Friday, February 3, 2017

Perjalanan di China – Bab 3: Jangan berhenti untuk percaya! (Karakoram Highway)






Saya meninggalkan Old Town Kashgar Hostel dengan perasaan yang pasti. Saya pasti tujuan saya kali ini. Tujuan saya hendak kayuh basikal ke Taxkorgan melalui highway 314. Highway yang menyambungkan China dengan Pakistan. Jarak antara Kashgar dan Taxkorgan sekitar 300km. kalau diikut plan asal saya seperti yang dicadangkan oleh Mahazizi adalah ambil bas dari Kashgar ke Taxkorgan dan kemudian kayuh basikal pulang ke Kashgar. Kenapa? Sebab ianya lebih mudah, lebih banyak menurun daripada mendaki. 
 

Pagi itu saya ke bas station dan apabila sampai di sana saya tidak dibenarkan naik oleh pemandu bas. Katanya tiada ruang untuk basikal saya. Memang tak ada pun sebab bas dari Kashgar ke Taxkorgan adalah bas yang kecil. Malas nak berbalah dengan pemandu bus saya pun meninggakan bus station. Pilihan saya waktu itu sama ada meneruskan sahaja kayuhan ke Taxkorgan atau pulang semula ke hostel.

Journey kali ini melibatkan pemulihan mental saya. Kalau saya pulang ke hostel ternyata saya menyerah kalah. Terus saya teringat sewaktu berlalu dari stesen bas sempat saya meluahkan rasa geram pada pemandu bas dengan mengatakan saya akan kayuh sahaja basikal ke sana. Saya rasa lebih bersemangat waktu itu jadi saya terus mengambil keputusan untuk kayuh sahaja ke Taxkorgan. Sya perlu hadapi cabaran pertama ini. Ianya penentu keseluruhan journey saya di masa hadapan. Saya tak boleh manja!

Mujur stesen bas terletak sama laluan dengan highway 314 jadi saya terus masuk ke highway 314. “The adventure begin!” getus saya dalam hati.

hmm muka ada senyum, topi ada senget oklah tu.



 “Everything that kills me, make me feel alive.” Bait lirik lagu counting stars bergema dari mp3 saya.

Nampak tu Taxkorgan 278km sahaja. selamat mendaki!

Perjalanan hari pertama keluar dari Kashgar menuju ke Tashen Milike sekitar 75km. kali ini saya lebih berstartegik. Saya tak mahu pressure diri. Kayuhan hari pertama sepatutnya kayuhan paling santai. Kayuhan motivasi. Laluan agak mendaki tetapi santai. Tidak terasa sangat dan pemandangan di kiri dan kanan jalan adalah lebih hijau dengan rumah dan ladang penduduk tempatan. Banyak kali motorsikal yang diubah suai seperti lori kecil lalu disebelah saya dengan dipenuhi para petani di belakangnya. Kadang-kadang melintas motor yang menarik penuh hasil tuaian dari ladang mereka. Ada masa di bahu jalan terlihat segerombolan lembu yang sedang meragut rumput. Ada beberapa kawasan ladang yang dipenuhi dengan pokok bunga matahari. 


 Inilah yang saya maksudkan dengan motorsikal yang diubah suai menjadi lori saiz kecil tu.

Saya berhenti minum pagi di sebuah kedai. Hanya membeli air nescafe tin dari kedai dan kemudian makan bekalan yang saya bawa. Roti nan disapu dengan jem coklat. Sedap!

Sempat juga saya berhenti di satu gerai tepi jalan selepas pondok pemeriksaan polis. Saya hanya perlu menunjukkan passport saya dan kemudian jalan. Sementara secara rawak beberapa kereta di minta berhenti untuk diperiksa bonet mereka. Tuan kedai mempelawa saya tembikai yang baru dibelahnya. Dengan cuasa yang panas tentu sahaja saya mengangguk dan 2 potong juga saya bedal.

