Thursday, February 9, 2017

Perjalanan di Kyrgyzstan – Bab 2: Saya sesat!






Kalau ikut kata Geert, dari Sary Tash hendak ke Lenin Peak base camp saya harus ke Sari Mongol dahulu. Kalau merujuk pada map jarak dari Sary Tash ke Sary Mongol sekitar 33km. kalau tengok dari segi elevation mendatar sahaja, tidak ada mendaki. Dan untuk ke Lenin Peak nanti dari Sary Mongol saya perlu detour ke satu jalan kampung menuju ke sana. Macam mana jalan kampung tu saya pun tak pasti. Tak pa nanti dah sampai sana pandailah saya bertanya.


Pagi itu saya bersarapan dengan couple cyclist dari France yang sudah  bersiap-siap hendak ke Pamir Highway. Ya Sary Tash adalah pit stop pada cyclist yang datang atau pergi ke Pamir Highway. Di pekan inilah talian hayat terakhir untuk mendapatkan stock makanan sebelum ke Pamir highway. Next town selepas Sary Tash adalah Karakul dan kemudian Murgab. 



Untuk follow journey mereka boleh lawat website mereka Karoutcho

Disebabkan saya masih punya banyak bekalan makanan jadi saya tidak top up sebarang stock makanan. Selepas bergambar dan saling mengucapkan selamat Berjaya kami meneruskan kayuhan  ke arah destinasi masing-masing. Pemandangan hari itu sangat cantik. Langit sangat cerah dan dari jauh kami dapat melihat deretan banjaran gunung Pamir. Sungguh saya sendiri rasa teruja untuk couple cyclist yang akan berkayuh ke Pamir Highway. 

 Kami berpisah di sini, untuk ke Pamir highway perlu belok ke kiri manakala untuk ke Sary Mongol belok ke kanan. 

 Couple cyclist dari France berkayuh menuju ke Pamir Highway.

Perjalanan saya ke Sari mongol dihiasi dengan pemandangan banjaran gunung pamir di sebelah kiri dan deretan gunung dan rumah ladang penduduk Kyrgyzstan di sebelah kanan. Sesekali segerombolan lembu dan kambing melintas jalan dan beberapa ekor anjing yang bertindak sebagai pengawal menyalak pada saya. Mujur anjing hanya memberi provokasi dan saya nampak lebih rileks. Traffic sangat tenang, hanya beberapa kenderaan penduduk tempatan dan “marshutka” atau mini van lalu lalang melepasi saya.



Pemandangan sangat memukau jiwa. Tambah seronok bila lihat beberapa pengembala lembu sedang mengawal lembu mereka sambil menunggang keldai. Sekumpulan kuda sedang memagut rumput di tengah padang berlatar belakang snow cap mountain. Sesekali angin menderu dari arah hadapan tapi tidak terlalu kuat. Dan seperti biasa banyak hon dari pemandu kereta tanda memberi semangat. Saya hanya mengangkat tangan dan tersengih-sengih.

Sewaktu menuju ke Sary Mongol saya melalui beberapa kampung kecik yang terletak di sebalah kanan jalan. Suasana kelihatan sunyi kerana populasi yang kecil, hanya sesekali saya melihat kelibat manusia yang sedang membasuh pakaian atau bercucuk tanam di belakang rumah. 



Kebanyakan papan tanda di tulis dalam tulisan Cyrillic tetapi terdapat terjemahan dalam tulisan latin di bahagian bawah. Secara tidak langsung saya dapat belajar tulisan Cyrillic. Kebanyakan penduduk Kyrgystan bertutur dalam bahasa Kyrgyzs dan Rusia. 



Sampai di Sari Mongol bangunan pertama yang saya lihat ialah sebuah masjid hijau. Ya majority penduduk Kyrgyzstan beragama Islam Sunni. Masjid kelihatan sangat gah dengan latar belakang gunung di belakangnya. Saya mencari-cari papan tanda arah untuk ke Lenin Peak tapi tidak berjumpa. Apabila melihat beberapa orang muda yang baru turun dari masrtshutka cepat saya mendapatkan mereka dan bertanyakan tentang Lenin Peak. Tapi kebanyakan mereka menunjukkan muka ‘blur’. Sama ada tidak faham dengan pertanyaan saya atau memang tidak tahu akan kewujudan Lenin Peak. 



Kemudian saya bertanyakan pula tentang ‘magazine’ atau kedai runcit. Selalunya orang dekat magazine ni mesti tau tempat-tempat pelancongan ni. Mujurlah mereka faham apa yang saya tanya dan menunjukkan ke arah satu lorong yang agak besar dan utama di kampung itu. Sampai di kedai semua penduduk kampung yang sedang bersantai di luar rumah terkejut melihat saya dengan basikal merah. Saya hanya membuat muka selamba, bila travel dengan basikal inilah pandangan yang saya selalu terima. Mula-mula dulu terasa malu juga tapi bila dah lama-lama rasa macam biasa.

