“Hidup adalah soal keberanian,
Menghadapi yang tanda tanya
Tanpa kita bisa mengerti, tanpa kita bisa menawar
Terimalah, dan hadapilah.” Soe Hok Gie.
Menghadapi yang tanda tanya
Tanpa kita bisa mengerti, tanpa kita bisa menawar
Terimalah, dan hadapilah.” Soe Hok Gie.
Antara bait-bait dari puisi
Mandalawangi dari Soe Hok Gie.
Saya adalah manusia yang lebih
senang berada di hutan dan gunung daripada terperangkap dalam kebisingan
bandar. Saya lebih senang memerhati awan yang berarak dan melihat burung yang
terbang berbanding menunggu lampu isyarat bertukar hijau atau menunggu train
yang seterusnya datang.
Berada di Ala Kol Lake membuatkan
saya seolah-olah hidup dalam nyamannya ciptaan Tuhan. Saya rasa
bebas dan tenang dalam dakapan alam. Membuka zip khemah dan melihat air tasik
yang biru serta kawah gunung yang gah adalah satu nikmat yang sangat istimewa.
Rutin setiap pagi bersarapan dengan air nescafe panas dan roti sambil melangut
melihat kebesaran Ilahi. Lama saya melayan perasaan di hadapan khemah, ada rasa
mahu tinggal satu malam lagi di sini tetapi niat itu mati bila tiba-tiba saya
melihat ada awan hitam yang berarak menghampiri. Waktu itu sekitar jam 10 pagi.
Saya mengambil keputusan untuk cross high pass 3900m hari ini juga. Tidak mahu
menanggung risiko tinggal di tempat tinggi waktu cuaca nampak semakin tidak
baik.
Saya mengemas khemah dan
menyambung kembali perjalanan menuju ke high pass. Laluan agak curam, sempit
dan berpasir. Rasa gayat dalam diri membuatkan saya melangkah perlahan dan
lebih berhati-hati. Kadang-kadang angin kuat datang menerpa dan terasa macam
mahu melayang, cepat-cepat saya mencangkung untuk mendapatkan keseimbangan.
Semakin saya bergerak semakin
luas pemandangan Ala Kul lake. Nampak sungguh cantik sekali tapi
makin gerun apabila dari jauh saya melihat awan hitam semakin menghampiri.
Dalam saya bergerak ke hadapan sayup-sayup saya terlihat kelibat manusia tidak
jauh di belakang saya. Sewaktu berhenti rehat sebelum 300m terakhir mendaki ke
high pass saya terserempak dengan kelibat manusia itu. Rupanya couple dari
Poland yang mula mendaki semalam. Mereka berkhemah di shelter sebelum Ala Kol
Lake. Rasanya saya pernah jumpa mereka kerana mereka juga menginap di Nice
Hostel.
Langkah mereka agak laju jadi
mereka naik ke pass dahulu. Saya hanya menyusur dari belakang. Sewaktu mendaki
di 300m terakhir ribut mula datang membawa salji. Langit yang tadi biru
bertukar menjadi kelabu. Cepat-cepat saya naik ke high pass kerana mahu turun
cepat tidak mahu terperangkap dalam rebut salji di ketinggian 3900m.
Sampai di puncak saya terkejut
kerana keadaan amat sempit dan trek turun ke bawah sangat curam dan berpasir.
Kesimpulannya amat sukar berdiri dan berjalan turun melainkan hanya
menggelongsor. Couple Poland meninggalkan saya jauh ke hadapan dan salji mula
turun dengan sangat lebat. Waktu mengelongsor turun saya cuba memastikan tidak
ada batu besar yang ikut jatuh mengelongsor, bimbang akan mencederakan orang di
bawah.
Langit hitam, angin kuat dan
salji turun dengan lebat. Saya mula merasa kesejukan dan cepat-cepat
mengeluarkan windbreaker yang juga baju hujan dan glove bagi memastikan badan
sentiasa hangat. Saya melajukan langkah meninggalkan awan hitam. Makin menjauh
suasana kembali tenang. Begitulah di gunung terutama bila berada di puncak
suasana boleh berubah bila-bila masa. Mujurlah saya ambil keputusan untuk cross
high pass hari ini jika tidak tak tahulah macam mana gayanya duduk seorang atas
gunung dengan cuaca yang buruk.
