Hampir seminggu setengah duduk
jauh dari arus kemodenan dan orang yang boleh dijadikan kawan akhirnya saya sampai
ke Osh. Bandar kedua terbesar selepas Bishkek. Osh dalam imaginasi saya adalah
seperti kota cosmopolitan ternyata berbeza sekali.
Osh hanya bandar besar dengan
keadaan traffic yang agak busy tetapi tidak seteruk bandar besar dunia yang
lain. Jalan di kota agak sempit tapi masih boleh berbasikal. Terdapat banyak
kereta dan semuanya berfungsi sebagai taxi. Jarang melihat penduduk tempatan
menggunakan motorsikal. Sangat berbeza dengan China yang kebanyakan penduduk
lebih senang menggunakan motorsikal electric.
Di Osh kebanyakan wanita
berpakaian lebih moden berbanding dengan wanita di kampung. Jika di lihat cara
wanita memakai skaf di desa lebih simple (ikat ke belakang dan terdedah telinga
dan leher). Tapi di Osh mereka memakai tudung tak ubah seperti wanita melayu. Ada
syawl dan tudung bawal. Banyak yang memakai jubah atau dress labuh bersama
cardigan. Saya dan wanita tempatan kelihatan tak jauh beza. Cuma saya agak
gelap berbanding mereka yang berkulit cerah.
Di Osh kebanyakan pengangkutan awam adalah taxi ataupun marshutka (van atau minibus). Martshutka dengan nombor
yang pelbagai dan pergi ke seluruh pelosok tempat dengan bayaran sekitar 50sen
untuk satu hala.
Banyak attraction menarik di Osh,
tapi bagi saya tempat terbaik adalah TES Guesthouse. Kerana di sini ada
breakfast yang sangat sedap dan pelbagai, ruang santai yang besar dan terbuka
serta wifi yang laju. Dan bertambah best bila ada kawan yang boleh di ajak
bersembang. Saya mula faham apa yang dikatakan oleh seorang cyclist tourer yang
pernah saya jumpa di Hostel Akmal dulu. Destination baginya hanya tempat untuk
berehat. Dia sudah puas sight seing sepanjang perjalanan berbasikal. Yer di TES
Guesthouse saya mahu rehat sepuasnya sampailah saya bosan baru saya mula
menyelak template attraction place sekitar Osh. Dan mujur saya ada kawan couple
cyclist dari France, Pauline dan Roma. Mereka mengajak saya untuk ke animal market yang sangat
terkenal di Osh. Disebabkan saya tidak berkesempatan ke animal market di
Kashgar jadi saya ambil peluang untuk melihat sendiri bagaimana animal market
di central asia.
Kami ke sana dengan menaiki
martshutka. Sampai di sana kami bertemu lagi dengan couple cyclist dari France.
Meriah suasana waktu tu dengan bahasa France yang saya langsung tak faham. Keadaan
di Animal Market sangat meriah. Di sini haiwan seperti kuda, kambing dan lembu
didagangkan. Penjual akan membawa haiwan ternakan mereka untuk di pamerkan di
sini. Para pembeli akan datang dan melihat keadaan haiwan sama ada baik atau
tidak. Jika mereka berminat maka aksi tawar menawar akan berlaku. Apa yang
menarik mereka akan saling bersalaman untuk mencapai harga sepakat. Riuh rendah
bunyinya. Kalau tidak berpuas hati si pembeli akan berlalu pergi tapi jika
berlaku pembelian sungguh meriah masing-masing saling berpelukan. Akad dalam pembelian berlaku
di sini. Sangat menarik untuk saya lihat kerana selama ini saya hanya mendengar
sahaja.
Saya agak terkejut dengan harga
binatang di sini yang agak murah berbanding di Malaysia. Seekor lembu berharga
kurang dari RM1000. Lebih menarik cara mereka memindahkan haiwan ini dari
animal market ke rumah mereka. Jika lembu dan kuda sudah tersedia lori kecil
untuk disewa, bagi kambing mereka akan menyewa taxi dan memuatkan kambing di
seat belakang. Menjerit-jerit kambing tak rela masuk ke dalam kereta. Kereta pulak
jenis Lada yang kecil tu. Size seperti kereta kancil dan yang masuk 4 ekor
sekaligus. Inilah central asia, semuanya tidak mustahil.
