“You need to get out from this
country as soon as possible!” Kata Anne waktu saya baru sampai ke Old Town
Kashgar Hostel.
Saya baru balik dari Taxkorgan
selepas mengayuh 4 hari dari Kashgar ke sana. Saya baru bercadang nak
bermalasan di Kashgar kerana saya masih ada 8 hari sebelum visa China saya
tamat pada 15hb September. Saya masih belum habis explore Kashgar lagi. Belum puas
saya nak makan makanan yang sedap di night market.
Saya tiba di Kashgar pada hari Rabu petang. Kata Anne China border akan tutup mulai Sabtu ini
sehingga Isnin minggu satu lagi. Eh negara China ni suka-suka pulak dia nak
tutup border selama seminggu. Sepanjang penutupan China border ini sempena hari raya Kurban dan pesta kuih buan tidak ada
sesiapa yang dapat cross border ke Kyrgyzstan. Jadi kena tunggu sehingga di buka semula. Masalahnya China Visa saya akan tamat sewaktu border tutup. Pucat muka saya
memikirkan kemungkinan jika saya tak keluar China selewatnya Jumaat ini maka saya terpaksa membeli tiket kapal terbang dan terbang ke Kyrgyzstan. Memang akan banyak kerja
dan tinggi kosnya. Ya Allah mujurlah Allah gerakkan hati saya untuk balik ke
Kashgar hari ini jika saya masih seronok berjimba di Taxkorgan entah macam
mana ceritanya nanti. Tak sanggup memikirkannya.
Jarak antara Kashgar ke China
Border di Ulugqat sekitar 97km dan laluannya adalah mendaki. Saya rasa stress
sebab plan saya nak berkayuh ke sana sahaja tapi jika saya kayuh ke sana akan
mengambil masa satu hari setengah. Agak risiko jika saya start kayuh ke esokan
hari dan cross border pada Jumaat petang. Mungkin akan ada masalah seperti
border tutup hari Jumaat atau saya tak mampu sampai ke border sebelum Jumaat
tengah hari. Sekali lagi saya terpaksa mengambil keputusan berat dengan menaiki
teksi dari Kashgar terus ke Uluqat. Sakitnya hati tapi saya tak berani nak
ambil risiko terlepas border cross.
Perjalanan ke border dengan taxi
sekitar 2jam. Sewaktu saya sampai di border sudah masuk waktu makan tengah hari semua pegawai sedai berehat. Saya melangut seorang diri di luar menanti pegawai
kembali bertugas. Sewaktu saya melangut datang seorang lelaki China/Kyrgyzstan
dan traveller muda dari Jepun yang juga bercadang untuk cross border ke Kyrgyzstan. Tepat jam
2pm waktu Xinjiang pegawai yang bertugas datang. Saya dan 2 yang lain sudah
sedia beratur tapi kami diminta duduk dahulu. Geram pulak saya dengan kerenah
pegawai imigresen China yang seperti endah tak endah dengan kami.
Bangunan kastam China di Ulugqat. Di sinilah pasport akan di cop sebelum di hantar ke border sebenar yang berjarak 97km.
Tiba-tiba jadi sedikit kekecohan
bila lelaki China/Kyrgyzstan sedikit berkasar dengan pegawai imigresen kerana
pegawai imigresen masih tidak mahu melepaskan kami ke Kyrgyzstan. Drama saling
soal menyoal berlanjutan sehingga jam 3petang. Saya juga sudah naik risau
kerana hari makin gelap dan imigresen di sini sebenarnya beroperasi mengikut
waktu Beijing yang 2 jam di hadapan. Jadi lagi satu jam border akan tutup
bermkna jika saya tidak dapat cross sekarang saya harus bermalam di mana-mana
dan esok baru boleh cross border. Menyesal pulak rasanya sebab tak datang awal
pagi ke sini.
Alasan pihak imigresen kerana
tidak ada taxi yang akan membawa kami selepas cop passport ke border sebenar
China/Kyrgyzstan yang terletak lebih kurang 90km. agak pelik sebenarnya bila
kami perlu scan bag dan cop passport di Ulugqat bila mana border sebenar adalah
90km dari sini. Dan tidak di benarkan mengayuh basikal atau hitch hike dari Ulugqat ke border. Perlu naik teksi begitu juga dengan saya. Harganya bukan
murah pulak tu perlu membayar sekitar 100yuan seorang. Kalau ada basikal
lagilah driver teksi naikkan harga.
