Thursday, June 9, 2016

basikal merah vb



Orang kata setiap sesuatu tu ada permulaannya. Inilah permulaan basikal merah aku. permulaan sebelum aku dengan idea gila pergi berbasikal di Pulau Selatan, New Zealand. 

Orang kata kalau nak berbasikal kena ada basikal. Kalau tak de basikal bukan dipanggil berbasikal. Nak beli basikal tapi lepas survey harganya amatlah tidak berkemampuan. Jadi saya jumpa Akmal dan kata saya nak basikal. budget sekian dan sekian. 


Basikal ni yang penting bila kita kayuh dia kita rasa bahagia bukannya sengsara. Jadi yang penting basikal tu kena sesuai dengan kita. Untuk dapatkan basikal yang dalam range budget saya kami just guna 2nd hand frame dan 2nd hand part. contohnya basikal merah ni frame peugeot. Frame ni dari jenis cromoly jadi amat mudah jika berlaku apa2 masalah seperti patah sebab boleh diwelding. 

Setiap frame ada size yang tersendiri. Frame ni size 26. Macam mana nak tahu frame tu sesuai kena tahu ketinggian kita. Selain itu bila kita berdiri atas frame tu seharusnya ada jarak 1” antara palang dengan kelangkang kita. Maka tidaklah terjingkit2. 



Inilah rupa asal basikal merah. Tak tahulah milik siapa dan jangan cuba-cuba untuk menuntutnya kembali. Semua part basikal ini ditanggalkan dan frame peugeot ni diambil dan dibersihkan.  Warna asal basikal ni memang merah dan kami tak ada buat sebarang cat tambahan

Setal bab frame masuk pulak bab handle bar. Disebabkan saya ni dah biasa menunggang motosikal maka saya lebih selesa open handle bar berbanding drop bar. Jadi kami amik surly open handle bar dan surly fork. Adjust sikit ketinggian ikut keselesaan saya. Inilah yang best bila kita boleh build basikal sendiri semuanya ikut suka kita. Eh eh yang nak cycle tu kita kan jadi kita lah kena seronok2. 

Sekarang basikal dah 50% complete. Kena masuk brake pulak. Saya cuma pakai shimano v-brake. Yang ni pun 2nd hand brake tapi performance dia masih terbaik. Semuanya bergantung pada brake pad kalau masih tip top berhenti jugak basikal. Antara alasan utama pakai v-brake ni sebab kos lebih murah compare other brake dan mudah pada saya untuk menyelenggara. Nak cari spare part pun mudah. 

Dah setal bab brake sekarang masuk bab gear. Sebelum ni saya pernah guna shimano derailler 9 speed tapi saya hadapi beberapa masalah terutama dalam aspek pengendalian. Jadi lepas fikir dan diracun oleh Akmal kami amik keputusan untuk menggunakan Rohloff Gear Hub. Inilah part yang saya beli untuk basikal merah ni. Nak nangis pun ada bila tengok harga tapi bila fikir ini semua adalah satu bentuk investment jadi saya teruskan juga. Yang penting basikal performance. Kata nak jelajah dunia... 

Jadi sekarang basikal dah 70% complete. Sekarang masuk bab tayar. Untuk tayar ni saya sebenarnya agak memilih juga. Saya memang dah lama nak pakai marathon pluss yang dikatakan tayar terbaik untuk taouring. Jadi dengan tidak teragak2 saya membeli tayar marathon pluss. Investment kata orang. Size tire 26” sebab senang semua kedai ada jual 26” tube dan size jenis ini juga sesuai untuk off road. 

Untuk rantai basikal kami gunakan shimano 8 speed. Disebabkan saya pakai gear hub rohloof, rantai 8 speed dah okay. Untuk completekan basikal ni kenalah ada sadle. Tak ada sadle tak duduklah jawabnya. Bab sadle ni pun saya agak berkira. Sebab sebelum ni pakai sadle biasa memang terasa nak terbakar bontot. Almaklumlah perempuan ni banyak resminya. Kata nak jelajah dunia dengan basikal maka perlulah sadle yang bagus. Macam tayer, sadle pun saya memang dah pasang niat untuk pakai sadle brooks sebab ramai yang bagi review yang positif. 