Gigih pujuk kambing masuk kereta.
Selain animal market, tempat yang
saya paling suka di Osh ialah Osh Bazar yang merupakan antara yang terbesar di
Central Asia. Mungkin kerana ini bazar pertama saya jadi boleh kata setiap hari
saya pergi ke Osh bazar walau sekadar jalan-jalan. Bazar di sini sangat
berbeza kerana semua barang di jual secara timbang contohnya biskut, kek dan
makanan kering. Yang lebih menarik kedai yang menjual biskut dan gula-gula. Semuanya
terhidang atas meja tinggal pilih sahaja. Dan yang lebih best saya boleh rasa
secara percuma. Siapa tak suka makanan percuma. Roti nan di Osh juga sedap
berbanding di Sary Tash mungkin kerana banyak pilihan. Sayuran pelbagai dan
dijual dengan harga yang murah. Memang enjoy dapat beli barang basah dan masak
sendiri.
ok ini kedai favourite saya sebab ada banyak biskut sedap yang boleh di cuba secara percuma.
Menarik tengok manisan seperti kek yang dijual dalam kotak macam ni. kalau tak nak beli satu kotak boleh beli mengikut harga timbang.
Hampir seminggu saya lepak di
Osh, saya masih punya 2 minggu sebelum boleh masuk ke Tajikistan. Jadi saya
mengambil keputusan untuk ke Bishkek yang terletak hampir 551km dari Osh. Untuk
ke sana saya menaiki share taxi dengan bayaran hampir RM50. Tidak ada bas atau
marshutka ke sana kerana perjalanan yang panjang dan bergunung-ganang. Hampir 2
jam saya menunggu dalam kereta, tuan kereta menunggu orang yang mahu ke Bishkek
juga. Mahu dipenuhkannya satu kereta. Akhirnya jam 3pm kami bertolak dari Osh. Bersyukur
saya kerana dapat duduk di seat hadapan. Cuma kereta ini buatan Jepun jadi
pemandu di sebelah kanan sedangkang di Kyrgyzstan pemanduan adalah disebelah
kiri. Cuak saya setiap kali pemandu cuba memotong kenderaan besar di hadapan
kerana saya yang dapat lihat dulu kereta dari arah berlawanan.
Di Kyrgyzstan mereka memandu
dengan sangat gila, laju dan suka mencelah. Kadang-kadang pemandu memotong
jalan walaupun sudah ada 2 line kereta di hadapan. Boleh sakit jantung
dibuatnya. Tambah gerun bila melalui jalan bergunung dan bergaung. Memang mengucap
siap-siap. Perjalanan dari Osh ke Bishkek mengambil masa hampir 10 jam. Sampai di
Bishkek sudah jam 1 pagi. Saya diberhentikan di stesen bas Bishkek. Sebenarnya saya
mahu ke Karakol yang terletak sekitar 300km dari Bishkek. Kalau ikut jadual
marhutka ke Karakol hanya akan bermula jam 7pagi. Ini bermakna saya perlu
tunggu sehingga esok hari di stesen bas. Tiba-tiba saya di datangi pemandu
teksi yang hendak ke Karakol. Katanya keretanya sudah penuh dan siap untuk
bergerak sekarang. Jika saya mahu ikut saya boleh membayar dengan harga
discaunt. Tawaran yang sangat menarik kerana saya boleh sampai ke Karakol esok
pagi dan saya dapat jimat satu malam tanpa perlu menunggu di bas station yang
sejuk. Sepanjang perjalanan ke Karakol saya hanya tidur di dalam van.
Pemandu van menggunakan jalan di selatan Issykul Lake menuju ke Karakol berbeza dengan marshutka yang menggunakan jalan utara Issykul Lake. Pemandangan saat matahari terbit sangat cantik. Kebanyakan penumpang
turun awal dan hanya saya sahaja yang menuju ke Karakol. Dalam van terdapat keluarga pemandu van dan
isterinya meminta supaya berhenti di salah satu attraction point di Issykul
lake. Dia memanggil saya mengikutnya untuk mengambil gambar. Rasa untung sangat
sebab dapat pemandu van yang memahami. Kemudian perjalanan di teruskan ke
Karakol. Di sepanjang perjalanan pemandu van mengambil beberapa penumpang bagi memenuhkan van dan mencari duit tambahan. Sungguh semua kereta di
Kyrgyzstan ini adalah taxi. Barangkali sesiapun boleh jadi pemandu teksi.