Komunikasi sangat terhad kerana tuan kedai hanya pandai berbahasa Uighur ataupun cina. Kami hanya berbahasa isyarat. Setelah mendapat rehat yang cukup saya menyambung kayuhan. Sedar tak sedar sudah jam 4 petang dan saya mula mencari tempat yang sesuai untuk bermalam. Kata Mahazizi saya mungkin boleh bermalam di kedai makan atau kedai buah asal sahaja tuan kedai benarkan. Disebabkan perut saya masih belum diisi makanan berat maka saya menuju ke gerai Laghman dalam deretan kedai di Tashken Milike. Setelah selesai makan saya cuba-cuba bertanya pada tuan kedai jika saya boleh tidur di situ untuk malam ini. Tuan kedai hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan ia atau tidak. Kemudian si isteri datang dan memberikan saya bantal dan menyuruh saya tidur di satu sudut. Saya jadi bingung sama ada saya boleh tumpang bermlam di kedai mereka atau tidak. Beberapa pelanggan yang datang memerhati saya. Ada seorang pak cik teruja apabila mengetahui yang saya muslim dan meminta saya membacakan mana-mana surah yang saya tahu.

Seronok juga saya dapat bersantai dengan sebiji bantal. Hampir jam 7 petang tiba-tiba seorang pegawai polis datang. Tuan kedai menerangkan pada polis yang saya tourist dari Malaysia dan dalam perjalanan ke Taxkorgan dan hendak bermalam di kedainya. Polis meminta saya menunjukkan passport dan membelek-belek visa Iran saya. Mungkin kerana pada visa Iran ada tulisan jawi yang sama diguna pakai di wilayah Xinjiang ini. Lepas 10 minit polis meminta saya meninggalkan kedai laghman itu. Saya jadi terpinga dan tertanya-tanya. Tuan kedai berkali-kali meminta maaf kepada saya bahawa dia tidak dapat membenarkan saya tidur di kedainya tanpa izin dari pihak polis. Adalah menjadi satu kesalahan pada mereka jika menerima tetamu asing di rumah kediaman mereka. Waktu itu hari sudah semakin gelap, saya jadi geram pulak dengan polis kerana tak memikirkan keselamatan saya waktu itu. Sempat saya bertanya kepada polis terbabit ke mana saya harus pergi. Katanya pulang sahaja ke Kashgar.

Saya meninggakkan kedai makan laghman dengan perasaan hampa dan belajar sesuatu. Saya meneruskan kayuhan ke arah Taxkorgan sambil mencari-cari kawasan yang tersorok untuk mendirikan khemah. Kebanyakan kawasan di kiri dan kanan jalan adalah kebun orang. Saya melihat ada wanita yang duduk bersantai di luar jalan lantas saya bertanya jika ada guest house tapi mereka hanya menggeleng. Kemudian saya bertanya lagi jika saya boleh mendirikan khemah di halaman mereka. Mereka masih menggeleng. Kecewa.

Saya meneruskan kayuhan dan tiba-tiba saya melihat seorang wanita sedang menghalau lembu dengan motorsikal skuternya. Saya berhenti dan menunggu dia menghampiri saya. Sampai aje saya terus menahan dan menunjukkan isyarat tidur padanya. Beliau tersenyum dan menyuruh saya mengikutnya pulang ke rumah. Alhamdulillah ada juga yang sudi mengambil saya. Rumahnya terletak di hujung lorong. Waktu tu saya tak fikir apa hanya bertawakal sahaja.

Rumahnya berpagar dinding tanah. Yang membuka pintu adalah anak lelakinya. Dia membantu meletakkan basikal saya di dinding rumah. Agak selamat dan pintu di kunci. Saya di jemput masuk ke dalam satu kawasan luas di dalam rumah. Ruang ini rasanya seperti ruang tamu. Tidak ada perabot yang ada cuma tilam kapas yang dijahit dengan kain perca yang terusun di hujung ruang. Ruang ini agak tinggi dari lantai yang berpasir. Ruang ini di lapik dengan hamparan karpet berwarna merah yang cantik. 




Wanita itu membawa jug berisi air suam dan menyuruh saya membasuh tangan dan muka, saya tidak faham maksudnya jadi saya hanya membasuh tangan. Selepas itu beliau mengambil jug itu dan mula berwuduk. Seorang lelaki yang sebaya dengan wanita masuk dan terus ke ruang tengah di ikuti anak lelakinya. Wanita itu juga mengikut sama. Rupanya mereka sudah bersedia untuk solat Maghrib. Barulah saya faham rupanya jug air tadi untuk saya mengambil wuduq. Cepat-cepat saya mengambil wuduq dan bersama keluarga ini untuk solat maghrib secara berjemaah.solat jemaah saya yang bertama di bumi China.


