Thursday, June 16, 2016

Cabaran berbasikal di New Zealand




Selama berkayuh basikal di NZ ada banyak waktu sukar yang saya alami. Tapi waktu sukar ni bukanlah yang melibatkan scam sebaliknya lebih kepada perkara teknikal dan faktor alam semualajadi.

Tapi orang cakap benda yang macam nilah yang kita cari. Kalau tak ada benda sukar macam ni hidup akan jadi flat, kembara akan jadi bosan, motivasi akan turun merundum. 

Mendaki bukit atau gunung dengan load 30kg bukanlah perkara yang mudah tapi masih boleh dilaksanakan. Contohnya sewaktu off road di Dansey Pass. Waktu selepas daripada Dansey Pass hotel akan mendaki sehingga ke summit. Laluan off road yang berbatu dan debu serta hujan renyai2 yang turun ditambah dengan kabus tebal di hadapan. Waktu tu saya ada rasa penat yang amat dan semacam hilang keyakinan sama ada saya mampu menyudahkan laluan ini. Tapi dalam hati cakap hari ini mungkin jadi satu hari yang sukar atau kurang sukar berbanding sewaktu berkayuh dari Acheron Cottage ke Cob Cottage di Molestworh Road. Jadi jika saya boleh survive di laluan Molestworth Road maka saya mesti boleh survive di Dansey Pass. Bezanya cepat atau lambat saya akan sampai ke destinasi.




Dansey Pass Road. Bagi saya Dansey Pass adalah dalam ranking ke 3 paling sukar saya berbasikal di NZ. Walaupun sukar saya puas dengan view yang sangat mengiurkan. SubhanaAllah!


Lunch break di Dansey Pass. Debu dan batu serta hujan yang turun rintik-rintik takkan mematahkan semangat sebab saya pernah melalui route yang lebih sukar dari ini. Semua itu jadi motivasi untuk meneruskan kayuhan.

Berkayuh dalam cuaca mendung dan berkabus di Dansey Pass merupakan antara pengalaman yang berbeza. Jujurnya saya ada perasaan takut hendak melepasi kawasan kabus itu namun jadi excited apabila memikirkan kita akan membelah kabus. Melihat ciptaan di sebelah sana.

Pemikiran sebegini sebenarnya memberi banyak kekuatan pada saya untuk meneruskan kayuhan. Satu hari ini sengsara esok akan gembira, route yang sukar sebelum ini boleh survive tentu route ini juga mampu survive, atau kalau tak mampu habiskan kita ada option berenti dan berkhemah lepas tu sambung esok. Hidup ni tak sukar kalau kita tak rigid sangat, saya rasa saya jadi lebih flexible untuk overcome rasa sukar yang saya alami dengan ini saya jadi lebih relaks. 

Landskape di Dansey Pass. Sukar yang berbaloi hanya jika anda meminati lanskape yang indah sebegini.

Orang tanya susah tak kayuh dekat NZ dengan landskape yang berbukit dan bergunung. Ada orang cakap dia drive pun rasa penat. Jawab saya memang susah tapi kalau kita dah minat yang susah tulah yang kita cari. Kepuasan setelah selesaikan route yang susah tu adalah satu victory yang saya sukar gambarkan melainkan anda lakukannya sendiri. 

Kayuh basikal tu jadi susah kalau anda rasa terpaksa. Ada orang rasa best sebab dia minat dan macam saya waktu berkayuh di NZ rasa excited dan kadang2 rasa biasa sebab dah jadi routine. 

Benda pertama kali memang akan penat tapi kalau anda dah minat penat tu jadi cabaran yang menyeronokkan. 

Bagi saya memang sukar climb bukit tapi saya sangat enjoy waktu downhill dengan basikal. Pernah sekali saya downhill dengan kelajuan hampir 50km/j. Sukar yang best!

Faktor cuaca antara kesukaran yang akan ditempuh juga. Angin adalah perkara yang paling saya tak suka. Suruh saya climb gunung dengan basikal saya sanggup tapi jangan berkayuh di kawasan rata dengan angin yang datang daripada hadapan. Memang perasaan dia macam nak buang basikal. Tak gerak mana tapi kayuh macam nak gila. 

