Macam manalah boleh sesat?
Planning tak betul atau saya yang tak pandai baca map? Bebel saya dalam hati
sambil mengemas khemah.
Saya bangun pagi setelah mendapat
tidur yang lena. Semalam saya rasa agak serabut tapi pagi ini saya lebih
tenang. Sempat saya membancuh teh dengan menggunakan air botol terakhir. Hari ini
saya akan meneruskan perjalanan ke Lenin Peak Base Camp. Kalau mengikut GPS ada
6km lagi tapi kena ikut jalan yang kita akan redah sendiri. Jalan kuda
barangkali bukannya jalan untuk kereta. Argh kuda dengan basikal lebih kurang
sahaja.
Pagi ini mental saya lebih
positif. Walaupun semalam saya rasa takut, hari ini saya banyakkan tersenyum dan
berkata pada diri sesat ini adalah perkara biasa tapi jangan selalu sangat.
Kita belajar dari kesilapan, manusia mana yang tak pernah buat silap. “Kemon
vb!” teriak saya dalam hati.
Tak tahulah macam mana saya dapat
idea nak baca map dan cari jalan ke laluan asal ke Lenin Peak base camp tapi
kata orang bila dah terdesak ni memang mencurah-curah idea. Cuma agak sukar
jugak perjalanan saya kerana saya perlu mengharung bukit-bukit kecil. Kalau
dilihat sekali imbas dan macam chocolate mountain di Filipina. Dulu memang saya
pasang angan nak ke sana, bila dah nampak dan harung dengan basikal di
Kyrgyzstan ni terus hilang bucketlist tu. Waktu tengah menolak basikal
tiba-tiba nampak segerombolan kuda yang sedang memagut rumput di atas satu bukit.
Mereka hanya memerhati saya dengan tajam. Cuak juga saya di buatnya tapi nak
tak nak terpaksalah buat-buat macho dan jalan ke depan.
Selepas 2 jam akhirnya saya
keluar dari jalan berbukit dan sayup-sayup saya nampak deretan kabel electric.
Ya itulah laluan sebenar ke Lenin Peak! Dan dari jauh saya nampak sebatang anak
sungai yang mengalir. Saya harus cross anak sungai ini dan kemudian masuk ke
laluan utama. Sempat saya berhenti mengisi air botol. Kata orang air
sungai di Kyrgyzstan ni selamat di minum tapi saya tidak mahu tanggung sebarang
risiko, selalunya saya akan masak dahulu kemudian baru minum. Paling tidak
saya akan filter. Saya tidak gemar menggunakan pil untuk menjernihkan air. Saya
tak selesa dengan bahan kimia sebenarnya.
Alhamdulillah saya kembali ke
jalan yang benar. Tapi kalau mengikut GPS masih berbaki 3km lagi. Saya kini
masuk ke kawasan berbukit dan menyusur anak sungai. Banjaran gunung salji
terlindung dari pandangan dan saya tiba di sebuah rumah usang yang merupakan
rumah peladang. Kosong tiada orang dan saya meneruskan perjalanan. Kali ini
lebih mencanak jalannya dan lebih sukar lagi bila jalan sangat berbatu. Hampir
sejam saya mengayuh akhirnya saya melihat satu batu yang bertanda paras
ketinggian dan tunjuk arah ke tasik. Menitik air mata saya masa tu, akhirnya
sampai juga saya selepas sesat semalam. Ingatkan tak berjodoh dengan Lenin Peak
Base Camp. Selepas satu selekoh saya melihat hamparan tasik biru dan puncak
Lenin. SubhanaAllah indah sungguh pemandangan waktu itu. Setiap lelah berbayar
dengan pemandangan yang sangat memukau jiwa. saya mendirikan khemah di seberang
tasik. Agak terpencil dan terlindung. Saya tidak keseorang, sewaktu saya
bersantai-santai di luar khemah saya terlihat seorang trekker sedang berjalan
menuju ke Lenin peak base camp. Rupanya beliau dari Israel dan hitch hike
hingga ke Sary Mongol dan kemudian berjalan dari Sary Mongol ke sini. Akhirnya
kami berkongsi tapak camping yang sama. Ada jugak kawan untuk saya beberapa
hari ini.
