Kalau ikut kata Geert, dari Sary
Tash hendak ke Lenin Peak base camp saya harus ke Sari Mongol dahulu. Kalau merujuk
pada map jarak dari Sary Tash ke Sary Mongol sekitar 33km. kalau tengok dari
segi elevation mendatar sahaja, tidak ada mendaki. Dan untuk ke Lenin Peak nanti dari
Sary Mongol saya perlu detour ke satu jalan kampung menuju ke sana. Macam mana
jalan kampung tu saya pun tak pasti. Tak pa nanti dah sampai sana pandailah
saya bertanya.
Pagi itu saya bersarapan dengan
couple cyclist dari France yang sudah
bersiap-siap hendak ke Pamir Highway. Ya Sary Tash adalah pit stop pada
cyclist yang datang atau pergi ke Pamir Highway. Di pekan inilah talian hayat
terakhir untuk mendapatkan stock makanan sebelum ke Pamir highway. Next town
selepas Sary Tash adalah Karakul dan kemudian Murgab.
Untuk follow journey mereka boleh lawat website mereka Karoutcho
Disebabkan saya masih punya
banyak bekalan makanan jadi saya tidak top up sebarang stock makanan. Selepas bergambar
dan saling mengucapkan selamat Berjaya kami meneruskan kayuhan ke arah destinasi masing-masing. Pemandangan hari
itu sangat cantik. Langit sangat cerah dan dari jauh kami dapat melihat deretan
banjaran gunung Pamir. Sungguh saya sendiri rasa teruja untuk couple cyclist
yang akan berkayuh ke Pamir Highway.
Kami berpisah di sini, untuk ke Pamir highway perlu belok ke kiri manakala untuk ke Sary Mongol belok ke kanan.
Couple cyclist dari France berkayuh menuju ke Pamir Highway.
Perjalanan saya ke Sari mongol
dihiasi dengan pemandangan banjaran gunung pamir di sebelah kiri dan deretan
gunung dan rumah ladang penduduk Kyrgyzstan di sebelah kanan. Sesekali segerombolan
lembu dan kambing melintas jalan dan beberapa ekor anjing yang bertindak
sebagai pengawal menyalak pada saya. Mujur anjing hanya memberi provokasi dan
saya nampak lebih rileks. Traffic sangat tenang, hanya beberapa kenderaan
penduduk tempatan dan “marshutka” atau mini van lalu lalang melepasi saya.
Pemandangan sangat memukau jiwa. Tambah
seronok bila lihat beberapa pengembala lembu sedang mengawal lembu mereka
sambil menunggang keldai. Sekumpulan kuda sedang memagut rumput di tengah
padang berlatar belakang snow cap mountain. Sesekali angin menderu dari arah
hadapan tapi tidak terlalu kuat. Dan seperti biasa banyak hon dari pemandu
kereta tanda memberi semangat. Saya hanya mengangkat tangan dan tersengih-sengih.
Sewaktu menuju ke Sary Mongol
saya melalui beberapa kampung kecik yang terletak di sebalah kanan jalan. Suasana
kelihatan sunyi kerana populasi yang kecil, hanya sesekali saya melihat kelibat
manusia yang sedang membasuh pakaian atau bercucuk tanam di belakang rumah.
Kebanyakan papan tanda di tulis
dalam tulisan Cyrillic tetapi terdapat terjemahan dalam tulisan latin di
bahagian bawah. Secara tidak langsung saya dapat belajar tulisan Cyrillic. Kebanyakan
penduduk Kyrgystan bertutur dalam bahasa Kyrgyzs dan Rusia.
Sampai di Sari Mongol bangunan
pertama yang saya lihat ialah sebuah masjid hijau. Ya majority penduduk
Kyrgyzstan beragama Islam Sunni. Masjid kelihatan sangat gah dengan latar
belakang gunung di belakangnya. Saya mencari-cari papan tanda arah untuk ke Lenin
Peak tapi tidak berjumpa. Apabila melihat beberapa orang muda yang baru turun
dari masrtshutka cepat saya mendapatkan mereka dan bertanyakan tentang Lenin
Peak. Tapi kebanyakan mereka menunjukkan muka ‘blur’. Sama ada tidak faham
dengan pertanyaan saya atau memang tidak tahu akan kewujudan Lenin Peak.
