Saya meninggalkan Old Town
Kashgar Hostel dengan perasaan yang pasti. Saya pasti tujuan saya kali ini. Tujuan
saya hendak kayuh basikal ke Taxkorgan melalui highway 314. Highway yang
menyambungkan China dengan Pakistan. Jarak antara Kashgar dan Taxkorgan sekitar
300km. kalau diikut plan asal saya seperti yang dicadangkan oleh Mahazizi
adalah ambil bas dari Kashgar ke Taxkorgan dan kemudian kayuh basikal pulang ke
Kashgar. Kenapa? Sebab ianya lebih mudah, lebih banyak menurun daripada
mendaki.
Pagi itu saya ke bas station dan
apabila sampai di sana saya tidak dibenarkan naik oleh pemandu bas. Katanya tiada
ruang untuk basikal saya. Memang tak ada pun sebab bas dari Kashgar ke
Taxkorgan adalah bas yang kecil. Malas nak berbalah dengan pemandu bus saya pun
meninggakan bus station. Pilihan saya waktu itu sama ada meneruskan sahaja
kayuhan ke Taxkorgan atau pulang semula ke hostel.
Journey kali ini
melibatkan pemulihan mental saya. Kalau saya pulang ke hostel ternyata saya
menyerah kalah. Terus saya teringat sewaktu berlalu dari stesen bas sempat saya meluahkan rasa geram pada pemandu
bas dengan mengatakan saya akan kayuh sahaja basikal ke sana. Saya rasa lebih bersemangat waktu itu jadi saya terus mengambil keputusan untuk kayuh sahaja ke
Taxkorgan. Sya perlu hadapi cabaran pertama ini. Ianya penentu keseluruhan
journey saya di masa hadapan. Saya tak boleh manja!
Mujur stesen bas terletak sama
laluan dengan highway 314 jadi saya terus masuk ke highway 314. “The adventure
begin!” getus saya dalam hati.
“Everything that kills me, make
me feel alive.” Bait lirik lagu counting stars bergema dari mp3 saya.
Nampak tu Taxkorgan 278km sahaja. selamat mendaki!
Perjalanan hari pertama keluar
dari Kashgar menuju ke Tashen Milike sekitar 75km. kali ini saya lebih
berstartegik. Saya tak mahu pressure diri. Kayuhan hari pertama sepatutnya
kayuhan paling santai. Kayuhan motivasi. Laluan agak mendaki tetapi santai. Tidak
terasa sangat dan pemandangan di kiri dan kanan jalan adalah lebih hijau dengan
rumah dan ladang penduduk tempatan. Banyak kali motorsikal yang diubah suai
seperti lori kecil lalu disebelah saya dengan dipenuhi para petani di belakangnya.
Kadang-kadang melintas motor yang menarik penuh hasil tuaian dari ladang
mereka. Ada masa di bahu jalan terlihat segerombolan lembu yang sedang meragut
rumput. Ada beberapa kawasan ladang yang dipenuhi dengan pokok bunga matahari.
Inilah yang saya maksudkan dengan motorsikal yang diubah suai menjadi lori saiz kecil tu.
Saya berhenti minum pagi di
sebuah kedai. Hanya membeli air nescafe tin dari kedai dan kemudian makan
bekalan yang saya bawa. Roti nan disapu dengan jem coklat. Sedap!
Sempat juga saya berhenti di satu
gerai tepi jalan selepas pondok pemeriksaan polis. Saya hanya perlu menunjukkan passport saya
dan kemudian jalan. Sementara secara rawak beberapa kereta di minta berhenti
untuk diperiksa bonet mereka. Tuan kedai mempelawa saya tembikai yang baru
dibelahnya. Dengan cuasa yang panas tentu sahaja saya mengangguk dan 2 potong
juga saya bedal.
Komunikasi sangat terhad kerana
tuan kedai hanya pandai berbahasa Uighur ataupun cina. Kami hanya berbahasa
isyarat. Setelah mendapat rehat yang cukup saya menyambung kayuhan. Sedar tak sedar
sudah jam 4 petang dan saya mula mencari tempat yang sesuai untuk bermalam. Kata
Mahazizi saya mungkin boleh bermalam di kedai makan atau kedai buah asal sahaja
tuan kedai benarkan. Disebabkan perut saya masih belum diisi makanan berat maka
saya menuju ke gerai Laghman dalam deretan kedai di Tashken Milike. Setelah
selesai makan saya cuba-cuba bertanya pada tuan kedai jika saya boleh tidur di
situ untuk malam ini. Tuan kedai hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan ia
atau tidak. Kemudian si isteri datang dan memberikan saya bantal dan menyuruh
saya tidur di satu sudut. Saya jadi bingung sama ada saya boleh tumpang bermlam
di kedai mereka atau tidak. Beberapa pelanggan yang datang memerhati saya. Ada seorang
pak cik teruja apabila mengetahui yang saya muslim dan meminta saya membacakan
mana-mana surah yang saya tahu.