Tager berasal dari Israel,
seorang engineer yang baru sahaja berhenti kerja untuk mengembara dari
Kyrgyzstan ke Jepun. Sewaktu bercamping dengan beliau kami berkongsi bekalan
makanan dan masak bersama. Sekali lagi stove saya mengalami masalah dan Tager
penyelamat saya. Banyak yang kami bincangkan terutama tentang negara
masih-masing. Ini bukanlah kali pertama saya bertemu dengan orang Israel jadi
saya tidak kekok untuk berbicara dengan mereka. Bukan semua Israel itu jahat,
Tager seperti manusia biasa yang saling menghormati orang lain dan lebih
bersikap terbuka dengan pandangan saya.
Saya berkhemah di Lenin Peak Base
Camp selama 5 malam. Apa yang saya buat sepanjang di Lenin Peak Base Camp
adalah trekking ke view point, trekking ke sekitar tasik dan duduk santai di
hadapan khemah sambil menghadap Lenin Peak dan membaca buku. Pengalaman ini
sangat indah dan memberi ruang pada saya untuk berfikir dan berfikir.
Sempat mandi di tasik, tapi berendam 5 minit sahaja sebab air sangat sejuk
Setelah 5 hari saya berada di
Lenin Peak Base Camp akhirnya saya meninggalkan tapak camping yang indah.
Menyambung semula perjalanan ke Sary Tash dan esok ke Osh. Kali ini sewaktu
keluar menuju ke Sary Mongol barulah saya melihat trek yang sebenar. Memang
dekat sahaja dan hanya menurun. 25km ke Sary Mongol dalam masa satu jam
setengah. Keadaan cuaca sangat baik.
Sampai di Sary Mongol suasana
cukup meriah dengan semua orang duduk santai di pinggir jalan. Saya singgah ke
sebuah kedai makan. Menu yang ada hanya plov. Terlalu berat untuk saya jadi
saya hanya meminta telur goreng dan roti nan. Di central asia jangan di harap
boleh memilih makanan di kedai makan kecil seperti ini. Walaupun mereka ada
list menu tapi hanya satu jenis makanan sahaja yang available. Pendek kata tak
perlu pening kepala fikir nak makan apa, hanya bertanya apa yang ada sahaja.
Selesai makan saya ternampak
kanak-kanak sedang makan ice cream. Teruja jadi saya bertanya di mana mereka
beli ice cream. Dengan hanya 50sen saya mendapat ice cream yang rasanya cukup
nikmat. Saya meneruskan kayuhan dari Sary Mongol ke Sary Tash. Waktu sedang
asyik mengayuh tiba-tiba ada truck campervan berjalan perlahan di sebelah saya. Rupanya
2 orang traveller yang seorang darinya cyclist dari Taiwan. Kami berhenti dan
bertukar-tukar cerita.
Jin dari Taiwan dan Simon dari poland. Simon travel dengan camprevan manakala Jin berbasikal. belaiau sudah 5 tahu berbasikal keliling dunia.
Cyclist wanita dari Taiwan yang
sudah 5 tahun mengembara mengelilingi dunia. Siapa tak kenal Jin! dia berada di
Osh dan side trip dengan seorang kawan ke Lenin Peak. Kami bertukar contact dan
berjanji untuk jumpa di Osh nanti. Wow woman cyclist solo pertama yang saya
jumpa sepanjang trip ini. Teruja! Mesti banyak cerita dan tips yang perlu saya
tanya pada dia.
Di Sary Tash saya duduk di hostel
yang baru itupun sebab harganya yang murah dan owner bermurah hati untuk
berikan saya sebaldi air panas untuk bersihkan badan. Sudah hampir seminggu
saya tak mandi, offer air panas ini sangat mewah dan terlalu berharga. Walaupun ala kadar jadilah. Lagi 2 hari saya akan sampai ke Osh dan di sana saya
akan mandi sepuasnya. Itu motivasi kayuhan esok hari!