Waktu saya berkayuh dari Twizel ke Mt. Cook adalah hari dimana saya diuji dengan angin yang melampau dan hujan lebat. Perjalanan dari Twizel ke Glentanner Park masih okay lagi namun selepas dari Glentanner Park hendak ke Mt. Cook Village adalah sangat mencabar dengan angin dari hadapan dan hujan lebat. Jarak perjalanan kurang daripada 20km, namun saya terpaksa harung dalam masa 2jam. Dengan hujan dan sejuk serta hari yang semakin gelap menyebabkan saya rasa betul-betul down waktu itu. Angin dari hadapan menolak saya kebelakang yang akhirnya saya berhenti mengayuh dan tolak sahaja basikal. Memang waktu itu dalam hati rasa mengamuk sangat kalau ada yang berenti mintak autograph waktu itu mau kena penumbuk agaknya. Stress amat!

Road to Mt. Cook, nampak depan tu gelapnya semacam aje. Kalau hari cerah boleh nampak snow cap mountain depan tu.

Terserempak dengan Dania dan suami yang sedang bercuti di NZ sewaktu berkayuh dari Twizel ke Mt. Cook. Bagus mereka ni tetiba berenti tepi jalan lepas tu cakap ‘stop2 orang Malaysia ke?”. Rasa macam jumpa sahabat baik tengok muka tu tengah cerita tension sangat sebab angin tolak. Nasib baik mereka dari Mt. Cook nak ke Twizel kalau sama arah mau aku paksa hangkut basikal aku pergi Mt. Cook. Nampak tak tahap geram dengan angin tu. Tapi masa ni boleh tahan lagi lepas Glentanner tu dah pewai habis. 

Tapi itulah pengalaman, orang kata kalau datang NZ tak rasa angin NZ tak sahlah. 

Lagi sukar apabila cuaca makin sejuk terutama pada penghujung bulan 5 kerana NZ sudah mula memasuki musim sejuk. Pada waktu pagi cuaca sangat sejuk sehinggakan jari pun terasa kebas dan sejuk. Teringat sewaktu saya berkayuh dari rumah host di Stavely waktu itu saya bertolak awal pagi jam 8am. Cuaca sangat sejuk dan saya hanya menggunakan half glove. Jari terasa seperti dicucuk dengan jarum. Berkali2 saya berhenti untuk memanaskan jari dan mencari-cari mana matahari. Waktu itu memang teringat lagu Hafiz aje. “Matahari bangunlah, sinarkan hari ini....”.

Kalau berkayuh di negara bermusim ni perlulah alert dengan cuaca dan menyediakan gear yang cukup agar kita dapat mengayuh dengan lebih selesa. 

Frozen ais pada bag cooking stuff saya. Silap saya letakkan di luar khemah bangun pagi tengok moisture semua dah froze jadi ais. Bayangkan sejuk macam ni nak lipat khemah pagi-pagi. Sampai ada satu kali jari luka tak sedar sebab dah beku sangat.

Alhamdulillah sewaktu berkhemah di NZ saya tidak menghadapi banyak masalah seperti yang diberitahu rakan travel lain. Ada yang mengatakan tent mereka di makan kiwi (sejenis haiwan di south island yang macam itik) sehingga menyebabkan kebocoran. Ada juga yang khemah mereka di bawa angin. 

Tentang bab khemah ni pun akan jadi payah bila ada angin, kalau tiba angin tiup menderu-deru memang boleh berjalan khemah pergi tempat lain silap hari bulan boleh hancur khemah. Selalunya saya akan check weather forecast untuk pilih tempat berkhemah. Pilih tempat tu maksudnya sama ada nak berkhemah dekat tengah padang rumput atau di bawah pokok sebagai penghadang daripada angin kencang dan juga hujan. 

Ada orang cakap bahaya khemah bawah pokok waktu hujan, tapi saya tengok pokok juga. Ada sekali waktu malam tengah tidur tiba-tiba terjaga sebab angin kuat. Dalam hati masa tu fikir harap tak delah pokok tumbang ke apa himpap khemah saya. Kelakar tapi bahaya juga bila fikir. Yang pasti saya belajar macam mana nak set up khemah ikut arah angin untuk minimize gegaran pada khemah bila angin bertiup dan haruslah ada pancang yang bagus. Tak cukup pancang batu pun boleh jadi penguat bagi tapak khemah dari di tiup angin. 

Batu sebagai penguat pancang agar khemah tak terbang di tiup angin.

Bila waktu hujan pulak kena pastikan set up khemah dekat tempat yang mendatar agar air tak terkumpul dan masuk dalam khemah. Pernah sekali air masuk dalam khemah sebab saya set khemah di tempat laluan air. Sudahnya dalam hujan alih khemah. Selain tu bila malam waktu nak tidur selalunya saya dah siap pack barang agar mudah kalau ada emergency senang saya nak angkut maka tak terkial-kial especially bila wild camping. Senang nak cabut kata orang.