Selatan Issykul Lake
Antara pemandangan di Karakol
Saya sampai ke bandar Karakol
pada jam 9 pagi. Terus saya mencari nice hostel yang direcomend oleh beberapa
traveller. Sebenarnya di sini lebih murah kerana jika saya mendirikan khemah
saya hanya perlu membayar sekitar RM10 dan saya boleh menggunakan semua
facility yang ada. Sebenarnya tujuan saya meredah perjalanan yang panjang ini
adalah untuk hiking ke Alakol Pass yang terletak di Karakol National Park.
Camping bawah pokok epal.
Saya cintakan gunung! Disebabkan sudah
berada di Kyrgyzstan adalah wajib untuk saya mendaki ke Alakol Pass yang sangat
fames dengan pemandangan Ala kol Lake dari high pass. Saya siap-siap membawa
khemah, sleeping bag dan juga alatan memasak. Di sebabkan stove masih problem
jadi saya bercadang untuk membeli satu lagi stove mini sebagai back up untuk
journey saya. Mujurlah di Karakol terdapat sebuah outdoor shop dan saya dapat membeli
dengan harga yang murah setelah membuat cerita sedih depan owner store
(kadang-kadang saya boleh bertukar jadi drama queen).
Sehari sebelum berangkat untuk
mendaki Ala Kol pass sacara solo saya mengunjungi tourist center untuk mendapatkan
maklumat tentang pendakian ke Ala Kol Pass. Saya tidak perlu memaklumkan pada
mereka yang saya akan mendaki solo kerana di pintu masuk National Park nanti akan ada pegawai yang mengambil nama saya. Di tourist center saya cuba
mengambil gambar peta National Park sebagai rujukan saya. Penjaga di tourist
center agak terkejut apabila mengetahui yang saya akan mendaki solo. Katanya bahaya
dan saya mungkin akan tersesat. Tapi melihat pada gaya beliau nampak seperti
jarang mendaki, bila tiba seorang lagi pekerja yang biasa mendaki katanya
laluan trek agak mudah dilihat dan sukar untuk sesat. Menambahkan keyakinan
saya untuk meneruskan misi mendaki ke Ala Kol Pass (3900m).
Peta Karakol dan Ala Kol Pass. saya dah rotate gambar ni tapi setiap kali upload masuk entry dia terbalik juga.
Setelah mendapatkan sebanyak
mungkin maklumat saya seterusnya ke bazar untuk membeli stok makanan selama
saya berada di dalam hutan. Kalau ikut perkiraan saya akan mendaki selama 4
hari 3 malam jadi saya harus mendapatkan stok makanan yang sesuai. Saya hanya
membeli 2 paket spageti dan satu botol kecil pes tomato untuk di jadikan sos. Kemudian
sekampit biskut dan roti. Saya turut membawa 3in1 nescafe dan uncang teh. Dan entah
kenapa saya terlupa untuk membeli cili flakes dan garam.
Sebenarnya sewaktu hendak datang
ke Karakol saya sudah menghubungi Suly (solo traveller dari Malaysia) yang waktu
itu sedang berada di Almaty, Kazakhstan. Janji kami untuk mendaki Ala Kol bersama
tapi disebabkan beliau masih di Almaty dan saya ingin pulang awal ke Osh jadi
saya mendaki sendiri dahulu. Suly terbang dari Malaysia ke China lewat satu
bulan dari saya. Dia juga akan ke central asia secara backpakers. Sebenarnya saya
minta tolong pada Suly untuk bawakan down jacket saya yang tertinggal di
Malaysia. Penting untuk saya dapatkan down jacket itu sebelum memasuki Pamir
Highway. Saya beritahu pada owner guesthouse tentang Suly yang akan datang ke
Nice Hostel dan meninggalkan down jacket untuk saya sewaktu ketiadaan saya. Dan mungkin
boleh jadi saya akan bertemu dengan Suly sewaktu di Karakol National Park.
Esoknya awal pagi saya sudah
mengemas bag. Bagpack 30L Low Alpine yang dibeli waktu di Vietnam penuh berisi
bekalan makanan, baju tidur, baju sejuk, sleeping mat dan sleeping bag. Manakala
khemah saya ikat pada bahagian luar bag. Satu botol air 1.5L saya bawa buat
minum sepanjang pendakian. Bila habis air sungailah pengantinya.