Perempuan yang menjaga kedai runcit juga nampak ‘blur’ bila saya tanyakan tentang Lenin Peak. “sudah!” getus saya dalam hati. Tapi kalau merujuk pada map memang ada jalan menuju ke Lenin Peak base camp. Saya keluar dari kedai dan terus mengayuh basikal menuju ke hujung kampung. Jalan terus menuju ke arah gunung. Sampai di hujung rupanya ada sungai, sah-sah saya memang tak boleh cross sungai tu dengan basikal. Tiba-tiba saya mendengar bunyi enjin dari seberang sungai. Detik hati saya mungkin mereka juga akan ke Lenin Peak. Saya bertanya pada orang kampung yang sedang bercucuk tanam di luar rumah macam mana saya hendak ke seberang sungai. Mereka menunjukkan jalan di sebelah kanan yang katanya ada jambatan untuk ke seberang. Saya hanya mengikut. Waktu masih awal sekitar jam 12 tengah hari jadi saya masih rileks dan tidak terasa gelabah. Lagipun saya ada tent mana-mana saya boleh camping.

Sampai di satu simpang memang betul ada jambatan untuk ke seberang. Tapi saya rasa ragu-ragu adakah jalan yang saya nak pergi ni betul ke Lenin Peak Base Camp. Tiba-tiba saya mendapat idea untuk bercamping sahaja di tepi sungai yang menghadap banjaran gunung. Rancang saya esok sahaja saya ke base camp lagipun jaraknya dari tempat saya berada waktu itu sekitar 25km. 



Dalam saya berkira-kira untuk camping tiba-tiba saya terlihat bayang-bayang 2 orang cyclist di kejauhan yang semakin mendekat. Rupanya mereka couple cyclist dari Poland yang baru sahaja keluar dari Lenin Peak. 2 malam mereka di sana dan esok mereka akan ke Pamir Highway. Teruja melihat mereka saya menanyakan macam mana hendak ke Lenin Peak Base Camp. Kata mereka kayuh sahaja sekitar 25km gravel road akan tiba ke base camp. Disebabkan jam baru menunjukkan waktu 1pm mereka mencadangkan saya agar kayuh terus ke sana kerana camping di sana lebih baik kata mereka berbanding di tempat saya sekarang ini. Lagipun saya punya banyak masa lagi sebelum hari malam.

Dan tanpa berfikir panjang saya pun meneruskan kayuhan ke Lenin Peak Base Camp yang berjarak sekitar 25km.

Saya hanya mengikut jalan berbatu dan di sekitar saya padang rumput yang menguning dan di hadapan saya banjaran gunung diliputi salji. Terasa sungguh gah di sana dan memanggil-manggil saya untuk datang ke ribaan mereka. Sampai di satu simpang terdapat dua jalan sat uterus ke depan dan satu lagi melencong ke kiri. Saya melihat keadaan jalan keduanya nampak besar dan masih baru. Tiba-tiba saya jadi keliru, harus terus atau belok ke kiri. Dan entah kenapa tiba-tiba saya yakin membelok ke kiri. Saya terlupa kata-kata couple cyclist dari Poland yang saya hanya perlu kayuh terus 25km ke arah gunung.


 Sary mongol yang di tinggalkan jauh di belakang.

Jalan yang tadi lebar mula mengecil dan mula memanjat bukit dan turun bukit. Tiba-tiba banjaran gunung semakin jauh dari saya dan saya seolah-olah membuat satu pusingan untuk melepasi bukit besar di hadapan. Saya menyemak gps pada aplikasi maps.me dan landmark Lenin Peak base camp kelihatan menjauh dari kordinat saya berada seakarang. Saya menoleh ke belakang dan melihat Sary Mongol dan sungai yangs saya cross semakin menjauh. Sudah lebih 2 jam saya mengayuh basikal dan saya tiba-tiba menyedari yang saya semakin jauh dari arah tujuan saya. Tiba-tiba saya terasa besarnya Kyrgystan dan kecilnya saya.  Saya mula terasa yang saya sudah sesat tetapi saya tidak mahu mengakuinya. Entah dari mana datang kekuatan dan keberanian saya hanya terus mengayuh ke hadapan. Seolah percaya di hadapan sana adalah Lenin Peak.

Saya melepasi beberapa rumah ladang yang sunyi, diluar rumah ada beberapa ekor anjing yang berkeliaran. Saya hanya memandang dengan rasa sangat penat pada anjing itu dan berharap mereka tidak akan menyalak pada saya. Saya sungguh penat dan sangat keliru waktu ini. Mujur anjing itu hanya memerhati dari jauh dan kemudian berlalu pergi. 



Waktu saya berada dalam kesunyian trek tiba-tiba saya nampak 2 ekor keldai datang dari arah hadapan menghampiri saya. Seekor ditunggangi oleh seorang lelaki. Dia berhenti dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya bertanyakan tentang Lenin peak Base Camp, dan dia hanya terpinga-pinga sambil mengerut dahi. Kemudian saya katakana saya tourist, moga-moga dia faham saya hendak ke attraction area di situ iaitu Lenin Peak base camp. Dia hanya mengangguk dan kemudian mempelawa saya datang ke rumahnya yang terletak di arah berlainan. Saya menolak dengan baik, saya katakan padanya yang saya akan terus ke base camp. Selepas mengucapkan terima kasih dia meninggalkan saya yang masih lagi memandang dia dengan penuh keliru. “Di mana saya?” getus saya dalam hati. Saya mula merasa stress dan pada masa yang sama saya tidak mahu berhenti. Kalau mengikut GPS saya hanya 6km dari base camp, tapi itu kalau meredah bukit tanpa mengikut jalan utama. Saya keliru!