Selain tu di NZ memang tak ada isu di kejar anjing! kalau berkayuh di Malaysia tak sah kalau tak kena kejar anjing tapi di NZ setiap orang yang nak memelihara anjing memerlukan permit dan di kebanyakan national park dan rekreasi area tidak dibenarkan membawa anjing. begitu juga di camp site anjing tidak boleh dilepaskan sesuka hati. 

Inilah antara cabaran yang saya hadapi waktu di NZ. Tapi cabaran ni semua dalam bentuk positif. Seriusly saya tak de issue kena scam atau rompak atau yang tidak baik. Namun saya sentiasa keep alert bagi memastikan keselamatan terjamin. 

Saya memang tak akan berkayuh sehingga lebih jam 4pm. Jalan raya di NZ terutama di kawasan pedalaman memang tidak mempunya lampu jalan dan jarak antara satu town ke town yang lain adalah jauh maka saya selalu mestikan pada jam 4pm saya sudah mempunyai tempat untuk berkhemah. 

Sentiasa berada di lorong yang betul dan mematuhi peraturan jalan raya. Benda ni common tapi kalau kita tak praktikkan boleh mengundang kecelakaan. Jalan raya di NZ dipenuhi dengan caravan, trak panjang dan macam-macam lagi. Saya kena sentiasa alert dengan mereka agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Walaupun had laju NZ hanya 100km/j namun jalan di NZ agak sempit dan banyak selekoh yang tajam. Jadi harus sentiasa berhati-hati. 

Berkongsi jalan dengan trak panjang sebegini. Kadang-kadang ada trak yang akan memperlahankan laju apabila lalu sebelah tapi ada jugak yang laju aje sampai terasa macam nak melayang di buatnya. Kalau lalu di jalan sebegini eloknya basikal ada side mirror untuk memudahkan kita bersedia.

Akhirnya NZ memang sangat selamat untuk travel secara berbasikal. Banyak kemudahan untuk pengguna basikal yang disediakan seperti laluan basikal, kedai basikal dan banyak lagi. Jadi kalau anda rasa mahu berbasikal di NZ saya memang setuju sangat-sangat. Mungkin tak perlu kayuh satu pulau sebab NZ ada banyak cycling trail yang cantik yang boleh di buat dalam masa 2 hari hingga 1 minggu. Mungkin dengan berbasikal anda akan dapat melihat NZ dari sudut yang berbeza.


**********************************************************************************


I am just sharing some of the challenge that I’m facing while traveling in NZ with my bike. The big challenge is always when you need to climb the mountain with the load about 30kg but you just need to set your mine that you can overcome it so everything will be okay. As example while ride in Dansey Pass i need to climb the hill and its raining and so dusty. I just tell my self that if i can survive the Molestworth road that mean Dansey Pass also can be tackle. The different is either i can arrive the destination early or late. Never give up!

Then the weather also one of the factor especially during strong wind. I am facing a strong wind while cycling from Twizel to Mt. Cook and its take me 2hours to cycle from Glentunner to Mt. Cook village when the wind blow from the front. At last i just push my bike. And during that time its already dark and very cold.

At the end of May when its start winter, the daytime become short and its really cold in the morning. I need to have proper winter gear to make sure i always keep warm and will not fall sick. 

But this all challenge make me become more strong and I really enjoy the journey. I learn that NZ is really save for cyclist and there has a lot facility for cyclist such as cycling line, bike shop and etc. Sometimes we need to share the road with truck and other vehicle but always keep alert to prevent accident from happen. 

Everyone should try once in their lifetime to cycle in NZ so they can see NZ in different point of view. 


7 comments :

  1. Assalamualikum.
    1st time saya baca Blog awk. Soalan yang nak sangat saya tanya, awk travel sorang sorang ke? Hebatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Haha yer solo tapi saya jumpa ramai org and ada masa saya cycle dengan cyclist lain juga! Make friends!

      Delete
  2. 1st time cycling memang memenatkan....dulu sya kyuh 20 km pun dah semput.
    But now 100km pun bole senyum lgi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. review basikal yg baik utk travel kak.
    dan apa saja yg patut di bawa.

    ReplyDelete
  5. review basikal yg baik utk travel kak.
    dan apa saja yg patut di bawa.

    ReplyDelete
  6. salam..kak ade nom kontak x sy nk tnye psl touring basikal kt new zealand?

    ReplyDelete