Drama terhenti bila tiba-tiba ada
satu couple dari Kyrgyzstan datang dengan sebuah teksi van. Jadi total kami
berlima yang hendak cross border. Selepas memujuk pegawai imigresen dan menyakinkan mereka yang teksi
van itu boleh menghantar kami ke border barulah kami dibenarkan masuk ke gate
pelepasan. Bag saya hanya di scan dan kemudian passport di cop. Agak mudah
hanya 10 minit sahaja. Saya,basikal merah dan 4 orang lagi masuk ke dalam van
dan terus di hantar ke border. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan waktu kami
sampai ke border sebenar jam menunjukkan 4:30pm. Kalau diikut waktu Beijing
sudah menunjukkan jam 6;30pm. Satu lagi drama dari pegawai di border yang
mula-mula enggan beri kami cross. Angin pulak saya waktu itu, border
dah depan mata tinggal cross dan jalan 3km dah boleh masuk Kyrgyzstan. Border di
sana buka 24jam seminggu berbanding border China yang buka ikut office hour
(Beijing time) dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad.
Bersama dengan traveller dari Jepun dan couple dari Kyrgyzstan.
Basikal merah duduk bergaya dalam van menuju ke border China/Kyrgyzstan dari Ulugqat
Lepas berbincang bagai barulah
pegawai benarkan kami lalu. Tak taulah macam mana driver deal tapi kalau
disuruh balik memang saya pasang khemah aje sebelah bangunan askar tu.
Alhamdulillahd akhirnya pada
jam 5:30pm saya berada di Kyrgyzstan. Waktu tu cuaca dah makin nak gelap. Urusan
di border Kyrgyzstan sangat mudah. Saya hanya perlu tolak basikal saya dan
parking sebelah bangunan imigresen, masuk dan cari pegawai kemudian cop passport
dan sembang 2 minit kemudian pergi. Tak perlu nak scan bag pun. Waktu berborak
dengan pegawai imigresen dia bertanyakan sama ada saya sudah berkahwin atau
belum. Saya menunjukkan cincin yang saya pakai dan mengatakan saya sudah
berkahwin. Tapi pegawai tu buat pura-pura tak faham dan mempelawa saya bermalam
di bilik kontena di hadapan bangunan imigresen. Katanya itu tempat rehat
tentera. Tambah beliau lagi malam nanti boleh join mereka minum-minum. Saya sentiasa
mengikut gerak hati saya, walaupun jemputan nampak menarik (tidur berkatil dan ada bilik sendiri) tapi saya rasa tidak selamat jadi saya hanya tersenyum dan
memberi alasan saya akan ke “gustine” ataupun guest house selepas border. Memang
selepas bangunan imigresen ada banyak kontena lama yang berfungsi sebagai “magazine”
atau kedai runcit, kedai makan dan guest house.
Jam 6 petang saya meninggalkan
bangunan imigresen dan mula mengayuh menuju ke Sary Tash. Perjalanan ke Sary
Tash berjarak sekitar 70km. Sambil itu saya melihat-lihat tempat yang sesuai untuk mendirikan
khemah. Syaratnya terlindung dan pemandangan cantik. Heaven! Dekat Kyrgyzstan
ni memang banyak spot camping yang menepati syarat. Cuma kena rajin tolak
basikal masuk ke dalam sedikit. Saya mendirikan khemah 3km sebelum perkampungan
Nura. Sebenarnya kalau saya rajin dan kayuh melepasi Nura ada banyak lagi
camping spot yang cantik. Tapi hari makin gelap dan saya agak lapar kerana seharian
tidak makan.
Setelah set up khemah dan
mengunci basikal saya memasak bubur nasi dan makan di bawah sinar cahaya
bintang. Suasana malam agak sejuk sebab saya berada di ketinggian 1000m dari
paras laut. Keadaan sekeliling agak sunyi cuma kadang-kadang terdengar truck
lori yang lalu mungkin menuju ke Kyrgyzstan border. Selain itu terdengar bunyi
alunan air sungai yang berjarak jauh ke bawah sekitar 100m.