Perjalanan turun ke Asahan Valley
menyusur anak sungai. Dari keadaan berbatu bertukar menjadi hijau. Hamparan
padang rumput yang hijau kelihatan sangat luas dan menyenangkan. Ada satu
ketika perlu cross anak sungai payah juga nak mencari bahagian yang cetik
kerana arus agak deras.
Trek juga melalui kawasan berpokok oak yang tinggi dan kelihatan beberapa batang pokok yang ditebang Cuma tidak nampak si penebang. Barangkali ditinggalkan. Semakin turun ke bawah cuaca semakin baik, salji bertukar menjadi gerimis hujan perlahan-perlahan hilang dan diganti dengan hangatnya sinar mentari. Saya berhenti seketika sambil makan biskut dan berfikir samada mahu meneruskan langkah ke Asahan Valley atau camping satu malam lagi di hutan. Jika ke Asahan Valley sudah tentu saya perlu membayar serba serbi, berbeza di hutan semuanya free. Dan akhirnya saya mengambil keputusan camping sahaja di hutan dikeliling pohon oak dan mengadap banjaran gunung. Nyaman dan tenang, jauh ke bawah dapat dilihat aliran sungai yang hijau dan diseberang sungai beberapa buah rumah kecil yang nampak sunyi. Cuma kadang-kadang terdengar salakan anjing.
Saya jadi penat malas mahu masak
spageti dengan pes tomato yang tak berperisa, hanya roti dan biskut menjadi
alas perut malam itu. Namun suasana tenang rupanya tak sampai ke pagi bila
tiba-tiba angin kuat datang menerpa. Mujur khemah di pasang dengan kukuh maka
hanya bergegar sahaja. Saya berselubung dalam sleeping bag bila mendengar hujan
turun dengan lebat. Berdoa agar air tidak mendak di kawasan khemah saya.
Tiba-tiba kilat memancar dan guruh kuat kedengaran! Buat pertama kalinya saya
merasa takut yang sangat, setiap kali kilat menyambar khemah saya bercahaya dan saya
menyembunyikan muka dalam sleeping bag sambil memegang erat sleeping bag. Dan
tiap kali guruh datang saya jadi kecut perut. Susah nak menahan mata dari mahu
menangis saat itu, dan sukar menahan hati dari menjerit memanggil nama ibu
setiap kali kilat memancar. Saya diterjah andaian yang bermacam.
“Macam mana kalau khemah kena
panahan kilat?”, “Macam mana kalau saya mati ada orang jumpa tak?”, “Adakah
saya akan mati kena panahan kilat?”. Disebabkan takut punya pasal sampai
handphone pun saya offkan bimbang disambar petir. Saya rasa location khemah
saya selamat, terletak jauh dari pokok besar dan saya bukan objek paling
menyerlah di situ. Terasa kurangnya ilmu berkhemah terutama bila berhadapan
dengan situasi begini. Saya jadi tak bermaya! Hanya bacaan al-fatihah yang
mengiringi tidur saya, berulang-ulang. Dulu masa kecil mama kata kalau kilat
dan guruh baca al-fatihah. Mama! Bisik hati yang menjerit ketakutan!
Saya tertidur dalam ketakutan,
saat mata terbuka jam masih menunjukkan pukul 2 pagi. Lambatnya waktu berjalan. Masih
ada 4 jam sebelum matahari terbit. Masa terasa bergerak begitu perlahan.
Bila pagi menjelma saya memanjat syukur
kerana masih hidup, masih bernafas. Alhamdulillah! Saya cepat-cepat mengemas
khemah dan bergerak ke Asahan Valley yang terletak lebih kurang 5km dari
camping spot saya. Sewaktu menghampiri Asahan Valley hujan turun
menderu. Laju saya menghayun langkah dan terus berteduh di guest house yang
pertama selepas jambatan yang menyeberang sungai. Alhamdulillah saya selamat.