Seronok juga saya dapat bersantai
dengan sebiji bantal. Hampir jam 7 petang tiba-tiba seorang pegawai polis
datang. Tuan kedai menerangkan pada polis yang saya tourist dari Malaysia dan
dalam perjalanan ke Taxkorgan dan hendak bermalam di kedainya. Polis meminta
saya menunjukkan passport dan membelek-belek visa Iran saya. Mungkin kerana
pada visa Iran ada tulisan jawi yang sama diguna pakai di wilayah Xinjiang ini.
Lepas 10 minit polis meminta saya meninggalkan kedai laghman itu. Saya jadi
terpinga dan tertanya-tanya. Tuan kedai berkali-kali meminta maaf kepada saya
bahawa dia tidak dapat membenarkan saya tidur di kedainya tanpa izin dari pihak
polis. Adalah menjadi satu kesalahan pada mereka jika menerima tetamu asing di
rumah kediaman mereka. Waktu itu hari sudah semakin gelap, saya jadi geram
pulak dengan polis kerana tak memikirkan keselamatan saya waktu itu. Sempat saya
bertanya kepada polis terbabit ke mana saya harus pergi. Katanya pulang sahaja
ke Kashgar.
Saya meninggakkan kedai makan
laghman dengan perasaan hampa dan belajar sesuatu. Saya meneruskan kayuhan ke arah Taxkorgan sambil mencari-cari kawasan yang tersorok untuk mendirikan
khemah. Kebanyakan kawasan di kiri dan kanan jalan adalah kebun orang. Saya melihat
ada wanita yang duduk bersantai di luar jalan lantas saya bertanya jika ada
guest house tapi mereka hanya menggeleng. Kemudian saya bertanya lagi jika saya
boleh mendirikan khemah di halaman mereka. Mereka masih menggeleng. Kecewa.
Saya meneruskan kayuhan dan
tiba-tiba saya melihat seorang wanita sedang menghalau lembu dengan motorsikal
skuternya. Saya berhenti dan menunggu dia menghampiri saya. Sampai aje saya
terus menahan dan menunjukkan isyarat tidur padanya. Beliau tersenyum dan
menyuruh saya mengikutnya pulang ke rumah. Alhamdulillah ada juga yang sudi
mengambil saya. Rumahnya terletak di hujung lorong. Waktu tu saya tak
fikir apa hanya bertawakal sahaja.
Rumahnya berpagar dinding tanah. Yang
membuka pintu adalah anak lelakinya. Dia membantu meletakkan basikal saya di
dinding rumah. Agak selamat dan pintu di kunci. Saya di jemput masuk ke dalam
satu kawasan luas di dalam rumah. Ruang ini rasanya seperti ruang tamu. Tidak ada
perabot yang ada cuma tilam kapas yang dijahit dengan kain perca yang terusun
di hujung ruang. Ruang ini agak tinggi dari lantai yang berpasir. Ruang ini di
lapik dengan hamparan karpet berwarna merah yang cantik.
Wanita itu membawa jug berisi air
suam dan menyuruh saya membasuh tangan dan muka, saya tidak faham maksudnya
jadi saya hanya membasuh tangan. Selepas itu beliau mengambil jug itu dan mula
berwuduk. Seorang lelaki yang sebaya dengan wanita masuk dan terus ke ruang
tengah di ikuti anak lelakinya. Wanita itu juga mengikut sama. Rupanya mereka
sudah bersedia untuk solat Maghrib. Barulah saya faham rupanya jug air tadi
untuk saya mengambil wuduq. Cepat-cepat saya mengambil wuduq dan bersama
keluarga ini untuk solat maghrib secara berjemaah.solat jemaah saya yang bertama di bumi China.