Camping spot saya dengan pemandangan yang cukup mengujakan.
Kyrgyzstan adalah negara yang
bergunung ganang. 95% dari permukaan negara ini adalah gunung dan hanya sedikit
sahaja yang landai. Untuk mengayuh basikal dari Kyrgyzstan border ke Sary Tash
saya perlu melepasi Irkeshtam pass dan perjalanan ini keseluruhannya mendaki
kerana Sary Tash terletak 3500m dari paras kaki. Berada di Kyrgyzstan pada
September 2016 sebenarnya bukanlah waktu terbaik untuk berbasikal kerana cuaca
semakin sejuk dan jika nasib saya tidak baik mungkin sewaktu berada di high
pass akan mengalami salji atau sejuk melampau. Dan walupun jarak saya ke Sary
Tash hanya sekitar 70km tapi saya menganggarkan akan sampai ke Sary Tash dalam
masa 2 tau 3 hari.
Untuk masuk ke negara Kyrgyzstan,
rakyat Malaysia tidak memerlukan visa dan boleh tinggal selama 30 hari. Ibu negara
Kyrgyzstan ialah Bishkek. Negara ini bersempadan dengan China, Tajikistan,
Uzbekistan dan Kazakhstan. Kyrgyzstan terdiri daripada majoriti etnik Kyrgyz dan sedikit Uzbek serta Rusia. Majoriti penduduk Kyrgyzstan beragama Islam. Penduduk Kyrgyzstan betutur dalam bahasa Kyrgyz dan Rusia.
Ke esokkan hari selepas mengemas
khemah dan bersarapan dengan air teh panas saya meneruskan kayuhan ke Sary
Tash. Saya tidak tahu di mana saya akan berhenti tapi saya rasa selamat sebab
dekat laluan ini tidak banyak orang. Selepas Nura sehingga Sary Tash
tidak ada kampung atau kedai jadi bermakna saya boleh camping di mana-mana asal
sahaja ianya terlindung daripada pandangan pengguna jalan raya. Bekalan makanan
cukup untuk 3 hari dan bekalan air juga cukup (3 botol 1.5L). Cadang saya kalau
air tidak cukup nanti tahan sahaja kereta dan mintak air.
Di Nura beberapa kanak-kanak
tempatan berlari mendapatkan saya. Teruja barangkali dan menyapa saya dengan
kata ‘hello’. Di sini terdapat sebuah masjid betul-betul di hujung kampung. Saya
meninggalkan Nura dan mula mendaki pass saya yang pertama. Selamat datang ke
Kyrgyzstan yang bergunung bisik saya di dalam hati.
Pemandangan perkampungan Nura.
Nampak signboard 2 bukit tu maknanya akan naik dan turun bukit. ermm bukan bukit tapi lebih kepada gunung sebenarnya.. huhuhu
Sewaktu mendaki beberapa kereta
yang lalu berhenti dan menyapa saya jika saya mahu menumpang mereka ke Sary
Tash. Kata mereka banyak big pass di hadapan, tumpang sahaja mereka dan mereka
tidak kenakan bayaran. Saya menolak dengan baik. jam baru menunjukkan 9am kalau
nak menyerah kalah pun bukan sekarang. Dan saya nak cycle di laluan ini. Ada juga
yang berikan makanan sebab bimbang pada saya, katanya di hadapan tidak ada
kedai.
Saya rasa saya agak popular waktu
kayuh basikal di Kyrgyzstan bila banyak kereta yang berhenti dan ajak selfie. Kayuhan
di laluan ini agak menguji jiwa juga walaupun tak banyak traffic tapi gunungnya
boleh tahan. Bayangkan dari 1000m nak naik ke 3500m. tapi yang lebih sakit hati
banyak gunung sebelah-sebelah. Bermaksud saya perlu mendaki sampai ke puncak dan
kemudian meluncur turun ke sebelah dan daki semula untuk naik ke puncak sebelah. Lagi
sakit hati bila dari puncak gunung kita dah boleh nampak route turun dan route
naik ke gunung sebelah. Kalau turun sikit tak pa ini turun banyak dan naik pun
banyak. Kenapalah dorang tak buat jambatan aje dari satu puncak ke satu puncak.
Antara yang menyebabkan traffic di Ulugqat-SaryTash road.