Saya menaiki Mashutka ke pintu
Karakul National Park. Sebelum masuk seorang pegawai mengambil nama saya dan
saya perlu membayar yuran national park dan yuran camping. Di Karakul National
Park saya boleh dirikan khemah di mana-mana asalkan saya sentiasa menjaga
kebersihan tapak camping.
Keadaan sungguh sunyi dan melalui
beberapa rumah penduduk tempatan. Ada beberapa kedai makan dan resort untuk
pengunjung tetapi kelihatan seperti tutup. Mungkin kerana bulan September sudah
berakhir musim mendaki disebabkan cuaca yang makin sejuk. Saya terserempak
dengan beberapa ekor kuda yang sedang memagut rumput yang dikawal oleh anjing
yang terbaring malas. Mujurlah mereka malas jika tidak mahu bertempiaran saya
lari sambil menjerit sakan!
Perjalanan agak mendatar dan
menyusur sungai yang sangat jernih. Banjaran gunung masih kelihatan jauh dan
sekeliling masih lagi hijau dengan pohok oak dan pelbagai. Sesekali saya
berhenti melepaskan lelah di batu besar sebelah jalan sambil menghayati ciptaan
Tuhan yang indah ini. Suasana riuh dengan bunyi deruan angin mengena pokok,
bunyi deru air sungai dan sesekali bunyi dahan jatuh. Semuanya terasa indah dan
saya terkenang kata-kata Geert di mana dia tidak pernah merasa sunyi waktu
berada di hutan dan gunung walaupun sendiri. Tapi selalu merasa sunyi waktu
di bandar walaupun dikelilingi ramai orang. Ya saya mengerti! Waktu di Nice
Hostel walaupun terdapat ramai traveller tapi saya rasa sunyi. Masing-masing
dengan hal sendiri. Berbeza di hutan saya rasa nyaman dan dikelilingi dengan
makhluk Tuhan yang luhur ini.
Saya meneruskan perjalanan dan
keadaan semakin mendaki dan disebabkan hari makin malam saya mencari tempat
untuk mendirikan khemah. Tanah lapang di sebelah sungai dengan pemandangan
gunung yang sangat indah. Hari sangat baik insyaAllah air sungai tidak akan
naik dan saya putuskan untuk berkhemah di situ. Saya memasak spageti dan
makan dengan pes tomato tanpa garam dan cili flakes dan rasanya sangat tak sedap. Rasa
menyesal sebab tak bawak garam dan cili flakes. Tapi disebabkan lapar habis juga
saya telan. Kemudian makan biskut cecah air the sambil menanti hari malam.
Hari kedua saya bermula agak
lewat, macam mana tak lewat siap layan kopi dengan roti tepi sungai sambil
layan feeling. Suasana cantik macam ni tak datang selalu dalam hidup jadi harus
digunakan sebaik mungkin. Selepas mengemas khemah dan packing semua barang saya
menuju ke jambatan yang merentas sungai yang akan membawa saya ke kaki Ala Kol
Pass. Sewaktu trekking saya terserempak dengan seorang trekker dari Serbia yang
baru turun dari Ala Kol Pass, dia akan keluar dari National Park hari ini. Sempat
bertukar cerita sebelum kami masing-masing membawa haluan.
Sampai di jambatan merentas
sungai saya berhenti rehat dan menunggu-nunggu jika ada trekker lain yang akan
saya jumpa, tapi tiada dan kemudian saya kembali menyambung perjalanan. Waktu itu
menunjukkan jam 12 tengah hari. sebenarnya saya tak bercadang untuk ke Ala Kol
pass hari ini sebaliknya berkhemah di mana-mana tapi entah kenapa sewaktu mendaki
dan terlihat puncak hati saya seolah-olah dipanggil untuk melihat apa yang ada
di atas sana. Sudahnya saya gagahkan juga mendaki sampai ke puncak.