Kemudian saya bertanyakan pula
tentang ‘magazine’ atau kedai runcit. Selalunya orang dekat magazine ni mesti
tau tempat-tempat pelancongan ni. Mujurlah mereka faham apa yang saya tanya dan
menunjukkan ke arah satu lorong yang agak besar dan utama di kampung itu. Sampai
di kedai semua penduduk kampung yang sedang bersantai di luar rumah terkejut
melihat saya dengan basikal merah. Saya hanya membuat muka selamba, bila travel
dengan basikal inilah pandangan yang saya selalu terima. Mula-mula dulu terasa
malu juga tapi bila dah lama-lama rasa macam biasa.
Perempuan yang menjaga kedai
runcit juga nampak ‘blur’ bila saya tanyakan tentang Lenin Peak. “sudah!” getus
saya dalam hati. Tapi kalau merujuk pada map memang ada jalan menuju ke Lenin
Peak base camp. Saya keluar dari kedai dan terus mengayuh basikal menuju ke
hujung kampung. Jalan terus menuju ke arah gunung. Sampai di hujung rupanya ada
sungai, sah-sah saya memang tak boleh cross sungai tu dengan basikal. Tiba-tiba
saya mendengar bunyi enjin dari seberang sungai. Detik hati saya mungkin mereka
juga akan ke Lenin Peak. Saya bertanya pada orang kampung yang sedang bercucuk
tanam di luar rumah macam mana saya hendak ke seberang sungai. Mereka menunjukkan
jalan di sebelah kanan yang katanya ada jambatan untuk ke seberang. Saya hanya
mengikut. Waktu masih awal sekitar jam 12 tengah hari jadi saya masih rileks
dan tidak terasa gelabah. Lagipun saya ada tent mana-mana saya boleh camping.
Sampai di satu simpang memang
betul ada jambatan untuk ke seberang. Tapi saya rasa ragu-ragu adakah jalan
yang saya nak pergi ni betul ke Lenin Peak Base Camp. Tiba-tiba saya mendapat
idea untuk bercamping sahaja di tepi sungai yang menghadap banjaran gunung. Rancang
saya esok sahaja saya ke base camp lagipun jaraknya dari tempat saya berada
waktu itu sekitar 25km.
Dalam saya berkira-kira untuk
camping tiba-tiba saya terlihat bayang-bayang 2 orang cyclist di kejauhan yang
semakin mendekat. Rupanya mereka couple cyclist dari Poland yang baru sahaja
keluar dari Lenin Peak. 2 malam mereka di sana dan esok mereka akan ke Pamir
Highway. Teruja melihat mereka saya menanyakan macam mana hendak ke Lenin Peak
Base Camp. Kata mereka kayuh sahaja sekitar 25km gravel road akan tiba ke base
camp. Disebabkan jam baru menunjukkan waktu 1pm mereka mencadangkan saya agar
kayuh terus ke sana kerana camping di sana lebih baik kata mereka berbanding di
tempat saya sekarang ini. Lagipun saya punya banyak masa lagi sebelum hari
malam.
Dan tanpa berfikir panjang saya
pun meneruskan kayuhan ke Lenin Peak Base Camp yang berjarak sekitar 25km.
Saya hanya mengikut jalan berbatu
dan di sekitar saya padang rumput yang menguning dan di hadapan saya banjaran
gunung diliputi salji. Terasa sungguh gah di sana dan memanggil-manggil saya
untuk datang ke ribaan mereka. Sampai di satu simpang terdapat dua jalan sat
uterus ke depan dan satu lagi melencong ke kiri. Saya melihat keadaan jalan
keduanya nampak besar dan masih baru. Tiba-tiba saya jadi keliru, harus terus
atau belok ke kiri. Dan entah kenapa tiba-tiba saya yakin membelok ke kiri. Saya
terlupa kata-kata couple cyclist dari Poland yang saya hanya perlu kayuh terus
25km ke arah gunung.