Basikal merah dalam pembikinan. Open bar surly dan surly fork dah siap terpasang. Tinggal nak potong lebihan fork.   Masa ni tengah ukur nak potong berapa banyak. Yelah tangan aku ni pendek kang kalau potong banyak sangat  menunduk pulak dah tak selesa.


Nak inteprame jugak. Nila first time aku pasang spoke sendiri dan buat alignment. Akmal kata kena belajar nanti kalau spoke patah boleh buat sendiri. Good knowledge beb sebab bila dah sampai kat NZ harga spoke sebatang dalam 3-5 dolar. Nasib baik ada bawak spoke sendiri. 

Brooks ni dibuat dari kulit kuda. Jadi dia akan mengikut bentuk punggung kita dan membuatkan kita merasa selesa duduk di atas basikal untuk waktu yang lama. Begitulah mengikut kefahaman aku. Kebetulan masa tengah build basikal merah ni ada stock brooks dekat kedai Akmal jadi terus pasangkan sadle brooks. Maka completelah sebuah basikal merah. 

Basikal ni hanya ada main part sahaja. Tak ada accessory. Kalau ada pun satu je iaitu loceng. Safety first kata orang putih. 

Bagi aku ini pun dah cukup. Yang lain tak perlu sebab aku ni bukan jenis wanita ayu yang akan lap basikal dia setiap hari. Basikal ni akan jadi kuda liar yang akan menjelajah dunia. Amboi kemain ayat!



Dan akhirnya basikal merah siap dibina di The Basikal, Bangsar. Siapa sangka dari mimpi kini semakin hampir  jadi realiti. Kalau nak travel berbasikal ni yang penting semangat. Kalaua da duit tu bonus la. Yang tak ada duit ni semangatlah yang penting, sebab dengan adanya semangat akan datang jalan nak realisasikannya. 


Pengalaman yang sangat berharga bila boleh involve dalam pembikinan basikal merah ni. 2 hari kami berkampung di kedai Akmal untuk siapkan basikal ni. Terima kasih pada Akmal yang beri tunjuk ajar dan sindir mindir waktu menyiapkan basikal ni. Dan juga kepada geng volunteer yang ada masa tu yang tolong siapkan dan test drive malam tu. Perasaan dia memang awesome, seperti seorang kanak2 yang mendapat basikal. 


Esoknya aku terus bawak basikal tu pusing2 Kuala Lumpur dan kemudian berkayuh dari KL ke Klang. Rekod baru 36km kurang dari 2jam. Basikal baru dengan gear hub yang sangat smooth ditambah punggung rasa selesa. InsyaAllah kami bercadang pergi jauh... Mohon doanya. 

11 comments :

  1. Wow....memang gigih u ni....tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah gigih kalau nak enjoy to max! Hehe

      Delete
  2. Semoga pergi lebih jauh vb. I will follow your footstep macam orang kuning digi.

    ReplyDelete
  3. Respek ar..teruja bace ur blog since ade minat macam awak jugak tapi baru nak mula..teruskan update blog supaya saye boleh belajar n start touring macam awak :-)

    ReplyDelete
  4. Wow menarik..boleh inspire orang lain nie..kipidap..jarang orang perempuan melayu travel berbasikal nie, sorang2 pulak tu..Saya pon tak berani buat sorang2 haha..Tahun depan pon saya ade goal gak nak travel berbasikal nie ke Jepun..Insyallah tahun nie buat research, tahun depan travelllll yeaaa..Wish u all the best and sentiasa di bawah lindungan Allah and so goes to me too hehehehehe.

    ReplyDelete
  5. macam mana bawa basika tu dr malaysia

    ReplyDelete