Selepas solat wanita itu menghidangkan buah tembikai susu pada saya. Serius sangat sedap dan sangat juicy. Saya mengawal diri agar tak habiskan sebiji tembikai tu. Seorang wanita muda dengan bayi lelaki datang. Rupanya wanita muda ini isteri pada anak lelaki wanita itu. Dalam komunikasi yang terhad saya dan keluarga wanita itu berbual bagai ayam dengan itik. Seperti biasa saya di minta untuk membacakan apa-apa surah yang saya tahu dan mereka sangat gembira mendengarnya. Terasa persaudaraan itu. Mungkin jarang mereka berjumpa dengan orang luar lebih-lebih lagi yang beragama islam.

Wanita itu kemudian menghidangkan nasi putih dengan kicap pada saya dan suaminya. Saya fikir itulah hidangan mewah mereka malam ini dan diberikan pada tetamu dan orang utama dalam keluarga mereka. Pertama kali saya merasa nasi putih sejuk yang berkerak dengan kicap dan terasa sangat sedap. Sedap kerana keikhlasan wanita itu menerima saya sebagai tetamu.

Saya bersama dengan tuan rumah, wanita yang mempelwa saya tidur di rumahnya setelah saya diusir dari kedai makan laghman oleh polis. 


Ini pengalaman pertama kali saya di layan sebagai tetamu tak diundang. Waktu saya kayuh basikal di New Zealand saya tidak pernah mendapat layanan istimewa seperti ini. Selalunya saya request untuk tinggal di rumah mereka dan mereka sudah bersedia untuk menerima saya. Tetapi di sini mereka menerima saya dengan apa yang mereka ada. Malah tak meminta balasan. Saya jadi sangat terharu. Perasaan ini sangat sukar untuk digambarkan.

Sebelum tidur wanita itu membawa saya ke tandas rumahnya. Kebiasaan tandas di China lebih-lebih lagi di kawasan kampung hanya ada lubang yang digali dalam tanpa flush. Lepas membuang calit-calit. Tapi mujur wanita itu berikan saya jug air. Istinjak katanya sewaktu menyerahkan jug air itu pada saya.

Kami tidur di bilik berasingan daripada ahli keluarga lelaki. Wanita itu masih setia menemani saya. Dia tidur di sebelah saya sambil menerangkan yang dia sudah kunci pintu jadi tidak ada sesiapa yang akan masuk menceroboh.

Keesokan hari sebelum meninggalkan rumahnya dia membekalkan saya dengan beberapa biji walnut dan kurma kering. Sebagai tanda terima kasih saya berikan minyak angin tigerbam yang saya bawa padanya. Katanya dia selalu sakit belakang dan saya syorkan padanya untuk menggunakan tigerbam. Hati saya jadi sayu waktu meninggalkan rumahnya. Keluarga Uighur saya yang pertama. Saudara saya di bumi China. SubhanaAllah!

Hari kedua keadaan jalan makin mencabar. Beberapa km meninggalkan Tashken Milike keadaan jalan menjadi semakin teruk. Mula berbatu sehinggalan sudah tidak serupa jalan. Karakoram highway sedang di naik taraf. Ada jalan baru yang lebih baik kualitinya di sebelah jalan lama tapi amsih belum di buka untuk kegunaan kederaan. Baik untuk saya kerana beberapa section saya boleh menggunakan jalan ini tanpa perlu berkongsi dengan kereta, bus dan truck. 




Hujan mula turun renyai-renyai. Keadaan agak berkabus dan semakin masuk ke kawasan pergunungan. Kiri dan kanan jalan mula kelihatan gunung batu yang tinggi dan curam serta sunyai yang panjang. Saya jadi asyik dengan pemandangan gunung besar dan sungai yang tak berpenghujung sehingga terlupa saya semakin menambah elevation.





 Yang kiri tu jalan yang baru di buat tapi tidak di buka untuk kenderaan. yang kanan jalan yang sedia ada.

 Road G314 bukan hanya untuk truk, bas, kereta dan basikal malah kami berkongsi dengan unta juga. ish-ish mana pergi tuan unta ni.