Selepas solat wanita itu
menghidangkan buah tembikai susu pada saya. Serius sangat sedap dan sangat juicy. Saya
mengawal diri agar tak habiskan sebiji tembikai tu. Seorang wanita muda dengan
bayi lelaki datang. Rupanya wanita muda ini isteri pada anak lelaki wanita itu. Dalam komunikasi yang terhad saya dan keluarga wanita itu berbual bagai
ayam dengan itik. Seperti biasa saya di minta untuk membacakan apa-apa surah
yang saya tahu dan mereka sangat gembira mendengarnya. Terasa persaudaraan itu.
Mungkin jarang mereka berjumpa dengan orang luar lebih-lebih lagi yang beragama
islam.
Wanita itu kemudian menghidangkan
nasi putih dengan kicap pada saya dan suaminya. Saya fikir itulah hidangan
mewah mereka malam ini dan diberikan pada tetamu dan orang utama dalam keluarga
mereka. Pertama kali saya merasa nasi putih sejuk yang berkerak dengan kicap dan terasa
sangat sedap. Sedap kerana keikhlasan wanita itu menerima saya sebagai tetamu.
Saya bersama dengan tuan rumah, wanita yang mempelwa saya tidur di rumahnya setelah saya diusir dari kedai makan laghman oleh polis.
Ini pengalaman pertama kali saya
di layan sebagai tetamu tak diundang. Waktu saya kayuh basikal di New Zealand
saya tidak pernah mendapat layanan istimewa seperti ini. Selalunya saya request untuk
tinggal di rumah mereka dan mereka sudah bersedia untuk menerima saya. Tetapi di sini mereka menerima saya dengan apa yang mereka ada. Malah tak
meminta balasan. Saya jadi sangat terharu. Perasaan ini sangat sukar untuk
digambarkan.
Sebelum tidur wanita itu membawa
saya ke tandas rumahnya. Kebiasaan tandas di China lebih-lebih lagi di kawasan
kampung hanya ada lubang yang digali dalam tanpa flush. Lepas membuang calit-calit. Tapi mujur
wanita itu berikan saya jug air. Istinjak katanya sewaktu menyerahkan jug air
itu pada saya.
Kami tidur di bilik berasingan
daripada ahli keluarga lelaki. Wanita itu masih setia menemani saya. Dia tidur
di sebelah saya sambil menerangkan yang dia sudah kunci pintu jadi tidak ada
sesiapa yang akan masuk menceroboh.
Keesokan hari sebelum
meninggalkan rumahnya dia membekalkan saya dengan beberapa biji walnut
dan kurma kering. Sebagai tanda terima kasih saya berikan minyak angin tigerbam yang saya bawa padanya. Katanya dia selalu sakit belakang dan saya syorkan
padanya untuk menggunakan tigerbam. Hati saya jadi sayu waktu meninggalkan
rumahnya. Keluarga Uighur saya yang pertama. Saudara saya di bumi China.
SubhanaAllah!
Hari kedua keadaan jalan makin
mencabar. Beberapa km meninggalkan Tashken Milike keadaan jalan menjadi semakin
teruk. Mula berbatu sehinggalan sudah tidak serupa jalan. Karakoram highway
sedang di naik taraf. Ada jalan baru yang lebih baik kualitinya di sebelah
jalan lama tapi amsih belum di buka untuk kegunaan kederaan. Baik untuk saya
kerana beberapa section saya boleh menggunakan jalan ini tanpa perlu berkongsi
dengan kereta, bus dan truck.
Hujan mula turun
renyai-renyai. Keadaan agak berkabus dan semakin masuk ke kawasan pergunungan. Kiri
dan kanan jalan mula kelihatan gunung batu yang tinggi dan curam serta sunyai
yang panjang. Saya jadi asyik dengan pemandangan gunung besar dan sungai yang
tak berpenghujung sehingga terlupa saya semakin menambah elevation.
Yang kiri tu jalan yang baru di buat tapi tidak di buka untuk kenderaan. yang kanan jalan yang sedia ada.
Road G314 bukan hanya untuk truk, bas, kereta dan basikal malah kami berkongsi dengan unta juga. ish-ish mana pergi tuan unta ni.
Di penghujung hari saya berhenti
di sebuah kedai runcit sekitar 2km sebelum pemeriksaan tentera. Saya bertanyakan
pada wanita yang menjaga kedai runcit itu jika saya boleh bermalam di rumahnya.