Sary mongol yang di tinggalkan jauh di belakang.
Jalan yang tadi lebar mula mengecil
dan mula memanjat bukit dan turun bukit. Tiba-tiba banjaran gunung semakin jauh
dari saya dan saya seolah-olah membuat satu pusingan untuk melepasi bukit besar
di hadapan. Saya menyemak gps pada aplikasi maps.me dan landmark Lenin Peak
base camp kelihatan menjauh dari kordinat saya berada seakarang. Saya menoleh
ke belakang dan melihat Sary Mongol dan sungai yangs saya cross semakin menjauh.
Sudah lebih 2 jam saya mengayuh basikal dan saya tiba-tiba menyedari yang saya
semakin jauh dari arah tujuan saya. Tiba-tiba saya terasa besarnya Kyrgystan
dan kecilnya saya. Saya mula terasa yang
saya sudah sesat tetapi saya tidak mahu mengakuinya. Entah dari mana datang
kekuatan dan keberanian saya hanya terus mengayuh ke hadapan. Seolah percaya di
hadapan sana adalah Lenin Peak.
Saya melepasi beberapa rumah
ladang yang sunyi, diluar rumah ada beberapa ekor anjing yang berkeliaran. Saya
hanya memandang dengan rasa sangat penat pada anjing itu dan berharap mereka
tidak akan menyalak pada saya. Saya sungguh penat dan sangat keliru waktu ini. Mujur
anjing itu hanya memerhati dari jauh dan kemudian berlalu pergi.
Waktu saya berada dalam kesunyian
trek tiba-tiba saya nampak 2 ekor keldai datang dari arah hadapan menghampiri
saya. Seekor ditunggangi oleh seorang lelaki. Dia berhenti dan menghulurkan
tangan untuk bersalam. Saya bertanyakan tentang Lenin peak Base Camp, dan dia
hanya terpinga-pinga sambil mengerut dahi. Kemudian saya katakana saya tourist,
moga-moga dia faham saya hendak ke attraction area di situ iaitu Lenin Peak base
camp. Dia hanya mengangguk dan kemudian mempelawa saya datang ke rumahnya yang
terletak di arah berlainan. Saya menolak dengan baik, saya katakan padanya
yang saya akan terus ke base camp. Selepas mengucapkan terima kasih dia
meninggalkan saya yang masih lagi memandang dia dengan penuh keliru. “Di mana
saya?” getus saya dalam hati. Saya mula merasa stress dan pada masa yang sama
saya tidak mahu berhenti. Kalau mengikut GPS saya hanya 6km dari base camp, tapi
itu kalau meredah bukit tanpa mengikut jalan utama. Saya keliru!
Saya terus mengayuh ke hadapan,
walaupun ada rasa mahu berpatah balik tapi setiap kali menoleh ke belakang saya jadi degil untuk berpatah balik. Jika saya berpatah balik saya
tahu saya akan pulang ke Sary Mongol dan kemudian akan ke Sary Tash dan
melupakan Lenin Peak. Saya harus mencari jalan ke sana!
Akhirnya hampir 3 jam juga saya
kayuh dan menolak basikal, saya mengambil keputusan untuk membuat route saya sendiri
dan mengabaikan road yang sedia ada. Naik turun bukit dan keadaan jalan semakin
berpasir dan agak sukar untuk mengayuh. Sudahnya saya menolak basikal yang
berat hampir 40kg. hari semakin gelap dan saya semakin penat. Keadaan semakin
sejuk dan di hujung horizon saya mula melihat awan gelap datang berarak.
Saya tak mungkin akan sampai ke
Lenin Peak hari ini. Jadi di tengah bukit dan di keliling banjaran gunung saya
berhenti dan mengambil keputusan untuk mendirikan khemah. Saya terlalu kusut
dan saya harus berhenti dan merangka plan yang lebih baik. Saya perlu bertenang, keadaan akan
bertambah buruk jika saya meneruskan perjalanan.