Tempat tidur saya yang agak mewah. dapat juga merasa tidur di atas katil.
Perjalanan dari Sary Tash ke Osh
sekitar 300km dan kebanyakan masa saya akan downhill. Cuma ada 2 gunung besar
yang perlu saya tawan untuk sampai ke Osh. Saya bangun awal pagi dan bersarapan
dengan roti dan telur goreng. Air teh panas siap-siap saya isi dalam termos
untuk diminum sepanjang perjalanan nanti.
Keluar dari Sary Tash sudah mula
mendaki gunung yang agak tajam juga. Sudah sampai di atas turun banyak dan
kemudian mendaki lagi. Pendakian kali ke dua menuju ke Taldyk pass. Pass
tertinggi untuk route Sary Tash – Osh. Mujurlah cuaca baik dan traffic agak
lengang.
Sepanjang pendakian jalan agak sunyi,
yang kedengaran cuma bunyi tiupan angin. Menghampiri puncak saya dapat melihat
deretan gunung yang sungguh indah. Alhamdulillah setelah 2 jam akhirnya saya
sampai ke Taldyk pass. Mendaki dari arah saya lebih mudah berbanding dari arah
bertentangan. Sewaktu di Taldyk pass saya bertemu dengan seorang cyclist dari
Taiwan yang menuju ke Pamir Highway. Seperti biasa kami bertukar info.
hahah saya ada buat sesuatu di atas Taldyk pass. kalau nak tau tanya saya bila jumpa.
Downhill di Taldyk Pass. puas hati sangat!
Turun dari Taldyk pass adalah
perkara terbaik untuk saya pada hari itu. Tapi saya tidak boleh turun laju
kerana laluan agak cerun dan sempit. Bimbang terlajak corner bertembung dengan
lori pulak. Tapi pemandangan memang cukup cantik sehingga buat saya berhenti
berkali-kali. Turun dari Taldyk pass laluan menyusur anak sungai yang sangat
jernih. Saya semakin menurun ke kawasan rendah dan keadaan sekeliling menjadi
semakin hijau. Hari ini target saya untuk sampai ke Gulcha dan sepanjang
perjalanan ke sana saya melalui beberapa kampung kecil yang terletak di pinggir
sungai. Kebanyakan masyarakat di kampung hidup dengan bercucuk tanam dan
menternak binatang peliharaan seperti lembu, kambing dan keldai. Sangat menarik
sewaktu saya memasuki ke kampung-kampung kecil ini terlihat anak-anak kecil
yang baru pulang dari sekolah dan berjalan secara berkumpulan. Baju seragam
mereka sangat comel dan tambah comel dengan reben putih yang besar untuk setiap
pelajar perempuan.
Kanak-kanak ini sangat ramah dan
sangat teruja apabila melihat saya. Mereka akan menjerit ‘tourist’ sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam atau sekadar menepuk tangan saya. Memang tak
larat nak berhenti sorang-sorang sebab ramai sangat. Dan adakala bila saya
berhenti dan minta untuk ambil gambar. Mereka sangat gembira dan mula berbual
dengan saya dalam bahasa Kyrgyzstan. Ada antara mereka yang cuba-cuba bercakap
bahasa English. Terhibur dengan gelagat mereka.
Hari semakin petang dan saya mula
mencari tempat untuk mendirikan khemah. Saya ternampak satu selekoh yang masuk
ke dalam sebalik bukit dan bertebing dengan sungai. Suasana agak cantik dan
agak sunyi serta jauh dari jalan besar. Cuma entah kenapa bila saya berada di
sana hati saya rasa tidak sedap. Dalam 30 minit saya duduk di situ dan berfikir
patut ke saya bukak khemah dan bermalam di sini. Tapi akhirnya saya
meninggalkan tempat itu kerana saya berasa tidak selesa.