Dia hanya menggeleng kepala. Mungkin kerana keadaan rumah yang kecil dan
dia tinggal dengan seorang anaknya membuatkan dia agak berat untuk menerima
saya. Saya terus bertanya jika saya boleh berkhemah di belakang rumahnya lantas
dia mengangguk. Gembira bukan kepalang saya. Tapi disebabkan hari masih cerah
saya memutuskan untuk tidak memasang khemah dulu. Bimbang jika dilihat orang
atau polis. Tidak mahu kejadian semalam berulang kembali. Sambil menunggu hari
gelap saya bersiap-siap untuk memasak. Entah kenapa stove saya pula buat hal
tak boleh nak menyala. Perempuan penjaga kedai datang dan hanya memerhati saya
yang terkial-kial menghidupkan api. Dia masuk ke rumahnya kembali dan selang 5
minit dia datang dengan semangkuk laghman dan memberikan pada saya. Hampir menitis
air mata saya, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya masa itu. Sudahlah lapar
dan kesejukan dek hujan, tiba-tiba dihulurkan semangkuk laghman yang masih
panas. Dia hanya tersenyum melihat saya makan dengan gelojohnya.
Dari mana sebenarnya manusia ini
datang? Dengan tak kenal dan tanpa rasa syakwa sangka membenarkan saya memasang
khemah di belakang rumahnya dan kemudian menjamu semangkuk laghman. Manusia atau
malaikat? Atau saya yang hidup dalam zaman manusia tanpa hati perut jadi semua
ini terasa sungguh asing pada saya?
Kata orang wilayah Xinjiang ni
bahaya, jangan tidur di rumah orang Uighur bahaya, jangan travel sorang di
wilayah ini bahaya. Tapi yang saya jumpa hanya kasih sayang.
Esoknya waktu keluar dari khemah
langit sangat cerah dan biru. Kelihatan deretan snow cap mountain yang indah. Inspirasi!
Inilah inspirasi saya. Keindahan alam dan gunung sentiasa memukau saya.
Saya mengucapkan selamat tinggal
dan terus menuju ke army post. Seperti biasa saya serahkan passport pada
pegawai yang bertugas dan di sini lebih maju di mana passport saya hanya diimbas oleh sebuah machine. Meninggalkan post army dan melalui deretan kedai
makan dan kedai buah. Ramai yang bertanyakan saya dari mana dan gembira melihat
saya yang berbasikal di G314. Tapi kata mereka selepas ini lebih azab jalannya.
Memang azab, sudahlah mendaki,
berdebu, berbatu dan tambah sakit hati dengan banyak truk besar yang datang
dari semua arah dan memandu dengan gila. Perjalanan hari ke tiga memang azab. Hampir
30km section mendaki dan sangat azab kerana condition jalan yang tidak bagus
dan agak curam. Tapi Alhamdulillah akhirnya azab berakhir apabila saya tiba di Bulunkule Lake. Keadaan jalan sangat baik dan kelihatan beberapa penduduk menjual
hasil kraf di pinggir tasik. Kelihatan juga sekumpulan pelancung dari China yang
sedang bergambar di pinggir tasik. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Saya perlu
meneruskan kayuhan ke tasik Karakul. Di sana saya akan mendirikan khemah sambil
menghadap Muztagh Ata. Keadaan jalan yang baik serta pemandangan yang cantik
serta traffic yang kurang sibuk memudahkan kayuhan. Akhirnya saya sampai ke
Karakul Lake (3600m). SubhanaAllah pemandangan memang indah.
Karakul Lake agak touristic. Semua
yang menghampiri saya bercerita tentang yurd mereka. Kadar satu malam tidur di
yurd sekitar 50 yuan termasuk makan malam dan sarapan pagi. Arghh persetankan
soal yurd saya lebih teruja nak pasang khemah secara terangan di sebelah
Karakul Lake dan berhadapan dengan Mutagh Ata. Sebuah cerita epic yang akan
saya ceritakan pada anak cucu saya nanti.
Wahai anak cucu lihat mak korang camping dekat sebelah Karakul Lake yang terletak pada ketinggian 3600m. Pasanglah impian wahai anak dan cucu, kemudian kejar lantas bersyukurlah.
Bila malam cuaca agak sejuk tapi Alhamdulillah
sleeping bag saya rasanya sangat hangat. Stove saya masih tidak berkerjasama
tapi mujur saya ada makanan kering yang sedia untuk dimakan. Saya tidur dengan
sangat tenang malam itu. Basikal merah dan saya sudah mencapai kata sepakat
esok kami akan kayuh melepasi high pass G314 dan kemudian downhill
terus ke Taxkorgan. Tapi saya bercadang untuk berkhemah selepas high pass.
