Tuesday, June 21, 2016

Berkayuh dari Christchurch ke Hanmer Spring via Alpine Pacific Triangle - part 2




Kegagalan hari semalam bukan kayu ukur perjalanan hari ini. Ia pengajaran yang harus diambil dengan tenang! 

baca part 1 di sini...

Selepas malam yang berangin, pagi itu suasana cukup nyaman. Tapi langit tak sebiru semalam. Ada tanda-tanda hendak hujan. 

Mendung! Kelihatan awan memberat di dada langit (cewah berpuisi pulak). Namun walau apa sahaja hari, perjalanan harus diteruskan. Jangan bimbang kita punya rain gear yang boleh menahan diri dari basah hujan. Saya berkemas-kemas bag dan semua alatan. Ops tapi sebelum berkemas pagi itu saya bangun awal. Selesai solat subuh saya terus berjalan ke pantai dengan harapan menikmati sunrise yang cantik. Walaupun awan berat di dada langit tapi masih ada cahaya oren yang terbit dari celah-celah langit. Indah!




Sunrise di Amberly Beach. 

Saya tak sendiri, ada seorang yang juga duduk di tepi pantai berjarak lebih 1km. Mungkin sedang berfikir aktiviti apa hendak di buat hari ini. Bagi saya kayuhan hari ini harus diteruskan ke Hurunui. Satu tapak campsite DOC yang terletak di sebatang anak sungai. Berjarak lebih kurang 60km dari sini. Pelajaran dari semalam pelan-pelan kayuh janji sampai. 

Selepas bermandi sunset, saya hanya bersarapan roti dan nutella sahaja. Saya cuba memanaskan air dan berjaya jadi pagi itu saya bersarapan teh panas. Nikmat! Setelah bersarapan saya mengemaskan barang. Melipat khemah dan kembali meletakkan alat sokongan hidup pada basikal. Perjalanan harus diteruskan. 

Tiba-tiba seorang wanita datang menghampiri saya. Beliau sangat teruja melihat saya dan basikal. Nampaknya beliau sangat berminat hendak mengetahui journey saya yang baru berusia 2 hari. Kami sempat bertukar instagram bagi mengupdate perkembangan masing-masing. Beliau dari Sweden dan sekarang bercuti 3 minggu di New Zealand. Travel dengan caravan bersama dengan temannya. Kawan pertama yang saya jumpa on the road. Sampai kini kami masih saling contact di instagram! Asyikkan bila travel solo ni lebih mudah membuat kawan. Kadang bila kita travel berkumpulan bukan tak boleh buat kawan tapi kadang-kadang kita lebih selesa dalam group kita sendiri sampai lupa amik pusing tentang hal sekeliling. 

Perjalanan di teruskan semula di highway 1 dari Amberly ke Waipara. Higway 1 perjalanan flat tetapi penuh sesak dengan kenderaan. Tiba-tiba hujan turun rintik-rintik2. Perjalanan hari ini mendung dan hujan rintik. Rasanya nyaman sekali dan makin laju saya mengayuh. Sampai di Waipara saya mengambil selekoh ke highway 7 yang terkenal sebagai Alpine Pacific Triangle road.

Perjalanan di Highway 1 dari Amberly ke Waipara adalah flat dan menyusur di sebelah landasan kereta api. Tapi sayang tak ada pun keretapi yang lalu.

Akhirnya sampai ke simpang highway 7 di mana saya akan menggunakan jalan ini untuk ke Hanmer Spring.


Di waipara terkenal dengan Weka Pass Railway di mana terdapat train yang akan membawa penumpang di laluan bergunung di sini. Namun disebabkan saya juga akan berbasikal dengan view yang sama maka saya meneruskan perjalanan ke Waikari. Ternyata perjalanan dari Waipara ke Waikari adalah perjalanan mental. Mungkin Tuhan kasihan pada saya sebab itu hari ini mendung, jika panas terik mahu tersungkur di celah jalan bergunung.

Cuaca mendung sepanjang perjalanan tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kayuhan. 


Naik dan turun jalan sepanjang kayuhan. Senyum sahajalah kalau nak nangis tak kemana. Mujur tak panas dan dingin sahaja membuatkan kayuhan rasa santai. 

Naik dan turun sepanjang perjalanan Waipara ke Waikari. Lepas satu selekoh ada selekoh yang lain. Ingatkan selepas naik ini kemudian selekoh itu ada downhill namun sia-sia diberinya naik, naik dan naik lagi. 