Disebabkan hari hujan saya tiada pilihan selain menunggu di guest house sambil memesan tea dan telur goreng. Rupanya couple Poland juga bermalam di situ jadi kami sama-sama menunggu hujan reda sebelum menyambung perjalanan keluar dari Karakol National Park dan pulang ke Nice Hostel. Sewaktu sedang menunggu tiba-tiba datang satu lagi couple yang hendak trekking ke Ala Kol Pass, tapi disebabkan cuaca buruk mereka terpaksa menunggu dahulu. Yang mengejutkan couple itu adalah Linda Baer! Linda adalah cyclist dari Switzealand yang pernah cycle dari Switzealand ke Malaysia. Saya bertemu Linda waktu saya menjadi volunteer di Hostel Akmal. Terkejut sangat sebab dapat jumpa Linda di Kyrgyzstan. Keciknya dunia pada mereka yang travel. Ralph pula cyclist dari German yang sekarang stuck di Kyrgyzstan kerana menunggu alat ganti folk basikalnya yang dikirim dari German ke Bishkek. Selepas ini Ralph akan ke Kuala Lumpur. Kami sempat bertukar tips tentang perjalanan di central asia.
Apabila keadaan semakin baik kami
pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Saya meneruskan perjalanan keluar
dari Asahan Valley manakala couple Poland mahu tunggu sekejap lagi. Saya bergerak
dulu kerana rentak saya lebih perlahan. Saya lebih suka trekking santai-santai dan
sewaktu keluar saya terserempak dengan trekker dari France yang juga hendak
keluar. Beliau trekking bersama dengan ibunya yang datang melawat beliau di
Kyrgyzstan. Saya jadi cemburu pada beliau kerana ada yang sudi datang melawat
setelah lama berpegian.
Dalam 4 jam perjalanan akhirnya
tiba di jalan besar dan saya menunggu martshutka yang menghala ke bandar Karakol.
Beberapa kereta sapu menhampiri dan menawarkan untuk hantar ke Karakol dengan
harga yang murah. Katanya marshutka ke karakul tidak ada kerana hari sudah
lewat. Namun tu hanya tactic mereka bila tiba-tiba martshutka yang dinanti
datang. Terdiam sahaja driver taxi bila saya tunjukkan itu marshutka.
Waktu tiba di Nice hostel perkara
pertama yang saya buat adalah mandi dan kemudian masak pasta dengan pes tomato
berserta garam dan chili flakes. Puas hati! Dan lebih mengembirakan lagi bila
down jacket saya sudah di terima. Kata owner hostel Suly datang menghantar dan
terus mendaki ke Ala Kol Pass. Rasanya kami berjarak 2 hari antara satu sama
lain. Saya tinggal 2 malam di Nice Hostel sebelum kembali semula ke Osh. Tiada jalan
terus dari Karakol ke Osh melainkan saya harus pergi ke Bishkek dahulu dan
kemudian ke Osh. Saya sampai di Bishkek waktu ari sudah petang dan meneruskan
perjalanan ke Osh. Tak sempat sigh seing di Kota Bishkek yang merupakan ibu
negara Kyrgyzstan. Saya sebenarnya sudah tak sabar untuk pulang ke Osh dan
mempersiapkan diri untuk adventure yang lebih besar.
Ya lagi 4 hari saya sudah boleh
masuk ke Tajikistan. Jadi saya mengambil keputusan untuk terus pulang ke Osh
dan mempersiapkan segala bekalan dan kembali ke Sary Tash dan kemudian mengayuh
ke Krgysztan border dan masuk ke Tajikistan border melalui Kyzyl Art pass yang
merupakan antara pass tertinggi di Pamir Highway. Masa kian suntuk jika saya
berlengah masuk ke Pamir highway saya bimbang cuaca makin sejuk dan mengganggu
kelancaran perjalanan saya.
September bakal berakhir di
Kyrgyzstan, October yang datang akan menjadi cerita lagenda untuk saya berkayuh
di Pamir Highway.berjaya atau tidak biar Tuhan tentukan. Pamir Highway sebuah lagenda untuk masa hadapan.
Chapter yg paling thrill setakat ni. Tgk gambar pun dah kecut.
ReplyDeleteVb pun dah jadi lagenda muslimah cyclist! All the best!
ReplyDeleteVb kalau nk terbitkan buku.. Saya nk jd part of it... Mna tau sy blh bljr sst dr you especially fokus and planning.. Seriously let me know... Tq
ReplyDeleteaik dah abes ke baru nak layan satu perjalanan yang hebat...dah x berblog ke?
ReplyDelete