Di penghujung hari saya berhenti di sebuah kedai runcit sekitar 2km sebelum pemeriksaan tentera. Saya bertanyakan pada wanita yang menjaga kedai runcit itu jika saya boleh bermalam di rumahnya. Dia hanya menggeleng kepala. Mungkin kerana keadaan rumah yang kecil dan dia tinggal dengan seorang anaknya membuatkan dia agak berat untuk menerima saya. Saya terus bertanya jika saya boleh berkhemah di belakang rumahnya lantas dia mengangguk. Gembira bukan kepalang saya. Tapi disebabkan hari masih cerah saya memutuskan untuk tidak memasang khemah dulu. Bimbang jika dilihat orang atau polis. Tidak mahu kejadian semalam berulang kembali. Sambil menunggu hari gelap saya bersiap-siap untuk memasak. Entah kenapa stove saya pula buat hal tak boleh nak menyala. Perempuan penjaga kedai datang dan hanya memerhati saya yang terkial-kial menghidupkan api. Dia masuk ke rumahnya kembali dan selang 5 minit dia datang dengan semangkuk laghman dan memberikan pada saya. Hampir menitis air mata saya, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya masa itu. Sudahlah lapar dan kesejukan dek hujan, tiba-tiba dihulurkan semangkuk laghman yang masih panas. Dia hanya tersenyum melihat saya makan dengan gelojohnya. 





Dari mana sebenarnya manusia ini datang? Dengan tak kenal  dan tanpa rasa syakwa sangka membenarkan saya memasang khemah di belakang rumahnya dan kemudian menjamu semangkuk laghman. Manusia atau malaikat? Atau saya yang hidup dalam zaman manusia tanpa hati perut jadi semua ini terasa sungguh asing pada saya?

Kata orang wilayah Xinjiang ni bahaya, jangan tidur di rumah orang Uighur bahaya, jangan travel sorang di wilayah ini bahaya. Tapi yang saya jumpa hanya kasih sayang.

Esoknya waktu keluar dari khemah langit sangat cerah dan biru. Kelihatan deretan snow cap mountain yang indah. Inspirasi! Inilah inspirasi saya. Keindahan alam dan gunung sentiasa memukau saya. 


Saya mengucapkan selamat tinggal dan terus menuju ke army post. Seperti biasa saya serahkan passport pada pegawai yang bertugas dan di sini lebih maju di mana passport saya hanya diimbas oleh sebuah machine. Meninggalkan post army dan melalui deretan kedai makan dan kedai buah. Ramai yang bertanyakan saya dari mana dan gembira melihat saya yang berbasikal di G314. Tapi kata mereka selepas ini lebih azab jalannya.






Memang azab, sudahlah mendaki, berdebu, berbatu dan tambah sakit hati dengan banyak truk besar yang datang dari semua arah dan memandu dengan gila. Perjalanan hari ke tiga memang azab. Hampir 30km section mendaki dan sangat azab kerana condition jalan yang tidak bagus dan agak curam. Tapi Alhamdulillah akhirnya azab berakhir apabila saya tiba di Bulunkule Lake. Keadaan jalan sangat baik dan kelihatan beberapa penduduk menjual hasil kraf di pinggir tasik. Kelihatan juga sekumpulan pelancung dari China yang sedang bergambar di pinggir tasik. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Saya perlu meneruskan kayuhan ke tasik Karakul. Di sana saya akan mendirikan khemah sambil menghadap Muztagh Ata. Keadaan jalan yang baik serta pemandangan yang cantik serta traffic yang kurang sibuk memudahkan kayuhan. Akhirnya saya sampai ke Karakul Lake (3600m). SubhanaAllah pemandangan memang indah. 



Karakul Lake agak touristic. Semua yang menghampiri saya bercerita tentang yurd mereka. Kadar satu malam tidur di yurd sekitar 50 yuan termasuk makan malam dan sarapan pagi. Arghh persetankan soal yurd saya lebih teruja nak pasang khemah secara terangan di sebelah Karakul Lake dan berhadapan dengan Mutagh Ata. Sebuah cerita epic yang akan saya ceritakan pada anak cucu saya nanti. 



 Wahai anak cucu lihat mak korang camping dekat sebelah Karakul Lake yang terletak pada ketinggian 3600m. Pasanglah impian wahai anak dan cucu, kemudian kejar lantas bersyukurlah.

