasikal di New Zealand banyak mengajar saya tentang perkara yang saya perlukan untuk memudahkan saya berkayuh di sana. Di sini saya sertakan 6 soalan yang sering di tanya ketika berbasikal di New Zealand semoga dapat membantu rakan-rakan yang berhajat untuk kembara secara berbasikal di New Zealand.



1. Dimana hendak berkhemah dan bagaimana memandu arah di New Zealand? Application Camping NZ sebagai pandu arah ke campsite dan juga sebagai offline map.

Sepanjang berkayuh di New Zealand saya menggunakan application Camping NZ untuk memudahkan saya mengetahui di mana letakkan campsite yang terdapat di New Zealand. Dengan ini saya dapat merancang perjalanan saya sepanjang 3 bulan di New Zealand dan dapat menganggarkan berapa budget yang saya perlukan untuk membayar yuran campsite,

Application Camping NZ turut menyertakan info harga semalam untuk tapak campsite dan juga review daripada mereka yang pernah menggunakan campsite itu. Jadi dengan ini memudahkan saya untuk memilih tapak campsite yang mana saya harus pergi.

 Application camping NZ yang boleh di download secara percuma dari apps store. 

Bahkan application ini juga bertindak sebagai offline map atau GPS di mana kedudukan kita dapat di detect oleh apps ini. Cuma apps ini tidak menyediakan jarak ‘KM’ dari satu campsite ke campsite yang lain.

Selain itu di dalam apps ini juga disertakan kedudukan pasaraya besar dan juga i-center untuk setiap bandar.

Jadi pada mereka yang hendak berbasikal dan berkhemah di New Zealand, saya sarankan download apps ini untuk memudahkan anda memilih campsite yang anda mahu dan juga sebagai navigation.


2. Bagaimana saya merancang perjalanan dan jarak kayuhan sehari? Google Maps dan Guide Book (Pedallers’ Paradise) untuk route profile dan panduan pada saya untuk tentukan berapa km yang harus saya cover dalam satu hari. 

Dalam merancang route untuk berbasikal sebenarnya adalah baik jika kita mengetahui route profile yang akan kita tempuhi. Route profile disini bermaksud elevation route sama ada berbukit, flat atau bergunung. Dengan ini kita dapat mengagak berapa ‘km’ yang hendak kita cover pada satu hari dan di mana kita hendak berhenti berkhemah.

Google Maps sangat membantu dalam aktiviti route planning. 

Saya beruntung sewaktu saya di Nelson saya berjumpa dengan seorang cyclist dari USA, Taylor Poynter yang telah memberikan saya buku Pedallers’ Paradise by Nigel Rushton yang merupakan buku panduan untuk berbasikal di pulau selatan, New Zealand. Buku ini sangat complete dengan route profile dan beberapa penerangan tentang tempat berkhemah ataupun guest house sepanjang route di New Zealand. Jika anda bukan seorang yang suka search di Google Maps buku ini memang sangat membantu.

Inilah buku yang dapat secara  percuma dan penerangan di dalamnya sangat informatif. buku ini ada 2 satu lagi untuk bahagian north island. boleh di beli secara online atau di kedai buku di New Zealand. 

Seriusly buku ini memang sangat membantu saya dari segi mental untuk menghadapi kayuhan yang berliku di New Zealand.


3. Bawa wang cash atau kad kredit?

Sebenarnya sepanjang berbasikal di New Zealand saya banyak menggunakan kad kredit dalam urusan pembelian mahupun membayar tapak khemah. Di New Zealand, hampir kesemua kedai menerima kad kredit dan tiada had minimum untuk pembayaran dengan menggunakan kad kredit. Dengan ini saya tidak perlu membawa wang tunai yang banyak dan dapat mengurangkan kerisauan dirompak atau wang hilang. Selain itu dengan menggunakan kad kredit juga saya dapat mengetahui ke mana wang saya dibelanjakan.

Namun saya masih membawa cash sekitar 200NZ dolar untuk kegunakaan kecemasan dan membayar DOC campsite.

Namun jika anda tidak mempunyai kad kredit, anda masih boleh menggunakan debit card. Yang penting dalam bank ada duit.