Jalan di sini agak sempit, sudahlah kena mendaki terpaksa berkongsi pula dengan kereta, caravan dan trak. Nak berhenti tepi jalan harus fikir berkali-kali agar tak terlindung dari kereta di belakang. Masa ini saya sudah mempersoalkan diri tentang 2L air chocolate. Terasa berat beban basikal seolah-olah semuanya datang dari 2L air chocolate! Setiap kali berhenti, setiap kali itu saya cuba menghabiskan 2L air chocolate.

Akhirnya penderitaan naik turun berakhir setelah saya sampai di puncak terakhir. Dari kajauhan saya sudah boleh melihat Waikari village. Turun downhill dan terus sampai ke valley dan tujuan utama saya terus masuk ke toilet. Agak mudah mendapat toilet di New Zealand. Semua bandar atau town kecil ada disediakan tandas awam yang bersih. Waikari village adalah town kecil yang hanya ada beberapa buah kedai sahaja. Disebabkan makanan supply saya banyak maka saya tidak singgah di mana-mana kedai. Saya terlupa akan stove saya yang problem jadi saya meninggalkan town itu tanpa ke kedai hardware. 

Waikari valley. Akhirnya sampai juga. Kalau ikut plan asal semalam patut dah sampai tapi disebabkan saya tak pandai ukur baju di badan sendiri barulah hari ke dua sampai. Tapi tak apa yang penting berjaya. Owh ya untuk makluman had laju di NZ adalah 100km/j namun apabila meliwati pekan atau bandar had laju berbeza mengikut bandar seperti di Waikari 70km/j.


Perjalanan dari Waikari ke Hurunui adalah flat cuma ada beberapa kali sahaja mendaki. Hurunui lebih hijau berbanding Waikari yang berbukit tandus. Saya sampai ke campsite yang terletak umpama dalam hutan pine. Jarak ke anak sungai agak jauh jadi saya memutuskan berkhemah sahaja di hutan pine ini. Balmoral Rereation Reserve Camping ground juga sebuah campsite dengan kemudahan basic seperti toilet dan water supply. 


Sampai awal di campsite buat saya teruja. Lepas mendirikan khemah dan solat saya terus siap-siap untuk masak makan malam. Hari masih terang jadi menu hari ini nasi putih dan telur goreng. Saya masak telur dulu sebab terasa lapar nak makan dengan roti namun disinilah drama bermula bila tiba-tiba stove saya di bahagian gas disambar api, mahu tak terkejut boleh meletup dan paling teruk kebakaran di hutan pine ini! Saya mencampak jauh stove yang berapi itu sebelum berani datang dan menutup gas supply.


Balmoral Reserve Campsite nampak agak horror dari papan tandanya.


Campsite saya di Balmore Reserve campsite, harga tapak semalam 6 dolar dan dibayar dengan menggunakan honesty box. 

Haru! Baru nak makan nasi dan telur goreng nampaknya makan roti dengan sardin sahajalah, dan juga air chocolate 2L. Rasa bersyukur sangat sebab ada bawak ration yang boleh dimakan begitu sahaja. Jadi pelajaran hari ini sentiasa ada makanan yang siap sedia dimakan!

Alhamdulillah ada sardin dan roti bolehlah makan sandwish buat alas perut. Sebenarnya saya agak risau waktu ini kalau stove saya tidak boleh dibaiki bagaimana saya hendak berkayuh di Molestworth Road nanti.


Malam itu tenang aje tak ada scene khemah kena tendang atau apa. Yang kedengaran hanya bunyi perut saya yang mengkrekut lapar mintak diisi. Bertabahlah!

Ke esokan pagi saya meneruskan rutin melipat khemah dan menerukan kayuhan. Hari ini destinasinya sudah tentu ke Hanmer Spring. Kalau di ikutkan jarak dari campsite ke Hanmer Spring dalam 70-80km. Jadi saya bermula awal pagi hari ini. Lagipun tidak ada apa-apa yang menarik untuk dilihat di hutan pine ini. 

Langit biru! Perjalanan Hurunui ke Hanmer Spring agak berbukit namun pemandangan sangat indah. Banjaran gunung yang semalam di lihat jauh hari ini semakin mendekat. Saya jadi teruja! Saya memang sukakan gunung lebih-lebih lagi banjaran gunung. Tambah bila ada anak sungai dengan air yang putih bak mutiara yang mengalir. Pogon-pohon hijau sebagai foreground menyebabkan saya tak dapat menahan diri dari asyik berhenti untuk mengambil gambar. Inilah kayuhan dengan view terbaik sepanjang 3 hari ini. 



Pemandangan di pagi hari selepas saya keluar dari campsite. Banjaran gunung yang terlindung dik awan semalam kini terbentang luas di depan mata. SubhanaAllah.