Bila malam cuaca agak sejuk tapi Alhamdulillah sleeping bag saya rasanya sangat hangat. Stove saya masih tidak berkerjasama tapi mujur saya ada makanan kering yang sedia untuk dimakan. Saya tidur dengan sangat tenang malam itu. Basikal merah dan saya sudah mencapai kata sepakat esok kami akan kayuh melepasi high pass G314 dan kemudian downhill terus ke Taxkorgan. Tapi saya bercadang untuk berkhemah selepas high pass. 


 Keesokan hari dijemput sebah keluarga untuk bersarapan di rumah mereka. chai dengan susu dari yak. masin rasanya.

Kayuhan hari ke empat lebih indah. Saya berhenti rehat di sebuah kedai makan selepas Karakul lake. Kebanyakan penduduk di sini adalah berbangsa kyrgysztan. Kelihatan banyk yurt milik mereka dan semuanya beragama Islam. Seperti biasa mereka sangat teruja melihat saya berbasikal seorang diri dan tambah gembira kerana saya muslim.





Saya meninggalkan kedai makan dengan senyuman dan semangat untuk menawan high pass. Sepanjang kayuhan saya dihidangkan dengan pemandangan banjaran gunung dan mustagh ata yang semakin lama semakin dekat dan besar. Mustagh Ata dalam bahasa Uighur yang bermasuk ‘father ice mountain’ setinggi 7546m dan terletak di Tibetan plateau.

 Itu dia high pass. 6.5km dari sini anda mendaki dan kemudia tiba di puncak. nampak macam dekat.

 Dekat tapi jauh. dah sampai sana ingat peak rupanya disebalik tu masih berzig zag.

Dari kejauhan saya sudah dapat melihat high pass yang perlu saya tawan. Agak mental juga apabila saya boleh lihat jalan zig zag dan sangat tinggi untuk sampai ke atas. Saya memerhati beberapa lori kecil yang melepasi saya dan mula mendaki ke high pass. Lama saya melihat lori itu naik dan kemudian hilang di sebalik selekoh dan beberapa minit kemudian muncul kembali dan tersengguk-sengguk mendaki. Agak saya dalam 15 minit baru lori itu sampai ke puncak dan hilang dalam pandangan saya. Kalau lori amik masa 15 minute dengan kelajuan tersengguk-sengguk, saya mungkin satu atau dua jam. “Bertabahlah basikal merah!” bisik saya di dalam hati.

Saat mendaki high pass semuanya bergantung pada factor kecerunan dan permukaan jalan. Kalau kecerunan tidak terlalu tajam dan permukaan jalan baik agak mudah nak mengayuh. Saya gunakan gear paling rendah sambil memasang mp3 kuat-kuat. 


 Di hadapan terlihat Muztagh Ata. Indah tapi lelah saya mengayuh mendapatkannya. Melepasi slope pertama saya membelok ke slope kedua. Owh Tuhan mujurlah bila dah berada pada ketinggian 3000m dari paras laut ni cuaca sejuk aje walaupun matahari memancar gemilang. Lepas slope ke dua saya berhenti menarik nafas panjang. Minum air dan makan epal. Sesekali menjeling puncak mungkin puncak mungkin tidak. Inilah bala bila mendaki laluan zig zag semuanya kejutan, di sebalik sana mungkin downhill dan mungkin lebih setan bila rupanya masih perlu mendaki. 

Bila penat mengayuh saya berhenti dan mengambil gambar. Pemandangan cukup indah. Kalau slope terlalu tajam saya akan menolak basikal dengan beban hampir 20kg. siksa juga rasanya jiwa waktu ini. Tapi siksa inilah yang kita carikan?


 Minum teh di puncak. nikmat terbaik!


Akhirnya saya sampai ke high pass. Melihat kiri dan kanan jalan terbentang banjaran gunung. SubhanaAllah kecilnya saya dan besarnya ciptaanNyia. Saya duduk sambil menikmati teh panas. Waktu itu saya rasa puas. Basikal merah terbaring di sebelah. ‘we make it!’ getus saya. “kita Berjaya!” tiba-tiba saya menjerit dan terus tertawa. Ya Allah kita berjaya basikal merah (waktu taip ni saya tertawa dan masih lagi teringat bagaimana perasaannya waktu itu).