Keadaan jalan sangat baik. Pemandangan sekitar memang memukau jiwa. Sangat hijau dan di hujung
pandangan adalah banjaran snow cap mountain. Langit membiru dan matahari
memancar gemilang.
Nampak tak jalan di seberang tu dari situ saya turun dan kemudia mendaki secara zig zag naik ke puncak yang sekarang.
Nampak tak jalan yang tak berpenghujung tu? Mujur pemandangan sangat cantik.
Bila jam menunjukkan 4 petang
saya mula mencari camping spot. Di kiri saya gaung dan lebih selamat jika saya
berkhemah di sebelah kanan. Di kejauhan saya sudah dapat melihat kawasan
berbukit. Saya bercadang untuk menolak basikal keluar dari jalan utama dan
kemudian menolak basikal ke sebalik bukit. Waktu hendak menuju ke spot tu saya
nampak ada kereta pacuan 4 roda berhenti dan sangka saya mungkin mereka hendak buang air. Saya mengayuh perlahan kerana saya mahu mereka pergi dulu. Saya tidak
mahu ada orang melihat saya detour ke bukit dan tahu saya bercamping di situ. Tapi
nampak macam lama pulak kereta tu berhenti di situ.
Sewaktu saya melepasi mereka 2
pemuda keluar dari kereta. Nak sefie lagi ke bisik saya dalam hati. Dah nak
petang ni penat jugak nak layan peminat jalanan. Mereka menegur, rupanya
mereka duk ulang alik dekat jalan ni sebab nak amik orang dekat border tapi
orangnya tak sampai-sampai. Sempat mereka bertanya jika saya ada nampak orang
yang mereka tunggu di border. Saya menerangkan pada mereka yang saya cross border
semalam.
Mereka bertanya ke mana tujuan
saya dan agak terkejut apabila mengetahui saya mahu ke Sary Tash kerana hari
sudah makin malam. Saya katakana yang saya akan camping di mana-mana nanti. Tapi
dua orang ini bertambah cemas dan cepat-cepat mereka offer untuk menghantar
saya ke Sary Tash. Aduh satu lagi tawaran dan saya menolak dengan baik tapi
mereka masih berdegil.
Mereka bertanya sama ada saya
muslim dan saya mengiyakan. Terus seorang dari mereka azan di situ untuk
menunjukkan yang dia juga muslim. Katanya naik sahaja kereta dan mereka akan hantar ke
Sary Tash. Bahaya katanya membiarkan saya seorang. Saya masih menolak dengan
baik. Saya sangat enjoy cycling walaupun jalan bergunung ganang. Walaupun saya baru kayuh 30km dari total 70km. tapi mereka masih bertegas. Katanya mereka
tidak akan pergi selagi saya tidak naik kereta.
Adui rimas pulak saya waktu itu
tapi nampak niat mereka yang ikhlas tu. Naluri saya tidak menyangka buruk pun. Akhirnya
saya tewas dan sekali lagi saya chit! Aduhai tension sungguh bila 2 orang ni
spoil plan saya nak kayuh basikal ke Sary Tash. Dalam kereta banyak yang kami
bualkan sampailah satu tahap mereka tanya saya tak takut ke travel seorang
diri. Kata mereka boleh sahaja pemandu kereta seperti mereka ada pistol dan merompak
saya.
Tetiba terasa darah merah
menyimbah ke muka. Mak aih cuak jugak bila dorang cakap macam tu, terus saya
tanya sama ada mereka ada pistol atau tak?
Berdekah mereka ketawa dan saya
hanya menjawab saya mengikut naluri saya. Waktu saya naik kereta tadi saya
bersangka baik dan saya yakin mereka juga orang baik. Akhirnya dalam 30 minit
sudah sampai ke Sary Tash. Mereka meninggalkan saya di simpang jalan dan
memandu kembali ke border Kyrgyzstan. Walaupun pada mula saya rasa marah sebab
mereka telah spoil mood saya nak kayuh tapi saya bersangka baik. boleh jadi
mereka adalah bantuan dari Tuhan yang menghendaki saya sampai ke Sary Tash. Tapi
azam saya selepas ini no more short cut. Saya nak kayuh basikal!