Selepas mendirikan khemah dan
menunggu air masak saya duduk di pintu khemah sambil merenung kosong ke luar. Semuanya
terasa sunyi waktu itu dan perlahan-lahan saya di datangi rasa lonely yang
menggila. Ada air mata hendak jatuh tapi saya tahan. Saya mengambil buku nota
dan menulis bait-bait perasaan. Hanya Tuhan yang tau perasaan saya waktu itu. Sekali lagi saya
rasa tewas dan akhirnya saya rasa takut. Ternyata saya masih manusia biasa yang
lemah.
Dan tiba-tiba saya didatangi satu soalan untuk apa saya lakukan kerja gila ini? kenapa saya beriya nak berbasikal di sini? saya hanya hendak lihat dunia, saya mahu dekat dengan alam. argh sejak bila semua perkara perlukan alasan atau sebab. Saya lakukan kerana saya mahu itu sahaja.
Dan tiba-tiba saya didatangi satu soalan untuk apa saya lakukan kerja gila ini? kenapa saya beriya nak berbasikal di sini? saya hanya hendak lihat dunia, saya mahu dekat dengan alam. argh sejak bila semua perkara perlukan alasan atau sebab. Saya lakukan kerana saya mahu itu sahaja.
Malam itu waktu tidur angin bertiup
sangat kuat dan sesekali terdengar rintik hujan jatuh membasahi khemah. Saya hanya
memejam mata dan berharap esok semuanya akan bermula dengan lebih baik. Hari
ini saya gagal dan saya menerima dengan adanya. Tidak mengapa untuk gagal hari ini, tapi hari esok adalah hari untuk menebusnya kembali.
Memang terbaik VBru...semoga lancar semuanya
ReplyDeleteamin! terima kasih kerana sudi membaca!
DeleteKental ko perempuan...
ReplyDeletehahah terpaksalah kental dah dekat sana sorang2..
Deletebila tengok fb of blog VB aku selalu berkata dalam hati.. "memang buat kerja giler kor ni.... " . :-) terus terang aku sendiri tak berani walau pun berdua dengan kawan.. hu hu hu.. terbaik VB.. Semoga semua berjalan lancar...
ReplyDeleteamin! terima kasih atas doanya. ini menunjukkan bahawa manusia befikir dengan cara yg berbeza hehe
DeleteBerpetualang di ngeri entah berantah....sendiri...perempuan,....semga selalu mendapat perlindungan tuhan...
ReplyDeleteamin! terima kasih atas doanya.
DeleteMaaf bertanya... adakah Vbiru ni yg dulunya selalu travel solo?
ReplyDeleteyer saya pernah travel solo sebelum ni.
DeleteSis Violet...maaf bertanya,berapa degre c suhu udara di malam hari,apakah perlu pakai sleeping bag 3 season ?
ReplyDeleteBest la baca story ni... kipidap.
ReplyDeleteBest la baca story ni... kipidap.
ReplyDeleteAll the best VB..
ReplyDeleteBandar Judi Online MansionBet88
ReplyDeleteCERITA PANAS
BERITA HARIAN
BERITA BOLA
BERITA BEBAS
Promo MANSIONBET88 adalah:
- Bonus New Member 30%
- Cashback Sportsbook 5% up to 10%
- Bonus Rolling Casino & Slots 0.5%-0.8%
-Bonus Turn Over (TO) Poker 0.5%-0.8%
1 Akun Untuk Semua Permainan
- Sportbook
- Poker: Domino99, BandarQ
- Slot: Paragmatic, Habanero, PS Slot, TTG, ISB, CQ9, MG, SG, GMP, SP, RTG, FG
- Casino: EBET, SBOBET CASINO, ION CASINO, VIVO GAMING, EVOLUTION GAMING, IDN LIVE, DELUXE GOLD, TAISHAN, SEXY GAMING, M88
WHATSAPP: +855883924663
Line : mansionbet88
Wechat : mansionbet88
LINK : www.mansionbet88.com/
mansionbet88.com Bandar Judi Online di Indonesia yang sudah sangat besar dan terpercaya