Minggu lepas saya rasa kecewa dan terasa macam nak campak basikal merah di mana-mana dan sambung journey hitch hike aje. Tapi setelah bersabar dan mendapat nasihat dari banyak orang saya dan basikal merah bersama mengayuh basikal di laluan ini. 3 hari kami mendaki dari kashgar hingga ke Karakul yang setinggi 3600m dari paras laut. Laluan debu dan berbatu, hujan turun, di halau polis, menagih tidur di rumah orang dan berkhemah di belakang kedai. We make it! Semuanya kerana usaha yang tak mengenal putus asa dan tawakal dan doa yang sentiasa. Kita mampu rupanya basikal merah asal sahaja kita tak berhenti mencuba. Dan asal sahaja kita terus percaya!





Di kanan saya banjaran gunung pamir di Tajikistan dan di kiri banjaran gunung, saya dan basikal merah meluncur turun dengan penuh rasa syukur. 60km downhill menuju ke Taxkorgan saya dan basikal merah kembali menjadi kawan baik. Kita akan bersama-sama meredah central asia ke Turkey!


Perjalanan di China – Bab 1 : Permulaan yang sukar.
Perjalanan di China – Bab 2: Mencari inspirasi yang hilang


39 comments :

  1. Plan asal nak ke Kyrgyzstan tak jadi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu for the next entry! Hehe ini cerita bulan september 2016

      Delete
  2. bestnyee...wlaupun seram.jgn berhenti bermimpi .

    ReplyDelete
  3. Nasib abang dah kawen ada anak. Maw idak abang sanggup benti reja p ligan hang dik wei. Teruih menulis lagi. Gambaq dan stori kembara paling mahai dok baca takat ni.

    ReplyDelete
  4. Fuhh..semangat kental! Sgt terhibur dan teruja membaca traveloq anda. Syabas!! Semoga impian utk meneroka alam ciptaan Allah ini akan tercapai dan dipermudahkan. Teruskan bercerita. Dan t/ksh sudi berkongsi pengalaman. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Tahniah & syabas anakku. Semoga Allah mengurniakan taufiq & hidayah dalam hidupmu...

    ReplyDelete
  6. satu cadangan, kalau ade mase tulis dwibahase... then u can share with the rest of the world~

    ReplyDelete
  7. Wow. Eh macam mana ambik gambar dari belakanh tu? Pacak tripod ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah ada org berenti time ni depa ajak selpie lepas tu mintak tolong depa snapkan

      Delete
  8. Violet biru: Tahniah. Jangan lupa. Balik Malaysia nanti tulis buku. Pengalaman kembara kau ini memang hebat. Saya nak beli dan baca buku anda.
    -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh doakan saya rajin update blog baru cerah masa depan nak tulis buku hehe

      Delete
  9. Violet biru: Tahniah. Jangan lupa. Balik Malaysia nanti tulis buku. Pengalaman kembara kau ini memang hebat. Saya nak beli dan baca buku anda.
    -

    ReplyDelete
  10. Cantik cantik semuanya... all the best violet biru

    ReplyDelete
  11. Well done & keep it up!!
    Teruskan berkongsi kerana anda sedang memberi inspirasi kpd ramai org..

    ReplyDelete
  12. Well done & keep it up!!
    Teruskan berkongsi kerana anda sedang memberi inspirasi kpd ramai org..

    ReplyDelete
  13. Perjalanan hidup yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Take care and be safe!

    ReplyDelete
  14. 2016 saya mengikut setia perjalanan seorang wanita bermotosikal secara solo mengelilingi dunia..2017 pula saya terpesona dgn kehebatan wanita Malaysia berbasikal pula..tahniah dan syabas..buat buku saya pasti beli..

    ReplyDelete
  15. Tahniah Vb!

    Pesanan untuk anak cucu tu memang win!
    Anak cucu mmg wajib kena respect dengan nenek nanti!

    ReplyDelete
  16. You go girl...please go as far as your heart desires ...may Allah bless you with the best of iman, good health, happiness and abundance of halal and barakah rezeki along your journey..aunty loves every single entry you made..take a very good care of yourself ya!!!

    ReplyDelete
  17. guna kamera apa?ada rakam video x?

    ReplyDelete