Perjalanan selepas jambatan
semakin mendaki tetapi laluannya masih trek yang baik dengan pokok di kiri
kanan jalan. Namun bila sudah setengah jalan tiada lagu pokok besar sebaliknya
hanya pokok renek dan laluan semakin berbatu. Ada satu bahagian batunya
besar-besar dan saya perlu memanjat batu-batu itu. Agak sukar mencari trek
waktu mendaki batu besar ini mujurlah trekker sebelum menanda jalan dengan
susunan batu berbentuk tower. Tapi kadang-kadang saya terkeluar juga dari trek
dan puas memanjat batu lain untuk kembali ke trek.
Di pertengahan mendaki ada satu
shelter untuk camping. Tapi disebabkan view yang terlindung dan hari masih awal
saya teruskan lagi pendakian. Hati memberontak untuk sampai ke atas walaupun badan
dah terasa penat. 1km terakhir trek sangat curam dan laluan berpasir serta
mudah tergelincir. Mujurlah kasut saya jenis hiking dan punya grip yang bagus
membantu saya untuk mendaki di laluan berpasir. Agak gayat juga sebenarnya bila
mendaki di trek pasir yang curam dan bersebelahan dengan air sungai yang agak
deras. Tapi setiap kali mendongak ke atas dan melihat puncak yang makin hampir
saya jadi semangat untuk teruskan. “apa yang ada disebalik sana?” soalan itu
kian menerjah hati saya dan kaki membawa saya ke sana untuk melihatnya sendiri.
Hampir jam 6 petang akhirnya saya
sampai ke atas. SubhanAllah! Dari atas saya dapat melihat Ala Kol Lake. Warna airnya
biru dan dikelilingi gunung berbentuk seperti kawah. Pendakian yang berbaloi. Saya
mendirikan khemah berhadapan dengan pemandangan Ala Kol Lake yang indah.
Bila malam angin bertiup agak
kuat dan suasana sangat sejuk. Jadi saya hanya duduk di dalam khemah sambil
membuat catatan dan membaca mesej dari handphone. Kebiasaan yang indah bagi
saya.
Mendaki seorang di Karakol
National Park sehingga ke Ala Kol Lake boleh dilakukan secara solo tetapi anda
perlu punya pengalaman trekking dan hiking. Perlu ada rasa berani tetapi perlu
juga bijak membuat keputusan. Route sebelum Ala Kol Pass agak curam dan jika
tidak kena gaya ada peluang untuk jatuh atau tergelincir. Nauzubillahminzalik. Jika
tiada keyakinan atau first timer rasanya lebih elok pergi berteman atau ambil
guide. Bulan September laluan ini agak sunyi saya hanya jumpa satu orang sahaja
waktu mendaki ke Ala Kol Lake. Tapi jika musim summer rasanya lebih meriah trek
ini.
Berada di Ala Kol Lake
mengingatkan saya pada Rinjani, pemandangannya cukup indah dan keadaannya cukup
bersih. Ada burung yang berterbangan dan bunyi deru angina dan air yang
mengalir sangat mendamaikan. Tapi perjalanan ini masih belum terhenti, saya
masih ada 2 hari lagi untuk hike ke Ala Kol Pass yang sebenar (3900m) dan
kemudian turun ke Arashan Valley dan kemudian kembali ke Karakol. Perjalanan masih
panjang dan hari tak selalunya cerah. Di gunung pagi hari boleh jadi tenang
tapi bila petang ke malam ribut boleh datang. Dan perjalanan turun ke Arashan
valley tidak semudah yang saya sangka. dan lebih malang lagi saya perlu
meneruskan hari dengan spageti dan pes tomato yang tak berperisa apa.
Tapi ini lebih baik daripada makan mee keras berendam air sejuk sewaktu di Lenin Peak Base Camp (waktu stove saya rosak- cerita ni simpan untuk buku hehe)
Tapi ini lebih baik daripada makan mee keras berendam air sejuk sewaktu di Lenin Peak Base Camp (waktu stove saya rosak- cerita ni simpan untuk buku hehe)
Life must go on! Cerita masih
panjang!
Dengan muka tak malunya; kalau perlu khidmat editing dan layout buku, boleh hubungi saya (hafizhilmi@gmail.com). Kalau nak tengok sampel layout yang dah siap pun boleh.
ReplyDeleteAwak guna camera apa ya
ReplyDeleteKisah perjalanan violet biru tambah seru...suka suka
ReplyDeleteRasa nak pergi jer sana...
ReplyDeleteAwk ke yang bagitau pemandu teksi tu, depan clear @ tidak.
ReplyDelete"Ok, clear bang clear"