4. Di mana saya bermalam? Camping ground atau hostel?

Sepanjang di NZ saya banyak berkhemah berbanding tinggal di hostel. Namun jika anda bercadang untuk berbasikal untuk waktu yang lama di NZ saya cadangkan anda menjadi ahli YHA hostel. Untuk menjadi ahli YHA anda perlu membayar yuran tahunan sebanyak 25NZ dolar. Selepas menjadi ahli anda akan diberikan potongan 25% (hanya untuk mereka yang travel secara berbasikal sahaja).

Bagi saya ini sangat berbaloi contohnya jika anda berada di kawasan utama seperti Te Anau, Queenstown, Mt. Cook dan sebagainya kebanyakan sewa campground semalam adalah lebih kurang 20dolar hingga 25dolar. Jadi dengan mempunya YHA member card anda boleh tinggal di hostel dengan harga yang lebih kurang sama.

Tapi sebelum menjadi ahli boleh lihat dahulu route yang anda akan lalui sama ada terdapat YHA hostel atau tidak. Untuk melihat senarai YHA hostel di New Zealand boleh lihat di sini.

YHA hostel di Mt. Cook. untuk hostel ini rate satu malam ialah 38dolar namun disebabkan saya adalah ahli YHA dan travel secara berbasikal maka saya hanya perlu membayar 25 dolar sahaja dengan kemudahan kitchen, hot shower dan unlimited internet excess. terbaikkan!


Terdapat 2 jenis tapak khemah berbayar di NZ:

a)Department of Conservation (DOC) campsite
Sewa campsite ini lebih murah sekitar 5dolar hingga 10dolar namun hanya menyediakan kemudahan asas seperti toilet dan bekalan air. Dan yuran tapak khemah di bayar terus ke dalam honesty box.


antara DOC campsite tempat saya bermalam sepanjang di NZ. harga tapak khemah antara 6 hingga 10 dolar tetapi view tidak ternilai. 


Jika anda berkhemah di DOC perlu membawa alatan camping yang cukup seperti khemah dan juga stove untuk memasak makanan sendiri. 


Cara membayar tapak khemah di DOC campsite dengan hanya perlu mengisi borang dan memasukkan duit ke dalam sampul dan kemudian dimasukkan ke dalam honesty box. Selalunya setiap pagi akan ada ranger yang datang untuk check dan memastikan setiap orang membayar yuran tapak. Berdosa kalau tak bayar hahaha.

b)  Holiday Park campsite
Sewa campsite di holiday park lebih mahal sekitar 10dolar hingga 25dolar bergantung kepada tempat dan kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan yang disediakan seperti hot shower, kitchen dan pantry, bilik tv, mesin basuh berbayar, internet dan bermacam lagi.


Tapak khemah saya di Holiday Park di Punaikaki yang berharga 15 dolar semalam. Di holiday park ini disediakan kemudahan bilik mandi dengan hot shower dan kemudahan kitchen dan pantry. Untuk internet dan mesin basuh perlu menambah bayaran lain. 



Bagaimana pula dengan wild camping? Sebenarnya wild camp adalah dilarang di NZ dan jika tertangkap akan didenda sekitar 200 dolar. Namun ada tempat-tempat yang dibolehkan untuk berkhemah dengan syarat kita hendaklah memastikan kebersihan di tempat itu terpelihara. Bab wild camping ni memang kena pandai-pandai la. Saya juga ada wild camp di beberapa tempat sama ada sendiri atau bersama dengan satu couple dari Perancis. Memang bila wild camp ni lebih seronok kerana lebih senyap dan sunyi berbanding berada di DOC ataupun di Holiday Park.


wild camping di Tasik Pukaki. Sebenarnya terdapat banyak spot camping disepanjang perjalanan saya dari Mt. Cook ke Tekapo dan pemanangan di tapak camping ini sangat mengiurkan. Keluar sedikit dari hutan pine ini saya dapat melihat air tasik pukaki yang berwarna biru dan pemandangan banjaran gunung. 


Inilah pemandangan dari tapak khemah saya. Sungguh mengkagumkan. SubhanAllah. 