Mendaki pun jadi bersemangat sebab pemandangan disebalik bukit sangat memukau jiwa. Saya tahu mereka yang berkereta pasti cemburu dengan saya yang boleh berhenti di mana-mana untuk memfoto pemandangan dengan landskape agung! Sepanjang kayuhan banyak kereta yang mengeluarkan tangan memberi thumbs up pada saya sebagai pembakar semangat. 


Perjalanan agak flat dan ada naik turun juga. Saya ada melalui satu pekan kecil sebelum sampai ke Hanmer Spring namun tidak ada hardware shop untuk membaiki stove saya. Namun saya terus stay cool and enjoy the ride!

Tak tahu kenapa masa hari saya lalu road ni memang tak banyak kereta jadi saya sangat enjoy sampai ada satu masa saya berhenti dan memfoto di tengah jalan. 


SubhanaAllah indahnya melihat air sungai yang mengalir di celah banjaran gunung. Nikmat Tuhan mana lagi yang kau dustakan?


Road to Hanmer Spring. Indahnya dengan banjaran gunung yang kering dan tandus. 


Disebabkan asyik memfoto sehingga saya lupa hendak berhenti lunch sudahnya sewaktu semakin hampir ke Hanmer Spring saya mula berasa sakit perut kerana lapar. Jadi pengajaran yang seterusnya jangan sekali-sekali skip lunch! Badan sihat maka kayuhan baru mantap!

Asyik mefoto sampai basikal tersadai tepi jalan. Pemandangan indah macam ni sangat mengiurkan.

Sampai di selekoh ke Hanmer Spring saya di tahan oleh pasukan bomba di situ. Sebenarnya ada kebakaran berhampiran Waiau ferry bridge jadi kami hendaklah memberi laluan kepada kenderaan yang hendak turun dahulu sebelum kami boleh naik ke atas. Pada musim luruh banyak pohon yang mengering dan panas membuatkan kawasan ini menjadi mudah terbakar. Selepas menunggu hampir 15 minit kami dibenarkan menggunakan laluan itu. Saya jadi teruja untuk berbasikal di Waiau ferry bridge yang merupakan jambatan tertua dan sangat terkenal dengan aktiviti bunge jumping. 

Waiau Ferry Bridge yang fames di Hanmer Spring dan popular dengan aktiviti bungee jumping. 


Waiau ferry bridge, Hanmer Spring. Jika di musim luruh saat semua daun sudah bertukar warna pemandangan di sini lebih memukau. 

Namun selepas itu saya harus mendaki bukit yang agak tinggi dan rasa makin sukar apabila asap kebakaran yang bertiup di situ. Namun semuanya berjaya di tempuh. Ingatkan sudah sampai ke Hanmer Spring rupanya masih jauh. Saya berhenti sekejap dan mengalas perut dengan roti. Oh ya air chocolate 2L sudah berjaya di habiskan. 

Perjalanan bersambung dengan downhill yang agak curam sehingga membuatkan basikal saya hampir tergelincir. Pengajaran downhill adalah jaga break anda dan jangan suka sangat!

Berkayuh dalam perut yang lapar memang tidak menarik. Jalan flat pun rasa penat. Saya memang tak sabar untuk sampai ke Hanmer Spring. 3 hari yang penat ini membuatkan saya sedikit bengang dan saya befirkir untuk mengambil satu hari off dari berkayuh esok sebagai reward pada diri sebab berjaya mendesak diri berkayuh ke Hanmer Spring. Achievement yang wajar dicelebrate! 

Sampai je di Hanmer Spring saya agak terkejut. Pekan ini sangat kecil! Lebih kecil dari Pontian di Johor. Kedai boleh di bilang dengan jari! Hanmer Spring Pool pun tak sebesar yang saya imagine. Namun saya terus meluru ke kedai pertama dan membeli 1.5L air Pepsi!. Kejayaan yang puas! Akhirnya Hanmer Spirng aku sampai.

Papan tanda Hanmer Spring. Namun masih belum sampai ke pekannya harus berkayuh lagi kira-kira 30 minit dalam kondisi perut berbunyi. 

Pekan Hanmer Spring yang terkenal dengan kolam air panas dan juga beberapa aktiviti sukan lasak seperti bunge jumping. Hanmer Spring memang sebuah tempat peranginan yang sangat menennangkan dengan dikelilingi oleh banjaran gunung.


baca part 3 di sini

6 comments :

  1. Wah hebat mu ni.....nape pi sana tak ajak abg ab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha insyaAllah kalau ada rezeki blh la kayuh sesama

      Delete
  2. fuh aku baca sambil menghayati...mcm aku yg tengah naik basikal... terbaik!

    ReplyDelete
  3. Ha lepas ni blh la kayuh beskal!

    ReplyDelete
  4. fuh...mantap.. start skrng abg nak kumpul duit beli beskal...

    ReplyDelete