Sary Tash sebuah kampung kecil
dengan bilangan penduduk lebih kurang 1500 orang. Terdapat sebuah sekolah dan
beberapa kedai runcit. Di sini semuanya serba mahal kerana kedudukan yang jauh
dari bandar besar. saya bermalam di sebuah guest house yang terletak di pinggir
jalan. Kebetulan ada couple cyclist di situ dan mereka menuju ke Pamir Highway.
Dapatlah saya update info tentang route dari Sary Tash ke Osh.
Harga penginapan di Sary Tash
agak mahal. Tempat tidur berserta makan malam dan sarapan sekitar 10usd. Sedangkan
budget saya sehari hanya 5 usd. Saya meminta discaunt jika saya tidak mengambil
makan malam dan sarapan saya hanya perlu membayar 5 usd. Saya katakan yang
saya tidak perlukan bilik saya boleh tidur di ruang tamu dan akhirnya saya
hanya perlu membayar 3usd.
Sempat basuh baju dengan couple cyclist di sungai belakang guest house. Nak mandi air tersangat sejuk pulak.
Masa di Kashgar saya memang tak sempat nak basuh baju saya sebab terburu-buru cross border. maka penuh satu ampaian dengan baju saya manakala satu ampaian lagi milik couple cyclist.
Visa Tajikistan saya hanya
bermula pada 1 October yang bermaksud saya hanya boleh masuk ke Tajikistan pada
atau selepas 1 hb October. Saya punya 3 minggu lagi. Jika saya terus mengayuh
ke Osh yang mengambil masa 3 hari maka saya masih punya banyak waktu lagi. Jadi
saya mengambil keputusan untuk detour ke Sary Mongol dan kemudian ke Lenin Peak
sebelum mengayuh ke Osh.
Kata Geert cyclist yang saya
jumpa di Kashgar saya perlu ke Lenin Peak Base Camp kerana sangat cantik dan
saya pasti sukakan. Jadi di sebabkan saya sudah cheat mengayuh ke Sary Tash
bagus rasanya jika saya mengayuh ke Lenin Peak Base camp. Lagipun saya punya
banyak masa
Kayuhan ke Lenin Peak yang
kononnya nampak mudah berakhir dengan trajedi sesat. Sekali lagi saya belajar
tentang dunia ini besar dan saya hanya manusia yang kerdil!
Ada hikmahnye dpt tumpang lori dari toksun sampai aksu. Seminggu punya trip tu kalau kayuh basikal. Bayangkan bila dah sampai border tgk dah tutup.
ReplyDeleteitulah lepas fikir2 balik memang ada hikmahnya. terima kasih baca!
ReplyDeleteCikpuan VB pergi mmg dgn belanja sendiri atau ada penaja mcm cite dgn basikal aku mengembara tu?
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki lebih pergi atas belanja sendiri.
DeleteKo mmg cekal... tabik spring beb.
ReplyDeleteThanks!
DeleteThanks!
DeleteTerbaik violet biru..semoga dipermudahkan perjalanan...
ReplyDeleteamin! terima kasih..
DeleteSungainya bersih ke?...gambar mcm banyak sampah je..?
ReplyDeletetak bersih pun tai lembu dengan kambing pun banyak.. tapi inilah kehidupan. depa amik air buat masak pun dari sini.
DeleteWow. Cerita yg menarik. VB, calendar dah sampai! Thanks a lot.
ReplyDeletethanks! hope u like the calendar!
DeleteAdventure yang memang awesome! Keep doing it and be safe ok!
ReplyDeleteAwesome adventure! Sis memang seorang yg sgt berani dan adventurous. Semoga sentiasa dilindungiNya dan sukses selalu dalam mengejar impian.
ReplyDeleteSaya sudah mula menjadi pembaca setia blog ni.... Salute sis..
ReplyDeletesubhanallah....Sangat bermanfaat dan enak dibaca,salute pada Violet biru.
ReplyDeletesaya mau bertanya,apakah visa Tajikistan diurus/didapatkan di Malaysia? dan berapa cost nya? saya dari Indonesia berencana mau melewati Pamir highway,tapi di Indonesia tidak ada Tajikistan ambassy.
thanks
Masya Allah.. Tabik sis. Bukan kaleng2. Skrg ni dah ada di mana
ReplyDelete