Keesokan hari dijemput sebah keluarga untuk bersarapan di rumah mereka. chai dengan susu dari yak. masin rasanya.
Kayuhan hari ke empat lebih
indah. Saya berhenti rehat di sebuah kedai makan selepas Karakul lake. Kebanyakan
penduduk di sini adalah berbangsa kyrgysztan. Kelihatan banyk yurt milik mereka
dan semuanya beragama Islam. Seperti biasa mereka sangat teruja melihat saya
berbasikal seorang diri dan tambah gembira kerana saya muslim.
Saya meninggalkan kedai makan dengan senyuman dan semangat untuk menawan high pass. Sepanjang kayuhan
saya dihidangkan dengan pemandangan banjaran gunung dan mustagh ata yang
semakin lama semakin dekat dan besar. Mustagh Ata dalam bahasa Uighur yang
bermasuk ‘father ice mountain’ setinggi 7546m dan terletak di Tibetan plateau.
Itu dia high pass. 6.5km dari sini anda mendaki dan kemudia tiba di puncak. nampak macam dekat.
Dekat tapi jauh. dah sampai sana ingat peak rupanya disebalik tu masih berzig zag.
Dari kejauhan saya sudah dapat
melihat high pass yang perlu saya tawan. Agak mental juga apabila saya boleh
lihat jalan zig zag dan sangat tinggi untuk sampai ke atas. Saya memerhati
beberapa lori kecil yang melepasi saya dan mula mendaki ke high pass. Lama saya
melihat lori itu naik dan kemudian hilang di sebalik selekoh dan beberapa minit
kemudian muncul kembali dan tersengguk-sengguk mendaki. Agak saya dalam 15
minit baru lori itu sampai ke puncak dan hilang dalam pandangan saya. Kalau lori
amik masa 15 minute dengan kelajuan tersengguk-sengguk, saya mungkin satu
atau dua jam. “Bertabahlah basikal merah!” bisik saya di dalam hati.
Saat mendaki high pass semuanya bergantung pada factor kecerunan dan permukaan jalan. Kalau kecerunan
tidak terlalu tajam dan permukaan jalan baik agak mudah nak mengayuh. Saya gunakan
gear paling rendah sambil memasang mp3 kuat-kuat.
Di hadapan terlihat Muztagh Ata. Indah
tapi lelah saya mengayuh mendapatkannya. Melepasi slope pertama saya membelok
ke slope kedua. Owh Tuhan mujurlah bila dah berada pada ketinggian 3000m dari
paras laut ni cuaca sejuk aje walaupun matahari memancar gemilang. Lepas slope
ke dua saya berhenti menarik nafas panjang. Minum air dan makan epal. Sesekali menjeling
puncak mungkin puncak mungkin tidak. Inilah bala bila mendaki laluan zig zag
semuanya kejutan, di sebalik sana mungkin downhill dan mungkin lebih setan bila
rupanya masih perlu mendaki.
Bila penat mengayuh saya berhenti
dan mengambil gambar. Pemandangan cukup indah. Kalau slope terlalu tajam saya
akan menolak basikal dengan beban hampir 20kg. siksa juga rasanya jiwa waktu
ini. Tapi siksa inilah yang kita carikan?
Minum teh di puncak. nikmat terbaik!
Akhirnya saya sampai ke high
pass. Melihat kiri dan kanan jalan terbentang banjaran gunung. SubhanaAllah kecilnya saya dan besarnya ciptaanNyia. Saya duduk sambil
menikmati teh panas. Waktu itu saya rasa puas. Basikal merah terbaring di
sebelah. ‘we make it!’ getus saya. “kita Berjaya!” tiba-tiba saya menjerit dan
terus tertawa. Ya Allah kita berjaya basikal merah (waktu taip ni saya tertawa dan masih lagi teringat bagaimana perasaannya waktu itu).
Minggu lepas saya rasa
kecewa dan terasa macam nak campak basikal merah di mana-mana dan sambung
journey hitch hike aje. Tapi setelah bersabar dan mendapat nasihat dari banyak
orang saya dan basikal merah bersama mengayuh basikal di laluan ini. 3 hari
kami mendaki dari kashgar hingga ke Karakul yang setinggi 3600m dari paras laut.