Saya terus mengayuh ke hadapan, walaupun ada rasa mahu berpatah balik tapi setiap kali menoleh ke belakang saya jadi degil untuk berpatah balik. Jika saya berpatah balik saya tahu saya akan pulang ke Sary Mongol dan kemudian akan ke Sary Tash dan melupakan Lenin Peak. Saya harus mencari jalan ke sana!

Akhirnya hampir 3 jam juga saya kayuh dan menolak basikal, saya mengambil keputusan untuk membuat route saya sendiri dan mengabaikan road yang sedia ada. Naik turun bukit dan keadaan jalan semakin berpasir dan agak sukar untuk mengayuh. Sudahnya saya menolak basikal yang berat hampir 40kg. hari semakin gelap dan saya semakin penat. Keadaan semakin sejuk dan di hujung horizon saya mula melihat awan gelap datang berarak.

Saya tak mungkin akan sampai ke Lenin Peak hari ini. Jadi di tengah bukit dan di keliling banjaran gunung saya berhenti dan mengambil keputusan untuk mendirikan khemah. Saya terlalu kusut dan saya harus berhenti dan merangka plan yang lebih baik. Saya perlu bertenang, keadaan akan bertambah buruk jika saya meneruskan perjalanan.

Selepas mendirikan khemah dan menunggu air masak saya duduk di pintu khemah sambil merenung kosong ke luar. Semuanya terasa sunyi waktu itu dan perlahan-lahan saya di datangi rasa lonely yang menggila. Ada air mata hendak jatuh tapi saya tahan. Saya mengambil buku nota dan menulis bait-bait perasaan. Hanya Tuhan yang tau  perasaan saya waktu itu. Sekali lagi saya rasa tewas dan akhirnya saya rasa takut. Ternyata saya masih manusia biasa yang lemah.

Dan tiba-tiba saya didatangi satu soalan untuk apa saya lakukan kerja gila ini? kenapa saya beriya nak berbasikal di sini? saya hanya hendak lihat dunia, saya mahu dekat dengan alam. argh sejak bila semua perkara perlukan alasan atau sebab. Saya lakukan kerana saya mahu itu sahaja. 




Malam itu waktu tidur angin bertiup sangat kuat dan sesekali terdengar rintik hujan jatuh membasahi khemah. Saya hanya memejam mata dan berharap esok semuanya akan bermula dengan lebih baik. Hari ini saya gagal dan saya menerima dengan adanya. Tidak mengapa untuk gagal hari ini, tapi hari esok adalah hari untuk menebusnya kembali.


15 comments :

  1. Memang terbaik VBru...semoga lancar semuanya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahah terpaksalah kental dah dekat sana sorang2..

      Delete
  3. bila tengok fb of blog VB aku selalu berkata dalam hati.. "memang buat kerja giler kor ni.... " . :-) terus terang aku sendiri tak berani walau pun berdua dengan kawan.. hu hu hu.. terbaik VB.. Semoga semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin! terima kasih atas doanya. ini menunjukkan bahawa manusia befikir dengan cara yg berbeza hehe

      Delete
  4. Berpetualang di ngeri entah berantah....sendiri...perempuan,....semga selalu mendapat perlindungan tuhan...

    ReplyDelete
  5. Maaf bertanya... adakah Vbiru ni yg dulunya selalu travel solo?

    ReplyDelete
  6. Sis Violet...maaf bertanya,berapa degre c suhu udara di malam hari,apakah perlu pakai sleeping bag 3 season ?

    ReplyDelete
  7. Bandar Judi Online MansionBet88
    CERITA PANAS
    BERITA HARIAN
    BERITA BOLA
    BERITA BEBAS

    Promo MANSIONBET88 adalah:
    - Bonus New Member 30%
    - Cashback Sportsbook 5% up to 10%
    - Bonus Rolling Casino & Slots 0.5%-0.8%
    -Bonus Turn Over (TO) Poker 0.5%-0.8%

    1 Akun Untuk Semua Permainan
    - Sportbook
    - Poker: Domino99, BandarQ
    - Slot: Paragmatic, Habanero, PS Slot, TTG, ISB, CQ9, MG, SG, GMP, SP, RTG, FG
    - Casino: EBET, SBOBET CASINO, ION CASINO, VIVO GAMING, EVOLUTION GAMING, IDN LIVE, DELUXE GOLD, TAISHAN, SEXY GAMING, M88

    WHATSAPP: +855883924663
    Line : mansionbet88
    Wechat : mansionbet88
    LINK : www.mansionbet88.com/


    mansionbet88.com Bandar Judi Online di Indonesia yang sudah sangat besar dan terpercaya

    ReplyDelete