Orang selalu tanya macam mana
saya berani untuk berkhemah sendirian di tempat begini. Saya tak berani Cuma
saya yakin setelah mendapatkan info dari cyclist lain. Sebelum ini saya pernah
bertanya pada cyclist yang saya jumpa sama ada selamat untuk berkhemah di
laluan sekian dan negara sekian dan jawapan mereka positif. Dari situ saya
mendapat keyakinan dan selebihnya tawakal aje pada Tuhan.
Dalam saya mencari tiba-tiba saya
terlihat route kecil menaik ke atas bukit. Saya tinggalkan basikal di bawah dan
cuba riki bahagian atas bukit. “perfect!” getus saya dalam hati. Kawasan ini
agak tinggi tapi tidak di lereng bukit (jadi tidak ada risiko batu jatuh
menghempap) dan pemandangannya cukup cantik. insyaAllah taka da orang akan
nampak saya berkemah di sini.
Saya mendirikan khemah dan
kemudian menunaikan solat jamak dan qasar. Jam 7 malam suasana sudah gelap dan sunyi.
Sesekali terdengar bunyi truck atau kereta yang lalu di bawah. Saya menyalakan
lampu kecil sambil menyambung menulis catatan. Jam 9 malam mata saya masih
segar. Untuk keluar dari khemah rasanya sangat sejuk jadi saya hanya berbungkus
di dalam sleeping bag. Hendak membaca buku rasanya sudah 3 kali saya mengulang
buku yang sama.
Selalunya bila sunyi dan tak ada
apa nak buat saya suka membaca mesej di wassap dan telegram. Mesej lama
dari group keluarga, mesej dari kawan-kawan akan say abaca berulang-ulang.
Semua tu buat saya rasa happy dan terasa seolah mereka berada di sisi. Oh iya
saya tidak ada sim card Kyrgyzstan dan line juga tiada jadi memang saya tidak
dapat berkomunikasi dengan sesiapa.
Kadang-kadang saya membaca mesej
mereka sehinggalah saya tertidur.
Bangun dari pagi saya siap-siap
mengemas khemah. Awal saya bertolak sekitar jam 7 am. Hari ini saya ada big
pass yang perlu di daki dan saya target untuk sampai ke Osh hari ini. Harapnya head
wind tidak kuat seperti semalam. Dan selalunya head wind bermula selepas jam 2
petang.
Selepas Gulcha pendakian bermula,
walaupun tidak terlalu mencanak tetapi agak panjang. Saya cuba mengalih
perhatian dengan mendengar lagu-lagu dari mp3. Beberapa kali saya berhenti di
kedai runcit sepanjang jalan. Menghilangkan lelah dan membeli ice cream. Haha itulah
motivasi saya bila penat. Agak janggal sekali bila masuk ke kedai runcit dan
terlihat ada beberapa cawan kecil di satu sudut meja yang menjual vodka. Kdang-kdang
yang menjaga kedai runcit adalah remaja bawah umur dan lelaki tua tidak
segan-segan meneguk vodka yang dituang oleh gadis muda. Tambah janggal apabila
mereka semua adalah muslim.
Beginilah muslim di central asia,
kebanyakannya minum alcohol. Saya tidak mahu judge mereka Cuma ianya agak baru
bagi saya. Kata beberapa orang dari mereka, mereka minum vodka untuk memanaskan
badan disebabkan cuaca sejuk di Kyrgyzstan. Saya hanya menggelengkan kepala
bila di offer dengan vodka.
Beberapa km terakhir barulah
terlihat big pass yang perlu saya daki, aduhai laluanya zig zag yang sungguh
mengoncang jiwa. Selalunya bila stress begini saya akan tutup mp3 dan kayuh
sambil bercakap dengan diri sendiri. Bila rasa penat saya akan berhenti minum
air dan chocolate. Bila rasa tak larat tolak sahaja. Dalam kepala fikir selagi
saya bergerak saya akan sampai ke puncak. Bezanya cepat atau lambat sahaja. Asalkan
kita bergerak!
Inilah big pass terakhir yang saya daki sebelum meluncur turun ke bawah.