Laluan debu dan berbatu, hujan turun, di halau polis, menagih tidur di rumah
orang dan berkhemah di belakang kedai. We make it! Semuanya kerana usaha yang
tak mengenal putus asa dan tawakal dan doa yang sentiasa. Kita mampu
rupanya basikal merah asal sahaja kita tak berhenti mencuba. Dan asal sahaja
kita terus percaya!
Di kanan saya banjaran gunung
pamir di Tajikistan dan di kiri banjaran gunung, saya dan basikal merah meluncur
turun dengan penuh rasa syukur. 60km downhill menuju ke Taxkorgan saya dan
basikal merah kembali menjadi kawan baik. Kita akan bersama-sama meredah central
asia ke Turkey!
Perjalanan di China – Bab 1 : Permulaan yang sukar.
Perjalanan di China – Bab 2: Mencari inspirasi yang hilang
Perjalanan di China – Bab 1 : Permulaan yang sukar.
Perjalanan di China – Bab 2: Mencari inspirasi yang hilang
Plan asal nak ke Kyrgyzstan tak jadi ke?
ReplyDeleteTunggu for the next entry! Hehe ini cerita bulan september 2016
Deletebestnyee...wlaupun seram.jgn berhenti bermimpi .
ReplyDeletehahah seram menda pulak
DeleteNasib abang dah kawen ada anak. Maw idak abang sanggup benti reja p ligan hang dik wei. Teruih menulis lagi. Gambaq dan stori kembara paling mahai dok baca takat ni.
ReplyDeletebawak anak isteri berkayuh bang!
Deletethanks for reading!
ReplyDeleteFuhh..semangat kental! Sgt terhibur dan teruja membaca traveloq anda. Syabas!! Semoga impian utk meneroka alam ciptaan Allah ini akan tercapai dan dipermudahkan. Teruskan bercerita. Dan t/ksh sudi berkongsi pengalaman. Keep it up!
ReplyDeleteAmin! Mohon doanya 😊
DeleteTahniah & syabas anakku. Semoga Allah mengurniakan taufiq & hidayah dalam hidupmu...
ReplyDeleteAmin! Terima kasih!
Deletesatu cadangan, kalau ade mase tulis dwibahase... then u can share with the rest of the world~
ReplyDeleteThanks bro!
DeleteOh my english!
wah impressive !
ReplyDeleteThanks for visit!
DeleteBessttt...
ReplyDeleteThanks!
DeleteWow. Eh macam mana ambik gambar dari belakanh tu? Pacak tripod ke?
ReplyDeleteHahah ada org berenti time ni depa ajak selpie lepas tu mintak tolong depa snapkan
DeleteInspiring...syabas
ReplyDelete✌✌✌
ReplyDelete👍
DeleteTerbaik....kipidap.
ReplyDeleteThanks!
DeleteViolet biru: Tahniah. Jangan lupa. Balik Malaysia nanti tulis buku. Pengalaman kembara kau ini memang hebat. Saya nak beli dan baca buku anda.
ReplyDelete-
Fuhh doakan saya rajin update blog baru cerah masa depan nak tulis buku hehe
DeleteViolet biru: Tahniah. Jangan lupa. Balik Malaysia nanti tulis buku. Pengalaman kembara kau ini memang hebat. Saya nak beli dan baca buku anda.
ReplyDelete-
Cantik cantik semuanya... all the best violet biru
ReplyDeleteThanks!
DeleteWell done & keep it up!!
ReplyDeleteTeruskan berkongsi kerana anda sedang memberi inspirasi kpd ramai org..
Thanks! InsyaAllah. Mohon doanya!
DeleteWell done & keep it up!!
ReplyDeleteTeruskan berkongsi kerana anda sedang memberi inspirasi kpd ramai org..
Perjalanan hidup yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Take care and be safe!
ReplyDelete2016 saya mengikut setia perjalanan seorang wanita bermotosikal secara solo mengelilingi dunia..2017 pula saya terpesona dgn kehebatan wanita Malaysia berbasikal pula..tahniah dan syabas..buat buku saya pasti beli..
ReplyDeleteTahniah Vb!
ReplyDeletePesanan untuk anak cucu tu memang win!
Anak cucu mmg wajib kena respect dengan nenek nanti!
You go girl...please go as far as your heart desires ...may Allah bless you with the best of iman, good health, happiness and abundance of halal and barakah rezeki along your journey..aunty loves every single entry you made..take a very good care of yourself ya!!!
ReplyDeletekamu keren vb, good luck..
ReplyDeleteguna kamera apa?ada rakam video x?
ReplyDeleteBest giler VB.....
ReplyDelete