5. Bagaimana saya mendapatkan bekalan makanan sepanjang berbasikal di NZ?

Selalunya saya membeli bekalan makanan di pasaraya besar yang terdapat di bandar besar seperti Pak & Save, Countdown, New World dan bermacam lagi. Namun apabila berbasikal terutama di sebelah pantai barat selepas Hokitika menuju ke Wanaka memang tidak mempunya supermarket yang besar. Jadi terpaksa membeli barang makanan di kedai kecil seperti 4th square yang harganya masih okay lagi berbanding dengan kedai yang lain.

Selalunya saya akan membeli barang makanan yang cukup untuk 3 hari. Namun semua ini bergantung pada route juga. Jika saya akan melalui offroad route di mana tidak mempunyai kedai sepanjang perjalanan maka saya akan membawa makanan bergantung pada bilangan hari saya akan berada di sana. Contohnya sewaktu melalui Molesworth station road saya perlu membawa bekalan makanan dan gas untuk 5-6 hari.

Harga barang makanan di sepanjang perjalanan adalah berbeza maka kebanyakan barang kering akan saya beli di supermarket besar namun tidak berlebihan untuk memastikan load basikal tidak terlalu berat.

Bagi mendapatkan makanan halal kebanyakan supermarket besar ada menjual daging ayam halal dan kebanyakan bandar besar juga ada restoren halal. selain itu jika tiada boleh pergi ke restoren yang berasaskan makanan seafood. sepanjang di NZ saya jarang makan di luar sebaliknya saya lebih suka memasak kerana lebih murah. harga sepinggan makanan halal seperti kebab antara 10 hingga 20 dolar. 

6. Bagaimana pula dengan kemudahan internet dan cas barangan electronic? 

Setiap minggu saya akan pastikan minimum satu kali saya mesti pergi ke holiday park ataupun hostel untuk mengecas power bank dan alat electronic yang lain. Di holiday park juga ada memberikan internet percuma tetapi limited seperti 100mb internet percuma. jika mahu lebih harus membayar.

Selalunya saya mendapatkan kemudahan internet di perpustakaan awam. kebanyakan bandar di NZ terdapat banyak perpustakaan dengan kemudahan internet percuma. Jadilah nak reply wassap, update fb dan instagram serta check email.

cas handphone dan melayari internet percima di perpustakaan di Blenheim. 

Namun anda juga boleh membeli kad sim internet NZtetapi harganya agak mahal. antara kad sim internet yang popular di NZ adalah seperti vodafone, 2 degree dan juga Spark. harga setiap plan berbeza mengikut billangan data yang ditawarkan. range harga bermula dari 19 dolar.


Setakat ini sahaja perkongsian tentang 6 soalan yang sering orang tanya tentang bike packing di New Zealand. Semoga membantu!

Kalau ada info yang tertinggak atau sebarang soalan boleh ajukan insyaAllah boleh tulis di next posting.


8 comments :

  1. oh, baru saya tahu, kat tempat camping ade jugak tempat memasak dan mandi hehe.. sis, dalam hutan sorang-sorang tak takut ke dengan ancaman binatang? atau lebih menakutkan manusia buas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada kemudahan shower dan kitchen tapi di holiday park kalau di doc camspite hanya kemudahan basic shj. Alhamdulillah dekat nz tak de ular so saya confident hehe..

      Pasal org jahat tu saya banyak tawakal je pada Allah and saya tak simply bg tau org yang saya sendirian atau di mana sy nak camp. Always alert

      Delete
  2. very good info, wlaupun xtau la kalau ada peluang nk buat camni kan...
    respek gila kat kau...salute!

    btw, mana button follower utk blog ni? nak follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada button follow by email je yang saya jumpa.. Hehe boleh follow by that everytime ada entry baru kami akan email.. Cewah!

      Delete
    2. aah la, blogspot dah byk changes (baru perasan)... dia x prioritize dah gadget for Follower, mungkin dia nk blogger pakai Google+ lebih... Tapi ada gadget Follower tu kat 'More Gadgets', 1st page bawah sekali...

      Delete
  3. Kalau sy drive kreta. Boleh ke camping di camoing site?

    ReplyDelete