Akhirnya selepas menolak basikal
saya tiba di puncak. Pemandangan di atas cukup indah dengan taburan kontena
yang berfungsi sebagai kedai. Ada yang beroperasi da nada yang ditinggalkan. Dari
high pass ke Osh laluannya lebih mudah dan kebanyakan masa hanya turun sahaja. Alhamdulillah
saya tidak mengalami head wind. Saya berkayuh dan berkayuh sehingga sedar-sedar
sudah hampir 20km untuk sampai ke Osh. Waktu sudah menunjukkan jam 4 petang. Mulanya
saya ingat mahu berkhemah di mana-mana sahaja tapi keadaan semakin terbuka dan
agak sesak dengan rumah orang. Selain itu keadaan terasa berhabuk berbeza
sungguh dengan nyamannya udara di gunung. Lalu saya teruskan sahaja kayuhan ke
Osh dan sampai ke TES Guesthouse sekitar jam 530petang.
Beberapa penduduk kampung yang menjual hasil kebun mereka di tepi jalan.
Pelajar yang baru pulang dari sekolah
Kembali pada civilization setelah
lebih seminggu berada di kawasan pergunungan dan hutan. Perkara pertama yang saya
buat adalah mandi dan mandi. Tak pernah rasanya saya dapat mandi dengan rasa
nikmat yang macam ni. Di Tes Guesthouse saya berjumpa dengan ramai traveller
yang travel dengan motorsikal, land cruiser dan juga couple cyclist dari
France. Di Tes Guesthouse saya hanya berkhemah di garden mereka kerana bayaran
yang lebih murah. Dan lebih menarik mereka memberikan saya free breakfast dan
pilihannya sangat banyak.
Memasuki bandar Osh.
Traveller yang berada di TES Guesthouse, Osh
Di Kyrgyzstan saya hanya berkayuh
sehingga Osh dan kemudian meninggalkan basikal saya di sini dan travel ke
Bishkek dengan menaiki share taxi. Apa tujuan saya ke Bishkek? Kenapa saya
sanggup meredah 10 jam perjalanan untuk sampai ke Bishkek?
nice story vb.. serasa ikut travel juga.. 😀😀😀
ReplyDeletebest2
ReplyDeletehaha thanks!
DeleteExited nak tau... cepat sambung... ☺
ReplyDeletehaha sabar2 ood tak mari lagi
DeleteBest sangat ceritanya..jadi inspirasi yg cukup bermakna
ReplyDeletePengalaman menarik yg sukar di lupakan vb.
ReplyDeletehehehe sangat menarik.. thanks sebab baca!
Deleteyou seriously need to think about writing a book.. I will definitely buy it! Take care
ReplyDeleteinsyaAllah.. thanks sebab baca!
DeleteGirl dear..teruskan mengayuh dan menulis..saya hayati setiap baris ayat dan setiap foto yang ada dengan penuh minat beserta debaran ...hati sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungimu dan memakbulkan semua impianmu..
ReplyDeleteamin! terima kasih atas doanya dan jangan jeu follow blog saya. hehe
Deletehik hik hik.... ada unsur suspen jgak. Jgn lama sgt ek, continue .... tak sabar aku.
ReplyDeletemohon sabar menunggu, mood tak marii lagi
DeleteScary plus lawaaa...bila tgk gambar Downhill di Taldyk Pass tuu
ReplyDeleteSemakin menarik...semoga lancar semua vb...
ReplyDeletekata2 ni paling mahai mas! "..selagi saya bergerak saya akan sampai ke puncak. Bezanya cepat atau lambat sahaja. Asalkan kita bergerak!". Go go go
ReplyDeleteawesome...membacanya seakan saya ikut bertualang....thanks VB
ReplyDeleteHi.. sy jarang gemar membaca tapi sy seronok baca Catatan pengalaman you. Sy jg seorang yg gemar menulis catatan perjalanan.. cuma Tak serajin you... Teruskan menulis...ye..
ReplyDeleteBahasa Melayu mirip bahasa Indonesia, tapi beda kata beda maknanya
ReplyDelete